1) apa bezanya perkataan `lanjutan sewa kilang' dengan `lanjutan sewaan kilang'. Selain dari itu perkataan yangmana satu betul ? 2) Perkataan `surat lanjutan tempoh sewaan kilang' atau `surat lanjutan sewaan kilang'? ygmana satu betul. | Jawapan yang betul ialah 1. lanjutan sewaan kilang, 2. kedua-duanya betul. | Lain-lain | 12.05.2010 |
lanjutan daripada pertanyaan saya tentang dan lain-lain n dan sebagainya, saya ada menonton rancangan kelas sebelah di rtm1, menurut guru dalam racangan itu, ada perbezaan antara dan lain-lain n dan sebagainya. oleh sebab masa itu saya tidak dapat mendengar dengan jelas, saya harap tuan dapat mencari dan menrujuk serta menjelaskan perkara ini kerana kebiasanya kamus hanya memberikan maksud sesuatu perkataan dana bukannya menjelaskan hukum tatabahasa. terima kasih. | Kami menerima frasa dan lain-lain serta dan sebagainya sebagai sama, iaitu padanan et cetera dalam bahasa Melayu. Jika ada perbezaan pendapat daripada sumber yang lain, sila dapatkan kepastiannya daripada pihak yang berkenaan. | Tatabahasa | 18.12.2013 |
lanjutan soalan ibu bapa ialah kata majmuk dan bukannya frasa nama, kalau mcm tu pinggang mangkuk, ayam itik ialah frasa nama atau kata majmuk? kata perkataan melayu untuk scuba driving? apa pula istilah untuk kaca mata scuba driving? terjemahan bar code dalam bm ialah apa? tq | Kata majmuk dibina daripada gabungan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Dalam contoh yang diberikan itu, kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Terjemahan : scuba diving ialah selam skuba; kaca mata selam skuba; dan kod bar. | Makna | 15.01.2008 |
Lanjutan pertanyaan saya tentang frasa "masa kini" dahulu. Dalam ayat ini, misalnya, "Remaja masa kini kurang menghormati orang tua", ada pendapat mengatakan bahawa 'masa kini' tidak tepat kerana 'kini' sudah terangkum makna 'masa'. Benarkah pendapat itu? Jika benar, apakah pilihan lain yang tidak jauh bezanya untuk menggantikan frasa tersebut? | Perkataan masa dan kini membawa maksud yang berbeza, masa bermaksud waktu atau ketika, manakala kini bermaksud sekarang ini, waktu ini. Justeru, frasa "masa kini" adalah betul dan tidak mempunyai unsur lewah dari segi maksudnya. | Tatabahasa | 09.10.2007 |
Ayat mana yang betul? 'Lanjutan dari itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' atau 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan adalah ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' | Ayat yang betul: 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' | Tatabahasa | 05.05.2011 |
Tuan, Lanjutan daripada emel saya sebelum ini yang bertanyakan padanan yang sesuai bagi perkataan 'trust', bersama-sama ini saya lampirkan penggunaan perkataan 'trust' dalam penulisan membincangkan tentang koperasi. Perkataan tersebut berulang-ulang kali digunakan dengan banyak sekali. Mohon nasihat tuan. | Menurut rujukan kami, trust bermaksud kepercayaan, serahan atau amanah untuk menyimpan atau menjaga sesuatu tanpa apa-apa kepentingan benifisial. Perkataan trust perlu ditukar kepada kepercayaan atau percaya mengikut konteks ayat. | Makna | 24.08.2018 |
Salam sejahtera, apakah padanan istilah bagi frasa "advanced illness"? Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud illness ialah penyakit, manakala maksud advanced pula ialah lanjutan. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi advanced illness ialah penyakit lanjutan | Makna | 10.04.2020 |
Assalamualaikum Saya pelajar Ijazah lanjutan di UKM. Saya igin menyemak terjemahan bahasa melayu yang betul untuk 'family-supportive supervisor behaviour' iatu salah satu variable dalam kajian saya. Terima kasih | DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Sila terjemah terlebih dahulu perkataan tersebut. Pihak kami akan membantu membetulkan padanan bahasa Melayunya. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.06.2020 |
harap maaf, soalan ini adalah lanjutan soalan terakhir saya. Garisan kuning yang saya maksudkan bukan untuk melintas (lintasan belang) tetapi garisan yang biasanya terdapat di persimpangan jalan atau lampu isyarat digunakan untuk memudahkan pemandu memperlahankan kenderaan. Biasanya garisan ini dibina dengan kasar dan mengeluarkan bunyi yang kuat apabila kenderaan melaluinya. Apakah istilah untuk garisan ini | Tiada istilah khusus yang digunakan untuk nama garisan tersebut. Namun yang biasa digunakan ialah garisan kuning sahaja yang lazimnya terdapat di kawasan sekolah, simpang, dan lampu isyarat. | Istilah | 19.05.2010 |
Saya ada beberapa soalan 1) Kawalan yang tegas dari mahkamah/ atau daripada mahkamah 2) dari parti memerintah/daripada parti memerintah 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap/ dari hak untuk bercakap 4)akibat dari tindakan polis/daripada tindakan polis 5) prokerajaan/pro-kerajaan 6)disalahguna/disalah guna kerjasama baik pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih | Ayat/frasa/ejaan yang betul ialah: 1) Kawalan yang tegas daripada mahkamah, 2) daripada parti memerintah, 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap, 4) akibat daripada tindakan polis, 5) prokerajaan, 6) disalah guna | Tatabahasa | 06.02.2011 |