Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.ga.nan] | لڠݢنن

Definisi : 1. = pelanggan; 2. penjual yg tetap; 3. hubungan jual beli atau urus niaga yg tetap (antara seseorang penjual dgn pembeli yg selalu membeli daripadanya); 4. = wang ~ pembayaran yg tetap (kerana berlanggan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langganan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SAYA TIDAK MENERIMA MAJALAH LANGGANAN BERMULA BULAN SEPTEMBER 2017. hANYA TELAH TERIMA UNTUK BLN jUN, jULAI & OGOS 2017 SAHAJA SETAKAT INI. tarikh langganan: 9/5/17 rujukan langganan: LM170509227972706163 item langganan : Dewan Kosmik tempoh 24 bulan. Tolong respon. terimkASIHMohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menghubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharudin di talian 03-41010024. Terima kasih.Lain-lain02.12.2017
Salam sejahtera, pilihan ayat yang mana satukah lebih tepat untuk digunakan? a) Langganan Percuma, e-Paper selama setahun; b) Percuma langganan e-Paper selama setahun Terima kasih.Frasa yang betul, "Langganan e-Paper percuma selama setahun" atau "Percuma, Langganan e-Paper selama setahun".Penyemakan dan penterjemahan18.09.2015
No langganan : 0328/17. Naskah dewan siswa untuk bulan Januari 2018 belum saya terima lagi. Harap hantar secepat mungkin. Emel pernah dihantar sebelum ini tetapi balas balik suruh tunggu hingga 15 Jan 2018 tetapi sampai kini masih belum terima lagi. Harap maklum, anak saya perlu buat rujukkan . Terima Kasih. Sekian Bishma 012-9408775
fdf
Lain-lain18.01.2018
Saya membuat langganan majalah dewan pelajar selama setahun hingga Julai 2020. Alamat penghantaran majalah didik saya adalah di Tingkat 6, Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 KL. Memandangkan perintah kawalan oleh kerajaan yang bermula dari 18/3 hingga 28/4/2020, saya ingin membuat permohonan pada pihak tuan supaya penghantaran majalah tersebut boleh di buat di alamat saya yang telah didaftarkan dalam rekod pendaftaran pengguna sistem dbp. Harapan saya semoga tindakan ini dapat dilakukan segera memandangkan anak saya amat memerlukan majalah tersebut sebagai bahan ulangkaji untuk UPSR pada tahun ini. Terima kasih.Salam sejahtera, PENANGGUHAN SEMENTARA OPERASI PEMBELIAN BUKU DBP SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh PKP ini urusan pembelian buku/majalah dalam talian dan di kedai buku DBP ditangguhkan operasi buat sementara waktu. Segala kesulitan berhubung perkara di atas amat dikesali dan pihak kami memohon maaf. Sekian, terima kasih.Lain-lain10.04.2020
Salam sejahtera, Saya ingin membuat langganan bulanan Dewan Siswa. Bagaimana caranya melalui online ini?Salam sejahtera,

MEMBUAT LANGGANAN MAJALAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Untuk melanggan majalah DBP, anda boleh mengisi borang yang telah disediakan di portal DBPNiaga.my.
Setelah mengisi borang tersebut, sekiranya  tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Puan Hamadah, melalui talian 03-4101 0033, atau untuk mengesahkan langganan majalah tersebut.

Bersama-sama ini dilampirkan gambar untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.06.2022
Nooraidah Hj Ahmad FRI 10:20AM assalamualaikum dan selamat pagi Anak saya ada menghantar borang langganan majalah Dewan Pelajar melalui DBP Cawangan Kota Kinabalu Sabah pada bulan November 2015.Tapi sehingga kini belum sampai majalah.Mohon semakan tuan/puan. MUHAMMAD ADIB FAHMIE BIN MUJAHIDIEN 040915160237 LOT 134,FASA 1, LORONG PATUMA 9, RUMAH MURAH KEPAYAN, 88200 KOTA KINABALU, SABAH 012-8254530/0128390318Aduan puan kami panjangkan kepada pihak yang berkenaan. Walau bagaimanapun, jika puan ingin mendapatkan maklumat langsung daripada pihak berkenaan, puan boleh menghubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul.Lain-lain11.12.2015
Puan/tuan, Soalan: Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "subscription" . Sama ada boleh menggunakan perkataan "langganan" atau "pelangganan". Teks Bahasa Inggeris adalah seperti berikut: "(1)(c), the Minister may make such arrangements as he sees fit for the underwriting of any offer for subscription or sale of the securities". Adakah perkataan "pelangganan" betul dari segi tatabahasa. Sekian, terima kasih.Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, perkataan pelangganan lebih sesuai digunakan sebagai padanan istilah subscription yang membawa maksud hal atau perbuatan melanggan atau melanggani.Lain-lain30.06.2021
Boleh saya tahu perkataan yang sesuai untuk 'Custom'? Contoh - Custom Size Shape. Merujuk kepada data kami terdapat banyak makna bagi perkataan "CUSTOM". Antaranya ialah adat, langganan, borong tempah dan lain-lain mengikut bidang istilah masing-masing yang besesuaian. Sila kemukakan cadangan terjemahan dan konsep penggunaan frasa tersebut. Puan, DBP telah menyediakan Enjin Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP untuk memudahkan puan mencari maklumat yang diperlukan.  PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya.Makna11.12.2018
رضوان احمد SUN 13:20 رضوان احمد رضوان Salam tuan. Kenapa harga Majalah Dewan Pelajar kalau beli d kedai setahun baru RM36. Tapi kalau langgan setahun RM40.80? Tapi dinyatakan dalam borang langganan diskaun 20%. Mohon pencerahan. T.kasihSila hubungi pegawai Bahagian Pemasaran dan Pengedaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476.Lain-lain05.02.2017
Mengenal pasti klientel dan keperluan klientel. Soalan saya: adakah perkataan klientel telah diterima oleh DBP sebagai bahasa Melayu? Sekiranya belum apakah perkataan yang paling sesuai digunakan?Dalam data kami telah terdapat istilah clientele yang bermaksud klientel atau langganan. Menurut kamus Inggeris-Melayu Dewan pula, maksud clientele bermaksud pelanggan manakala merujuk kepada bidang sains politik ialah kumpulan pelangan atau klientel.Makna14.06.2017
12

Kembali ke atas