Saya Rukiah masila belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya tentang asal usul perkataan" cakarawala" apakah artinya dan contoh dalam ayat | Ejaan yang betul ialah cakerawala, iaitu : 1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit. Sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Makna | 22.09.2014 |
Salam sejahtera. adakah peribahasa di bawah ini mempunyai maksud yang sama dan diguna pakai? 1. bagai langit dengan bumi 2. bagai bumi dengan langit 3. seperti bumi dengan langit 4. seperti langit dan bumi | Salam sejahtera, Berdasarkan soalan, peribahasa yang mempunyai makna dan diguna pakai ialah seperti langit dengan bumi yang bermaksud banyak sekali bezanya. Tuan boleh merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua, Abdullah Hussain untuk makluman lanjut. Sekian, terima kasih. | Sastera | 27.05.2017 |
1)Manakah ayat yang betul ? a) Kita perlu berjimat air. b) Kita perlu menjimatkan air. c) Kita perlu berjimat menggunakan air. 2) Adakah ayat ini dianggap betul ? a) Langit berwarna merah. b) Langit berwarna putih. b) Langit sangat tinggi. Terima kasih | 1. Yang Betul = Kita perlu berjimat menggunakan air. 2. Ketiga-tiga ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
Tuan, Ayat di bawah adalah gramatis atau tidak: 1. Pada era langit terbuka ini, Internet berperanan besar dalam kehdupan kita. (penggunaan " Pada era langit terbuka ini" adalah benar?) terima kasih. | Penggunaan perkataan "pada" dalam ayat tersebut adalah betul. Salah satu definisi "pada": kata sendi nama yang digunakan untuk menunjukkan waktu atau untuk menunjukkan kata nama abstrak dalam pembentukan frasa atau ayat, contoh: pada masa ini | Tatabahasa | 02.08.2018 |
1.Burung-burung berterbangan di langit dianggap salah kerana kata kerja tak transitif berterbangan menandakan jamak,jadi burung-burung tidak perlu diulangi.Ayat yang betul seharusnya Burung berterbangan di langit.Namun,saya membelek dan meneliti Tatabahasa Dewan,tiada penerangan tentang berterbangan mendukung maksud jamak?Apa pandangan Munsyi? 2. | Untuk menyelesaikan keraguan saudara tentang penggunaan perkataan berterbangan bagi menunjukkan jamak sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 201 yang menerangkan penggunaan apitan beR...an bagi menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi | 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta. | Makna | 10.12.2008 |
Assalamualaikum.. saya ingin bertanyakan apakah maksud 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. diharap pihak tuan daoat menjelaskannya dengan lebih terperinci kepada saya. terima kasih | 1" cellpadding="4" width="100%">Menurut Peribahasa Sekolah Menengah yang diterbitkan dalam laman Intranet DBP, peribahasa "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung" bermaksud "menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal". | | | Makna | 04.01.2008 |
Apakah maskud 1 seperti tidak dapat ditanduk, telinga dipulas 2 mendongak ke langit jangan lupa rumput di bumi 3 diluah mati emak, ditelan mati anak Terima kasih | Untuk mendapatkan maksud berkaitan peribahasa tersebut, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua, Abdullah Hussain dan buku Peribahasa Sekolah Menengah, Asiah Abdul Rahman. | Lain-lain | 06.10.2010 |
Pada pandangan saya ada sesetengah peribahasa yang bersifat ayat tanya dan patut dibubuh tanda soal. Misalnya 1 Di mana bumi dipijak? Di situlah langit dijunjung. 2 Di mana ada kemahuan? Di situ ada jalan 3 Bumi yang mana yang tidak ditimpa hujan? 4 Kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapatkan sagunya? Bagaimana pendapat tuan tentang peribahasa yang berikut. | Pendapat tuan adalah benar jika kita merujuk rumus tatabahasa, setiap ayat tanya mesti dilengkapi dengan tanda soal. Walau bagaimanpun perlu dingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Tidak ada usaha penambahbaikan atau pembetulan dibuat setiap kali edisi baharu diterbitkan. | Lain-lain | 08.04.2012 |
1) Adakah perkataan jatuh boleh digunakan dalam ayat di bawah meskipun dalam kamus dewan edisi keempat ada menyatakan jatuh juga bermaksud terbenam. - Para pelancong terpegun melihat matahari jatuh di kaki langit. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur bahasa? - Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. -Ayah membeli kereta baru di kedai itu. - Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. | 1) Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah terbenam. 2) Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. Apabila didahului kata hanya, kata sahaja tidak perlu hadir dalam ayat tersebut. 3) Ayah membeli kereta baharu di kedai itu. Betul. 4) Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. Kata dengan dan menaiki tdak iboleh hadir secara berturutan. | Tatabahasa | 02.08.2013 |