Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.jut] | لنجوت

Definisi : 1. panjang (cerita, hikayat, dll): ada­pun perkataan Singapura berperang dgn Jawa itu terlalu amat ~ perkataannya; 2. lama, panjang, tinggi (umur): ia masih menjadi mahasiswa walaupun umurnya sudah ~; 3. mendalam (pengetahuan, penerangan, dll), saksama, teliti: elok juga saya jelaskan perkara ini dgn ~ sedikit; 4. ber­panjangan, tidak berhenti-henti, berterusan: mereka bergurau senda ~ hingga tengah malam; 5. panjang (keluhan): bapa mengeluh ~; 6. labuh (pakaian): dia memakai kain ~ sungguh; 7. lebih tinggi (ilmu, pelajaran, dll): sekolah yg ~; 8. Kd lambat (gerakan) per­jalanan dll: perempuan itu berjalan ~ sungguh; ~ akal panjang akal (cerdik); ~ fikiran cerdik; ~ usia panjang umur; selanjutnya 1. berikutannya, seterusnya: mereka memikirkan kemungkinan yg akan dihadapi hari esok dan hari ~; 2. selepas itu, sesudah itu: ~ Datuk Mufti telah menerangkan segala rukun haji; berlanjut-lanjut tidak berhenti-henti, ber­panjang-panjang, bersambung-sambung, terus­-menerus: suara itu kemudiannya memanjang dan ~ dan makin melemah pula; berlanjutan berpanjangan, berterusan, ber­kekalan: peperangan itu ~ hingga berpuluh­-puluh tahun lamanya; melanjut tidak putus-putus, tidak terhenti-­henti (tetap), terus: aku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih; melanjutkan 1. menjadikan panjang atau berterusan, menyambung: kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing; ~ perundingan; 2. menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dll), meneruskan: Hindun ber­sungguh-sungguh benar hendak ~ pelajaran­nya lagi; semua yg hadir diminta datang ke gedung kesenian utk ~ perkenalan; terlanjut terlebih (ukuran, perbuatan, dll),terlanjur; lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan, dll), tambahan (pd sesuatu sebelumnya): sekolah menengah ~; kelanjutan ekoran atau perkembangan (drpd perkara yg berlaku sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan: ~ drpd pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak ber­tegur sapa selama dua hari; bagi membiak­kan keturunan dan mengekalkan ~ generasi manusia; perlanjutan perihal berterusan (ber­panjangan); ~ jenis Id pembiakan jenis (tumbuh-tumbuhan); pelanjutan perihal atau perbuatan me­lanjutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.jut] | لنجوت

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Mangifera lagenifera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.jut] | لنجوت

Definisi : 1 panjang (bkn cerita, hikayat dll): Kisah peperangan itu sangat ~. 2 lebih mendalam (bkn pengetahuan, penerangan dll): Jika hendak tahu dgn lebih ~ lagi, bolehlah berjumpa dgn orangnya. 3 tinggi atau lewat (bkn umur); lama: Walaupun umurnya sudah ~, ia masih kuat lagi. berlanjutan berpanjangan; berterusan: Pertempuran itu ~ sampai tiga hari. melanjut tidak putus-putus; terus: Banjaran Appalachian ~ hingga ke bahagian utara Kanada. melanjutkan 1 menjadikan lanjut; memanjangkan: Ia berdoa supaya Tuhan ~ umur ibu dan bapanya. 2 menambah (pelajaran atau pengetahuan); meneruskan: Adiknya ~ pelajarannya ke Amerika Syarikat. lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan dll); tambahan (kpd sesuatu sebelumnya). pelanjutan perbuatan atau hal melanjutkan; penerusan. selanjutnya seterusnya; berikutnya: Beliau ~ telah memberikan bantuan kpd nelayan-nelayan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,

Peribahasa

Tiada telap oleh asai.

Bermaksud :

Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai bahasa iklan.

Saudara,

Untuk maklumat lanjut tentang bahasa iklan, antara buku yang boleh dirujuk ialah Bahasa Iklan Perniagaan  oleh Asmah Haji Omar dan Iklan & Masyarakat oleh Mohamad Md. Yusof dan Kamaliah Hj. Siarap terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  

Lain-lain27.07.2010
saya nak tahu lebih lanjut tentang 'kesantunan bahasa'. definisinya,ciri-cirinya dan sebagainya.haraf saya dapat maklumat ini.sekian, terima kasih.Kesantunan berbahasa bermaksud perihal (sifat dan sebagainya) santun, kesopanan, kehalusan dalamberbahasa baik secara lisan ataupun tulisan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Kesantunan Berbahasa (Awang Sariyan), terbitan DBP.Lain-lain25.08.2009
tentang soalan KOMSAS terkini SPM, saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang format soalan yg ada pada tahun 2010 jika iyanya terkini..

Sdr dicadangkan berhubung terus dengan pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lain-lain20.05.2010
mohon penjelasan lanjut utk bahagian ini : Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). - Terima kasih -Dalam contoh yang dinyatakan, Ayah menaikkan tangga... , "tangga" sebagai objek yang bergerak iaitu menjadikan tangga itu naik. Manakala Ayah menaiki tangga..., "tangga" sebagai objek tidak bergerak tetapi ayah yang bergerak. Konsep bergerak ialah berubah tempat sama ada yang berbentuk konkrit atau abstrak. Contohnya, Saya melontarkan batu ke arah lembu itu. Dalam ayat tersebut, objek iaitu batu bergerak dari tempat pelaku menuju ke arah lembu.  Contoh lain, "Saya telah menasihatkan perkara itu kepada mereka". Dalam ayat di atas, perkara yang menjadi bahan nasihat bergerak daripada minda guru ke minda murid. "Perkara" ialah objek yang tidak bernyawa dan bergerak secara abstrak.

Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk memahami dengan lebih lanjut.
Tatabahasa12.04.2013
Saya ingin maklumat lanjut tentang peranan DBPPeranan DBP selaras dengan Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995): a) objektif untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang tentang DBP, antaranya ialah: Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996.Lain-lain04.04.2013
salam sejahtera... saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang kata tugas dalam bahasa melayu. mohon bantuan

Saudari Zirah,

Kata tugas ialah unit yang tidak dapat berdiri sendiri yang memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Fungsinya sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, dan pemeri. Contoh : dan, atau, wah, sila, maka, akan, sangat, pun, dan ialah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 91 - 93.

Tatabahasa23.09.2012
Selamat pagi tuan, Minta tolong tuan memberi keterangan yang lanjut terhadap penggunaan ‘ialah' dengan 'adalah'. Contohnya, bapa saya ialah seorang guru atau bapa saya adalah seorang guru? Perkataan 'ialah' dan 'adalah' guna dalam keadaan ayat yang macam mana? Terima kasih.Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti Bapa saya ialah seorang guru, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 263.Tatabahasa25.02.2012
Salam, Mohon keterangan lanjut tentang perbezaan penggunaan kepada dan pada. Terima kasih.

Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepada digunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepada dirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka.

Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah pada bulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Sendi Nama Pedoman Bahasa.

Lain-lain15.02.2010
Adakah penggunaan perkataan "kencang" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. 1) Wanita itu merangkul bayinya dengan kencang agar tidak terjatuh ke lantai. 2) Salun kecantikan itu menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan memiliki kulit muka yang kencang. Adakah penggunaan perkataan "larut" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. - Gula-gula itu larut kerana terdedah kepada cahaya matahari. Adakah kedua-dua ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat?Jika ada mohon pihak tuan perbetulkan dan mengapa ayat tersebut salah(Jika ada). - Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk.Ayat pertama dan kedua betul dari segi  makna perkataan, tetapi lazimnya masyarakat tidak menggunakan perkataan "kencang" dalam ayat tersebut dan  tidak sesuai digunakan. Dalam ayat pertama perkataan "erat" lebih sesuai digunakan kerana perkataan "erat" digunakan secara lazim dalam kehidupan seharian. Manakala dalam ayat kedua pula, perkataan tegang lebih sesuai digunakan berbanding perkataan kencang.

Penggunaan perkataan larut tidak sesuai dalam ayat tersebut. Perkataan yang lebih tepat ialah cair. Ayat keempat adalah betul.
Tatabahasa02.07.2013
salam sejahtera, nama sya amirul. sya nak tnya apa yg dimaksudkan dengan likuida dan morfofonemik dalam bahasa melayu...sya harap pihak tuan akan memberi keterangan dengan lebih lanjut ttg soalan yg sya ajukan itu...terima kasih....Likuida ialah sejenis konsonan dalam ilmu linguistik. Sila rujuk buku linguistik untuk mengetahui maklumat tersebut dengan lebih lanjut.Tatabahasa26.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas