wujudkah kata ganda bagi perkataan "pak cik" dan juga perkataan "mak cik"? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua Kata Ganda ialah kata yang diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (seperti langit-langit, berulang-ulang, rerambut) | Tatabahasa | 25.11.2018 |
Saya Rukiah masila belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya tentang asal usul perkataan" cakarawala" apakah artinya dan contoh dalam ayat | Ejaan yang betul ialah cakerawala, iaitu : 1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit. Sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Makna | 22.09.2014 |
Salam sejahtera. adakah peribahasa di bawah ini mempunyai maksud yang sama dan diguna pakai? 1. bagai langit dengan bumi 2. bagai bumi dengan langit 3. seperti bumi dengan langit 4. seperti langit dan bumi | Salam sejahtera, Berdasarkan soalan, peribahasa yang mempunyai makna dan diguna pakai ialah seperti langit dengan bumi yang bermaksud banyak sekali bezanya. Tuan boleh merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua, Abdullah Hussain untuk makluman lanjut. Sekian, terima kasih. | Sastera | 27.05.2017 |
Selamat pagi Saya ingin bertanya semua kanak atau semua kanak-kanak ? sebab di belakang semua / setiap/ para tidak boleh bubuh kata ganda . yang mana betul ? terima kasih | Kanak-kanak bukan penanda jamak. Gandaan bagi perkataan tersebut sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan seperti gula-gula dan langit-langit. Oleh itu, frasa "semua kanak-kanak" boleh digunakan. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
1)Manakah ayat yang betul ? a) Kita perlu berjimat air. b) Kita perlu menjimatkan air. c) Kita perlu berjimat menggunakan air. 2) Adakah ayat ini dianggap betul ? a) Langit berwarna merah. b) Langit berwarna putih. b) Langit sangat tinggi. Terima kasih | 1. Yang Betul = Kita perlu berjimat menggunakan air. 2. Ketiga-tiga ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
apakah maksud dasar langit terbuka? | Dasar langit terbuka seiring dengan era globalisasi yang antaranya memudahkan lalu lintas udara, dunia tanpa sempadan atau juga bermaksud tidak terikat dengan mana-mana fahaman yang mengasingkan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jabatan Perdana Menteri. | Makna | 26.09.2007 |
bintang-bintang berkerdipan di langit atau bintang berkerdipan di langit. | bintang berkerdipan di langit (perkataan bintang sudah membawa makna jamak) | Tatabahasa | 06.07.2011 |
"Selamat petang. Apakah definasi/maksud perkataan "Tanda Langit" dalam istilah pengiklanan (penlesenan). Terima Kasih" | 'Tanda langit' merujuk pada papan iklan langit iaitu salah satu jenis papan iklan luar. Saiz dan syarat bergantung pada PBT. | Istilah | 27.05.2013 |
apakah maksud bumi dipijak langit dijunjung | Bumi dipijak langit dijunjung bermaksud di mana kita berada (tinggal, bermastautin atau hidup), kita hendaklah mematuhi dan akur terhadap peraturan atau undang-undang / perlembagaan, taat setia dan sanggup berkorban demi mempertahankan tempat tersebut. | Makna | 15.03.2008 |
apa itu ''langit kirmizi''? | Mengikut kamus Dewan kirmizi ialah warna merah tua. Jadi, langit yang berwarna merah tua. | Makna | 11.05.2007 |