1"Ali mop lantai." 2"Ali mengemop lantai." soalan:ayat 1atau ayat 2 atau kedua-dua ayat ini betul? sekian terima kasih. | Ali mengemop lantai atau Ali mengelap lantai. | Tatabahasa | 25.11.2014 |
Kakak menghiris bawang di atas lantai. ataupun Kakak menghiris bawang di bawah lantai? Yang mana satu betul. | Ayat yang betul ialah: Kakak menghiris bawang di lantai. Ayat ini bererti; tempat kakak membuat kerja ialah di lantai. Ayat ... di atas lantai, bererti kakak menggunakan lantai untuk menjadi papan landas. | Tatabahasa | 24.04.2011 |
"terjatuh ke atas lantai" atau "terjatuh di atas lantai"? Ada yang mengatakan bahawa dua frasa itu berbeza muksud:1.Pensel saya terjatuh ke atas lantai. 2 Saya memugut pensel yang terjatuh di atas lantai itu. Adakah pendapat ini betul? sekian terima kasih. | Berdasarkan dua ayat contoh tersebut, penggunaan kata sendi nama ke digunakan untuk maksud sesuatu itu bergerak seperti ayat yang berikut: 1. Pensel saya terjatuh ke atas lantai. Kata sendi nama di pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi seperti ayat yang berikut: 2. Saya memungut pensel yang terjatuh di atas lantai. Sebagai kesimpulannya, penggunaan kata sendi nama ke dalam ayat (1) dan (2) tepat. | Tatabahasa | 05.05.2014 |
Yang manakah lebih tepat 1. mengemop lantai atau mengelap lantai 3. Ibu sedang menjahit. atau Ibu sedang menjahit baju. 4. Nenek sedang memasak. atau nenek sedang memasak ikan. 5. Adik menangis kerana sakit perut. atau Adik menangis kerana dia sakit perut. | 1. Kedua-dua boleh digunakan. 2. Ibu sedang menjahit baju. 3. Nenek sedang memasak ikan. 4. Adik menangis kerana perutnya sakit. | Tatabahasa | 17.08.2014 |
Mohon nasihat tuan/puan.Adakah perbezaan antara ayat-ayat di bawah: Kakak menyanyi sambil menyapu lantai. Kakak menyapu lantai sambil menyanyi. Perlukah aktiviti utama diletakkan di hadapan iaitu sebelum kata hubung sambil. Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang dinyatakan adalah betul. Ayat pertama mengutamakan menyanyi manakala ayat kedua mengutamakan menyapu. Meletakkan yang mana yang utama ditentukan oleh yang mana hendak diutamakan dalam ayat. | Tatabahasa | 02.03.2016 |
Hampir retak lantai kayu itu dek hentakan Arif. betulkah struktur ayat ini dan penggunaan "dek"? | Penggunaan perkataan dek dalam ayat betul. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
"Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemas." atau " Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemaskan." Antara di atas , yang manakah berikut betul atau kedua- duanya boleh diterima?Jika salah, mengapakah jawapan tersebut salah? | Ayat yang betul ialah " Barang permainan adik yang bersepah di atas lantai itu telah saya kemaskan." Kemas ialah kata adjektif dan memerlukan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. | Tatabahasa | 22.01.2011 |
Pen saya jatuh ______ lantai. A ke B di | Pen saya jatuh ke lantai. | Tatabahasa | 15.10.2014 |
Siti menyapu di bilik atau Siti menyapu lantai di bilik. Yang mana satu betul? | Ayat yang gramatis ialah Siti menyapu lantai di dalam bilik. | Tatabahasa | 27.07.2012 |
Salam sejahtera. Yang berikut manakah betul? 1) menyapu sampah 2) menyapu lantai | Kedua-dua frasa boleh digunakan bergantung pada konteks ayat seperti "Emak menyapu lantai sehingga bersih" dan "Emak menyapu sampah di halaman rumah". | Tatabahasa | 28.02.2015 |