langkah langkah mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. | Langkah-langkah untuk mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/bahasa kebangsaan i. Telah diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152. ii. dijadikan sebagai bahasapengantar sekolah aliran kebangsaan menginut Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. iii. Penubuhan DBP sebagai badan yang bertanggungjawab dalam membina dan mengembangkan bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, saudara digalakan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber yang banyak menyediakan bahan/buku berkaitan dengan perkara ini. | Lain-lain | 15.02.2009 |
1. Apakah Langkah-Langkah dalam proses editorial. 2. Apakah kriteria atau persoalan yang difikirkan ketika saya membuat semakan kandungan dan format sesuatu manuskrip. | Langkah-langkah umum dalam proses editorial ialah mengedit manuskrip sehingga bersih, membuat penyemakan pruf dan seterusnya dihantar ke bahagian percetakan sehingga manuskrip terbit. 2. Sewaktu menyemak manuskrip, kriteria yang perlu disemak ialah tatabahasa, ejaan, gaya bahasa dan sebagainya.Untuk keterangan terperinci, mohon mendapatkan maklumat lanjut melalui Jabatan Penerbitan. | Lain-lain | 21.06.2014 |
contoh ayat: langkah yang berkesan harus diambil untuk membendung masalah penganiayaan kanak-kanak. Mana satu jawapan yang betul : langkah yang berkesan atau langkah-langkah yang berkesan | Jawapan yang betul ialah langkah-langkah yang berkesan. | Tatabahasa | 31.05.2013 |
Salam sejahtera, Apakah langkah-langkah yang sewajarnya perlu diimplementasikan demi mengatasikan masalah ini? Persoalannya, adakah ayat di atas dianggap gramatis? | Ayat yang betul ialah Apakah langkah-langkah yang sewajarnya perlu diimplementasikan demi mengatasi masalah ini? | Tatabahasa | 29.07.2010 |
Apakah langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi kemerosotan penggunaan bahasa Melayu pada masa ini? Apakah faktor-faktor utama kemerosotan penggunaan dalam bahasa melayu? | Banyak langkah-langkah yang sesuai boleh diambil untuk mengatasi kemerosotan penggunaan bahasa Melayu (BM) pada masa kini antaranya aktiviti Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak bertahun-tahun dahulu sehingga kini. Kecenderungan masyarakat mengagung-agungkan bahasa Inggeris (BI) dalam berbagai bentuk adalah antara punca kemerosotan penggunaan BM dan ditambah lagi dengan sokongan pihak berwajib dalam penguatkuasaan penggunaan BI dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Untuk maklumat lanjut sila rujuk artikel-artikel yang berkenaan yang telah terbit di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan bagi menjawab persoalan tuan/puan. | Lain-lain | 15.10.2008 |
langkah-langkah mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga dan kepentingan memelihara hubungan jiran tetangga | Hubungan sesama jiran tetangga adalah penting bagi memelihara kehidupan yang sejahtera dan bersatu padu. Usaha mengeratkan hubungan sesama jiran hendaklah diamalkan oleh semua orang. Langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan sesama jiran bergantung kepada sikap seseorang itu. Antaranya termasuklah sikap bertolak ansur, berbudi bahasa, bertegur sapa, hormat menghormati, jujur, tidak berdengki dan berdendam, tolong menolong dan saling menziarah. Dalam kehidupan bermasyarakat, memelihara hubungan sesama jiran amat penting bagi menjamin kehidupan yang sejahtera, selamat, aman dan bersatu padu. Melalui usaha ininjuga, dapat mengelakkan perpecahan dan pergaduhan sesama jiran. Masayarakat yang bersatu akan menyumbang ke arah mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, aman dan sejahtera. | Lain-lain | 04.06.2008 |
Adakah ayat berikut betul? Para pengakap mendengar taklimat tentang peraturan perkhemahan dan langkah-langkah keselamatan di hutan yang disampaikan Cikgu Rosli. | Para pengakap mendengar taklimat tentang peraturan perkhemahan dan langkah-langkah keselamatan di hutan yang disampaikan Cikgu Rosli. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 06.05.2015 |
Antara langkah/antara langkah-langkah menjaga alam sekitar ialah..... Mana satu ygang betul? | Ayat yang betul ialah antara langkah menjaga alam sekitar ialah ... | Tatabahasa | 21.02.2020 |
tolong semakan perenggan ayat ini dan beri panduan: Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan... | Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Antara langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas ialah kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan Melalui kempen tersebut, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan penggunaan petrol kereta dapat dijimatkan. petrol = minyak drpd petroleum yg telah dibersihkan dan digunakan sbg bahan api utk menjalankan enjin; minyak benzin. | Tatabahasa | 13.10.2012 |
saya hendak tahu tentang makna istilah dan juga langkah-langkah membuat pengistilahan. | Istilah ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu dapat diberi definisi yang tetap. Langkah-langkah membentuk istilah baharu ialah dengan melihat konsep sesuatu istilah itu, sama ada konsep tersebut sudah ada atau konsep yang baharu. Jika konsep sudah ada, maka pemerolehan istilah dibuat melalui pemantapan atau pemadanan. Pemadanan istilah pula dilakukan dengan empat cara iaitu penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing serta gabungan penterjemahan dan penyerapan. Tetapi jika konsep sesuatu istilah itu belum ada, maka istilah yang baharu akan dicipta. | Lain-lain | 11.10.2006 |