Semakan untuk paparan aktiviti di papan iklan premis sama ada "Kedai Langsir" atau "Kedai MENJUAL Langsir". | Keterangan aktiviti yang betul ialah KEDAI LANGSIR | Lain-lain | 17.01.2015 |
Jauhi ubat nyamuk daripada / dari langsir. Jawapan ialah dari / daripada??? | Jawapan yang betul ialah 'Jauhi ubat nyamuk daripada langsir.' | Tatabahasa | 17.05.2011 |
Salam mesra, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk "scalop langsir'? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah biku langsir. | Istilah | 09.03.2017 |
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya adakah ayat-ayat berikut betul/salah? 1. Ali menyapu sampah yang bertaburan di atas lantai. 2. Ali menyapu sampah bertaburan. 3. Adik membantu ibu memasang langsir. 4. Adik membantu ibu untuk memasang langsir. Selain itu, apakah penjodoh bilangan yang sesuai digunakan untuk surat khabar yang telah diikat? Seberkas surat khabar lama? Seikat surat khabar lama? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Ali menyapu sampah yang bertaburan di atas lantai. 2. Adik membantu ibu memasang langsir. 3. Seberkas/seikat surat khabar lama. Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 27.02.2015 |
polyklinik pudu, kedai kushen ocean,klinik specialist wong, kedai kain & langsir indah globe, kedai runcit haji haniffa & sons | Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun frasa yang betul ialah Poliklinik Pudu, Kedai Kusyen Ocean, Klinik Pakar Wong, Kedai Kain dan Langsir Indah Globe,Kedai Runcit Haji Haniffa & Sons. Perkataan ocean, indah globe dan & sons tidak diterjemahkan kerana ini merupakan nama khas yang telah didaftarkan. | Tatabahasa | 19.04.2009 |
1.Adakah ayat yang berikut betul? Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing kencang. 2. Kosa kata yang mana satu betul? Warna kain langsir itu ( luntur, lusuh ) setelah dicuci beberapa kali. | 1. Gasing yang dilemparkan budak itu berpusing dengan ligat. 2. Warna kain langsir itu luntur setelah dicuci beberapa kali. | Tatabahasa | 16.08.2015 |
1. Jauhkan ubat nyamuk dari / daripada langsir? Apakah jawapan untuk soalan ini? Soalan ini ada dalam buku teks bm sjk tahun 2. | Kedua-dua boleh digunakan. harap maklum. | Tatabahasa | 22.05.2008 |
Boleh berikan jawapan bagi soalan ini ? Warna langsir yang biru itu nampak kena dengan warna dinding rumahnya. Pilih perkataan berlawan bagi kena? A. Pelik C. Asing B. Ganjil D. Janggal | Jawapan yang paling hampir ialah janggal. | Tatabahasa | 26.02.2015 |
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya penggunaan imbuhan/kata sendi yg betul dlm ayat di bawah ini. a. Dimintai @ diminta semua pelajar membawa .... b. Jauhi ubat nyamuk dari @ daripada langsir itu. c. Ibu pejabat @ Pejabat ibu (Hukum DM) Sekian, ribuan terima kasih | Ayat/frasa yang betul ialah: A. Diminta semua pelajar membawa .... B. Jauhi ubat nyamuk daripada langsir itu. - merujuk punca C. Ibu pejabat - kekecualian Hukum D-M kerana kebiasaan dalam penggunaan sama seperti perdana menteri. | Tatabahasa | 20.04.2010 |
Saya ingin bertanyakan penggunaan perkataan 'dari' dan 'daripada'. Saya menghadapi beberapa keraguan semasa menggunakan perkataan-perkataan di atas. Soalan 1: Jauhkan ubat nyamuk ______ langsir. Soalan 2: Dia terjatuh ________ basikalnya. Soalan 3: Ali terjatuh ________ bumbung semasa membaiki tangki rumahnya. Soalan 4: Dia melompat keluar ________ kereta itu apabila penculiknya menghentikan kereta di simpang jalan. Bolehkan tuan/ puan berikan jawapan yang sepatutnya diisi dan terangkan sebabnya. Saya ingin terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan. Terima kasih. | Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri-ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama "daripada" yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 268 untuk tujuan tersebut. | Tatabahasa | 31.03.2010 |