Perkataan "LANGSAI" sering dikaitkan dengan hutang. Bolehkah 'LANGSAI" digunakan untuk urusan bukan hutang, contohnya seperti berikut: (1) melangsaikan (menyelesaikan) urusan peribadi (2) melangsaikan (menyelesaikan) perkara berbangkit (3) Hal ehwal belum langsai (unresolved matters) (4) Isu-isu belum langsai (oustanding issues) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, langsai bermaksud 1. sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai 2. (sastera lama) jelas (rupa, pandangan, dll), terang 3. melangsai - melayang (terbang) dengan cepat 4. tirai. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan langsai tidak sesuai digunakan dalam konteks urusan peribadi, perkara berbangkit, hal ehwal dan isu. | Makna | 16.04.2012 |
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar. | Di Perpustakaan Melangkah ke ruangmu satu pertukaran yang kontras dari kehangatan merata ke kedinginan yang menerpa terlalu hening di sini gua pendeta bersemadi di puncak sepi di sana sini kepala-kepala runduk meneliti mata dan fikir bersebati. Maju ke ruang buku terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu tercurah berzaman dalam tak terselam betapa pun kulayari bahtera ilmu di sini tak terteroka yang akan kucatat hanya setitik dari tinta yang akan kupetik hanya sebiji dari mutiara engkau adalah pusaka moyang gedung peradaban insan terhimpun berzaman. bersemadi di sini aku adalah pelayar yang dahaga di dada samudera tak berpantai betapa pun keteguk darinya dahaga tak pernah langsai | Lain-lain | 28.03.2010 |