Soalan 1. Yang manakah lebih gramatis: Langkah 1 hingga 3 diulang secara menggantikan larutan natrium hidroksida dengan asid hiidroklorik. ATAU Langkah 1 hingga 3 diulangi dengan menggantikan larutan natrium hidroksida dengan asid hiidroklorik. 2. Yang manakah lebih gramatis: Larutan dididihkan dan dibiarkan sejuk. ATAU Larutan dididihkan dan dibiarkan menyejuk. | 1. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menggantikan larutan natrium hidroksida dengan asid hiidroklorik. 2. Larutan dididihkan dan dibiarkan sejuk. | Tatabahasa | 15.10.2015 |
Bagaimanakah menggunakan konkordans untuk sesuatu perkataan dalam laman ini?Bolehkah pihak tuan menyatakan langkah-langkah penggunaan konkordans? | Puan Lizah, Langkah 1. Sila buka www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php dan klik pautan di 'Korpus Bahasa Melayu'. 2. Sila klik 'setuju' untuk pergi ke skrin seterusnya. Jika 'tidak bersetuju' pengguna akan dipautkan ke Laman Khidmat Nasihat Bahasa. Sila ikut arahan seterusnya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk panduan yang disertakan melalui alamat e-mel saudara. | Lain-lain | 03.07.2009 |
(1)Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan malaysia kini untuk mengatasi karenah birokrasi dalam organisasi awam. (2)Punca-punca berlakunya karenah birokrasi dalam organisasi awam di malaysia. | Untuk menjawab soalan ini saudara bolehlah merujuk makalah atau bahan penulisan tentang perkara ini dalam akhbar atau majalah tempatan atau membuat rujukan di perpustakaan atau merujuk buku-buku yang ada di pasaran. | Lain-lain | 18.09.2008 |
1. Apakah Langkah-Langkah dalam proses editorial. 2. Apakah kriteria atau persoalan yang difikirkan ketika saya membuat semakan kandungan dan format sesuatu manuskrip. | Langkah-langkah umum dalam proses editorial ialah mengedit manuskrip sehingga bersih, membuat penyemakan pruf dan seterusnya dihantar ke bahagian percetakan sehingga manuskrip terbit. 2. Sewaktu menyemak manuskrip, kriteria yang perlu disemak ialah tatabahasa, ejaan, gaya bahasa dan sebagainya.Untuk keterangan terperinci, mohon mendapatkan maklumat lanjut melalui Jabatan Penerbitan. | Lain-lain | 21.06.2014 |
1)apakah punca-punca pencemaran bahsa melayu? 2)apakah langkah-langkah mengatasi pencemaran bahasa melayu? | Bahasa Melayu tercemar kerana penggunanya tidak berpegang pada tatabahasa, ejaan, tanda baca, istilah, dan sebagainya termasuk sebutan yang diamalkan oleh penuturnya. Kini telah wujud bahasa rojak dan bahasa SMS yang sama sekali tidak bertepatan dengan struktur bahasa Melayu yang baku. Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah pengguna hendaklah menguasai kemahiran dan pengetahuan bahasa Melayu dan menggunakanya secara betul sama ada dalam liusan atau tulisan. | Makna | 25.07.2006 |
langkah-langkah meningkatkan pasaran hasil pertanian di negara kita | Sila rujuk bahan ini : 1.Agenda memajukan pertanian secara komersial (diwawancara oleh AhmadYani Abd. Manaf) Sulaiman Haji Daud Dewan Masyarakat 01/03/1998. 2. Cabaran sektor pertanian untuk meningkatkan produktiviti oleh Noorkhairil Huda Mohd. Ali Dewan Ekonomi 01/09/1997. 4. Masa depan sektor pertanian. Mohamed Diah Isa Dewan Kosmik 01/04/1995. 5. Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semua oleh Lee Lam Thye Dewan Masyarakat 01/03/1998. 6. Memajukan sektor pertanian Dewan Masyarakat 01/10/2005. 7. Menggiatkan semula pertanian Fadzilah Aziz Dewan Masyarakat 01/02/1998. 8.Peranan pengurusan sumber manusia dalam menjayakan Dasar Pertanian Negara Alias B. A oleh Dewan Masyarakat 01/10/1996. 10. Pertanian negara : masalah dan masa depannya oleh Shamsul Amri Baharuddin Dewan Masyarakat 01/06/1988. 12. Usaha meningkatkan produk pertanian oleh Hamidi Said Dewan Masyarakat 01/01/1998. | Lain-lain | 23.07.2007 |
apakah faktor kedatangan pendatang asing, kepentingan, keburykan, dan langkah-langkah mengatasinya? | Sila rujuk aritkel dibawah : 1. Bekerjasama menangani masalah pendatang oleh Megat Hishamuddin Megat Syamil Dewan Masyarakat 01/06/1998. 2. Buruk baiknya pendatang asing oleh A. Samad Ismail Dewan Budaya 01/12/1996. 3. Menangani masalah pendatang tanpa izin oleh Lee Lam Thye Dewan Budaya 01/05/1998. 4. Menangani pendatang asing oleh Sundharan a/l Sivathasan Dewan Siswa 01/06/1998. 5. Pekerja asing dan pendatang haram Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/1996. 6. Pendatang tanpa izin mengancam kestabilan negara oleh Zin Mahmud Dewan Siswa 01/03/1997. 7. Pendatang tanpa izin: sudah mula bertapak? oleh Junipah Wandi Dewan Masyarakat 01/09/1994. | Lain-lain | 20.10.2007 |
1. Cara berjimat cermat ialah atau adalah menjimatkan penggunaan air? | Frasa yang diberikan tidak betul. Frasa yang betul ialah "Langkah-langkah menjimatkan penggunaan air adalah seperti menutup pili air apabila mengosok gigi". | Lain-lain | 13.10.2016 |
1. Adakah penggunaan perkataan 'antaranya @ antara' boleh hadir di pangkal ayat? Contoh ayat; Antara langkah-langkah membanteras gejala rasuah adalah..., Antaranya ialah... 2. Adakah penggunaan perkataan 'ia' boleh digunakan untuk merujuk kepada sesuatu tajuk? Contoh ayat; Bergotong-royong merupakan salah satu cara untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Secara tidak langsung, ia akan memastikan kerjasama dalam masyarakat terjalin erat. | 1. (i) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (ii) Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah ... (iii) Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. (iv) Kata sendi nama antara boleh juga diikuti bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu, jauh perbezaannya. (v) Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara kita, jauh berbeza. 2. Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan. | Tatabahasa | 23.08.2014 |
Selamat sejahtera. 1. Antara langkah untuk memupuk perpaduan ialah mempelajari sejarah negara. 2. Antara langkah untuk memupuk perpaduan ialah kita harus mempelajari sejarah negara. Perkara yang mengelirukan saya di sini ialah kata nama digunakan selepas perkatan "ialah". Dalam ayat 2 atas, perkataan "kita" ialah kata nama selepas perkatan selepas perkatan "ialah ". Namu, kalau dibaca ayat kedua itu, saya ada kekeliruan. Jadi,ayat mana satu betul? Atau kedua-dua ayat betul?Harap maklum. | Ayat yang betul ialah: Antara langkah untuk memupuk perpaduan ialah kita harus mempelajari sejarah negara. Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.
| Tatabahasa | 15.05.2014 |