Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langganan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan/tuan, Soalan: Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "subscription" . Sama ada boleh menggunakan perkataan "langganan" atau "pelangganan". Teks Bahasa Inggeris adalah seperti berikut: "(1)(c), the Minister may make such arrangements as he sees fit for the underwriting of any offer for subscription or sale of the securities". Adakah perkataan "pelangganan" betul dari segi tatabahasa. Sekian, terima kasih.Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, perkataan pelangganan lebih sesuai digunakan sebagai padanan istilah subscription yang membawa maksud hal atau perbuatan melanggan atau melanggani.Lain-lain30.06.2021
Nooraidah Hj Ahmad FRI 10:20AM assalamualaikum dan selamat pagi Anak saya ada menghantar borang langganan majalah Dewan Pelajar melalui DBP Cawangan Kota Kinabalu Sabah pada bulan November 2015.Tapi sehingga kini belum sampai majalah.Mohon semakan tuan/puan. MUHAMMAD ADIB FAHMIE BIN MUJAHIDIEN 040915160237 LOT 134,FASA 1, LORONG PATUMA 9, RUMAH MURAH KEPAYAN, 88200 KOTA KINABALU, SABAH 012-8254530/0128390318Aduan puan kami panjangkan kepada pihak yang berkenaan. Walau bagaimanapun, jika puan ingin mendapatkan maklumat langsung daripada pihak berkenaan, puan boleh menghubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul.Lain-lain11.12.2015
Mana satu perkataan/frasa yang betul bagi "berserta" atau "berserta dengan"? Atau kedua-duanya boleh diguna pakai?Perkataan atau frasa "berserta" atau "berserta dengan" kedua-duanya boleh digunakan dalam pembentukan ayat. Perkataan "berserta" didefinisikan sebagai "bersama-sama dengan".

Contoh ayat:
1. Sila tuan hantar borang ini kembali berserta wang langganan majalah tersebut. (Rujukan: prpm.dbp.gov.my)
2. Dokumen prakelayakan yang telah siap berserta dengan dokumen sokongan akan dipulangkan di dalam sampul surat yang bermateri. (Rujukan: Kamus Dewan Perdana (DBP,2020), halaman 2078)
Tatabahasa24.01.2024

Kembali ke atas