apakah maksud dirgahayu? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dirgahayu bermaksud (mudah-mudahan) lanjut usia, panjang umur. | Tatabahasa | 11.01.2013 |
Apa makna "Dirgahayu" dan kaedah penggunaannya. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dirgahayu bermaksud lanjut usia, panjang umur. Perkataan ini biasanya digunakan untuk menyampaikan ucapan semasa hari kelahiran kepada kerabat diraja. | Makna | 28.01.2009 |
Apakah yang dimaksudkan dengan warga tua? | Warga tua bermaksud orang sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur tua atau bahasa halusnya orang tua. | Makna | 31.08.2006 |
apa maksud Digarhayu tuanku atau digarhayu ? bolehkah ia digunakan pakai dalam laporan berita | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dirgahayu bermaksud lanjut usia, panjang umur. Perkataan ini biasanya digunakan untuk menyampaikan ucapan semasa hari kelahiran kepada kerabat diraja. | Makna | 30.05.2013 |
Salam sejahtera. "Daulat Bahasa Malaysia" bolehkah digunakan untuk tajuk buku kerja bahasa Melayu? Adakah perkataan Daulat dikursuskan penggunaannya? Sekian, terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku; Manakala berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yang tertinggi): raja yang ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yang merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain; Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan daulat boleh digunakan dalam tajuk buku "Daulat bahasa Melayu". | Tatabahasa | 31.10.2013 |
Buku cerita peribahasa kanak-kanak sesuai untuk bacaan usia berapa dan mengapa pada usia tersebut sesuai? kerana terdapat kajian menyatakan buku cerita peribahasa sesuai untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun kerana pada peringkat usia ini mereka lebih berupaya memahami dan menghayati cerita yang mengandungi unsur peribahasa. Saya mencari dapatan pandangan ini. | Untuk makluman, soalan yang dikemukakan kurang jelas. Sehubungan dengan itu, tuan boleh menghubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut melalui talian utama DBP, iaitu 03-2147 9000. | Sastera | 07.01.2025 |
saya nama haswanee chekdoloh saya belajar tentang bahasa melayu saya ingin bertanya Apakah makna Usiya | Tiada maklumat berkaitan dengan perkataan "usiya" dalam data kami. Walau bagaimanapun, pihak kami beranggapan perkataan yang hampir sama sebutannya ialah "usia" yang bermaksud lama masa sejak dilahirkan (diadakan dan sebagainya); umur. berusia mempunyai usia; berumur: Ketika emaknya pergi ke Mekah, ia ~ enam tahun. Untuk maklumat yang lebih lanjut sila layari usia">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=usia | Makna | 04.11.2015 |
penggunaan kata ganti diri dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam kekeluargaan serta kedudukanny dalam masyarakat amnya,sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan yang tersebut di atas? | Kata nama diri dan sapaan digunakan mengikut kedudukan seseorang dalam keluarga dan masyarakat. Ini menunjukkan hierarki kedudukan berdasarkan usia dan susun galur seseorang dalam keluarga atau rajah keluarga ataupun gelaran yang diterima berdasarkan pangkat, sumbangan dan anugerah. Bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan kata ganti diri dan sapaan , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan buku-buku tatabahasa bahasa Melayu di pasaran. | Lain-lain | 05.09.2007 |