Salam sejahtera. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan mengenai keutuhan wacana yang saya kehendaki tempoh hari. Di sini, saya ingin mendapatkan lebih lanjut mengenai: 1. Apakah yang dimaksudkan perkaitan Makna Perkaitan daripada sesi leksikal: Sinonim, Antonim, Hiponim dan Polisemi? 2. Apakah jenis-jenis teori pemerolehan bahasa. Adakah teori pemerolehan bahasa ini terdiri daripada teori Behavioris, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori koda kognitif? | Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk profesor atau buku yang berkaitan kaedah tersebut. terima kasih. | Tatabahasa | 03.08.2008 |
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi soalan di bawah? Pak Cik Samsudin mengecat pagar rumahnya kerana warna cat itu telah _________ A)pudar B) luntur Adakah pudar jawapan yang paling tepat?Mengapa? 2) Beberapa orang murid sedang _______di atas pentas bersempena dengan Hari Kanak-Kanak. A) menyanyi B) bernyanyi Mengapakah jawapannya bernyanyi dan bukan menyanyi?Mohon jasa baik pihak tuan menerangkan dengan lebih lanjut. | 1) Pudar dan luntur, kedua-duanya boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 2) Bernaynyi dan menyanyi, kedua-duanya membawa makna yang sama. | Tatabahasa | 21.07.2016 |
Assalamualaikum. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung format penulisan minit mesyuarat terkini. i. Benarkah agenda Perutusan Pengerusi tidak dinomborkan. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda (contoh: 1.1, 1.2, 2.1.2.2, dan seterusnya) atau secara kronologi (contoh: 1, 2, 3, dan seterusnya) iii. Mana yang betul : Mengesahkan minit mesyuarat atau Pengesahan minit mesyuarat. iv. Dalam mesyuarat jabatan, bolehkah ketua jabatan selaku pengerusi mesyuarat juga dilantik sebagai urus setia mesyuarat berkenaan. Harap mendapat perhatian daripada pihak tuan. Terima kasih. | i. Agenda perutusan/kata alu-aluan pengerusi diletakkan nombor. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda. Contohnya: 1. Kata Alu-aluan Pengerusi 1.1...................... 1.2........................ 2. Laporan Perkara Berbangkit 2.1.............................. 2.2................................ iii. Pengesahan Minit Mesyuarat/Mengesahkan Minit Mesyuarat, kedua-duanya boleh diterima pakai bergantung pada pola penggunaan ayat dalam minit mesyuarat tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Bahasa Laporan, oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. iv. Pada lazimnya, ketua jabatan yang dilantik sebagai pengerusi mesyuarat akan bertindak selaku pengerusi mesyuarat sahaja. Contohnya, Pengarah Jabatan Bahasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan peristilahan, urus setia mesyuarat ialah Bahagian Peristilahan. | Tatabahasa | 22.02.2010 |
Selamat pagi tuan, Minta tolong tuan memberi nasihat dan pembetulan ayat-ayat di bawah serta memberi keterangan yang lanjut. 1) Emak saya membeli sebungkus limau yang segar. 2) Adik berenang di kolam yang jernih. 3) Mereka suka memelihara kura-kura untuk mengisi masa lapang. 4) Kakak menolong ibu mengemas pakaian di ruang tamu. 5) Pada Tahun Baru Cina, bapa memberikan kami angpau. | 1) Emak saya membeli sebungkus limau yang segar. - betul 2) Adik berenang di dalam kolam yang jernih. 3) Mereka suka memelihara kura-kura untuk mengisi masa lapang. - betul 4) Kakak menolong ibu mengemas pakaian di ruang tamu. - betul 5) Pada Tahun Baru Cina, bapa memberikan kami angpau. - betul | Tatabahasa | 25.02.2012 |
1. Penggunaan perkataan PELANJUTAN dan PERLANJUTAN mana yg sepatutnya digunakan untuk kes di mana pegawai memohon perlanjutan/pelanjutan cuti. 2. Penggunaan perkataan PENGISYTIHARAN dan PENGISHTIHARAN mana yang betul untuk kes pengisytiharan/pengisytiharaan harta Selamat Berpuasa + Selamat Hari Raya | 1. lanjut - melanjutkan(perbuatan), pelanjutan(proses melanjutkan). Oleh itu yang betul ialah pegawai memohon pelanjutan cuti. 2. isytihar - mengisytiharkan(perbuatan), pengisytiharan(proses mengisytiharkan. Oleh itu yang betul ialah kes pengisytiharan harta. | Lain-lain | 26.09.2008 |
Soalan berdasarkan Dokumen (1) (2)(1) | Ayat yang betul ialah “Nama genus itu diberikan sebagai penghormatan kepada penjelajah terkenal, iaitu Alfred Russel Wallace.” Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575. | Tatabahasa | 29.11.2024 |
Salam sejahtera, 1. Bolehkah saya mengetahui lebih lanjut mengenai maksud kata "payung" daripada aspek maksud teras dan maksud pinggiran? 2. Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut mengenai maksud kata "payung" selain PRPM? | Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1637-1638) untuk mengetahui makna "payung" dengan lebih jelas. Makna teras dan makna pinggiran (kiasan) terakam dalam pecahan makna bagi kata ini boleh diperoleh daripada maklumat yang disusun dalam kamus tersebut. Kata "payung" juga mempunyai homonim yang mungkin tidak diketahui ramai orang. Saudara juga boleh menghubungi Puan Siti Norsuhaila binti Samsudin (03-21479183) di Bahagian Perkamusan, DBP untuk maklumat lanjut. | Makna | 08.05.2024 |
Salam 1 Malaysia. 1. Persoalan tentang kata sendi nama "pada" dan "di". Ada sumber menyatakan bahawa "pada" hanya digunakan untuk waktu manakala "di" untuk tempat. Namun terdapat juga skema jawapan yang menggunakan "pada" untuk tempat. Mohon penjelasan tuan tentang tatacara penggunaan di dan pada. 2. Benarkah perkataan "pelibatan" lebih tepat berbanding "penglibatan". | 1. Yang dimaksudkan sendi nama "pada" untuk "tempat" ialah sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya: - Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi - Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan - Tulis nama pada kertas ini Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275. 2. Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">peN-i> <i style="mso-bidi-font-style: normal;">...-ani> menjadi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">pe-...ani> apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf <i style="mso-bidi-font-style: normal;">m, n, ng, r, l, yi> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">wi>. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri penglibatan iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara, jadi penglibatan juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan pelibatan.
| Tatabahasa | 17.06.2015 |
Salam 1 Malaysia 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola (pada hari hujan/semasa hujan). 2. Aiman menghantar emel kepada kawannya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap (oleh/dengan/menggunakan) kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang (dihadiahkan/dihadiahi) oleh ibunya. 5. Adakah "oleh" perlu diikuti dengan objek hidup? 6. Saya berenang (di dalam/di) air Terima kasih. | 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola semasa hujan. 2. Aiman menghantar e-mel kepada kawannya melalui ... 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap dengan/menggunakan kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang dihadiahkan oleh ibunya. 5. Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa beberapa maksud. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 283. 6. Saya berenang di dalam air. | Tatabahasa | 02.10.2012 |
Salam sejahtera Tuan; 1. Bilakah buku teks baharu Bahasa Melayu Tahun 1 akan dipasarkan? 2. Dari manakah saya dapat memperoleh maklumat yang terkini tentang pembelajaran terbaharu tahun 1 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu? 3. Bolehkah saya dapatkan isi kandungan terkini bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1? Sekian, terima kasih! Bantuan daripada pihak amat dihargai! | - Buku teks baharu Bahasa Melayu sedang dalam proses penerbitan, dan dijangka akan di pasarkan sebelum sesi persekolahan tahun 2011.
- Kurikulum yang berkaitan dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Perkara ini di luar bidang tugas pihak kami. Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
| Lain-lain | 24.06.2010 |