Mengikut kamus dewan, [lantaran]1. hal yang menjadi sebab sesuatu perkara;2. kerana, sebab. Adakah perkataan [lantaran itu] mempunyai maksud yang sama? Adakah penanda wacana ini wujud?Untuk pengetahuan tuan, saya mengetahui [selain] dan [selain itu] mempunyai makna yang berbeza. Adakah [lantaran itu] mempunyai maksud yang sama dengan [lantaran]? | Jika lantaran bermaksud kerana atau sebab, maka lantaran itu samalah maknanya dengan kerana itu atau sebab itu. | Tatabahasa | 23.10.2009 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan "lantaran itu". Bolehkah "lantaran itu" digunakan pada pangkal ayat? Adakah "lantaran itu" membawa makna "therefore" atau "hence"? | Untuk makluman, penggunaan perkataan yang betul ialah “lantaran” sahaja. Perkataan tersebut boleh digunakan di pangkal ayat, dengan syarat ada kesinambungan wacana dengan ayat sebelumnya. 1"> | Tatabahasa | 05.02.2020 |
Saya ingin mengetahui sama ada kedua-dua ayat (1) dan (2) ini gramatis atau tidak lantaran ada yang berpendapat struktur ayat (1) itu salah. (1) Jus limau ini rasanya sungguh manis. (2) Jus limau ini sungguh manis rasanya. Terima kasih. | Ayat kedua iaitu Jus limau ini sungguh manis rasanya lebih gramatis berbanding ayat pertama. | Tatabahasa | 16.08.2017 |
Adakah kata hubung "kerana" dapat diganti dengan "sebab" seperti berikut? 1. Dia tidak hadir kerana sakit. 2. Dia tidak hadir sebab sakit. | Encik Ong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Kerana dijelaskan dalam kamus dewan sebagai --kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguh-sungguh; pertem puran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana. manakala sebab pula dijelasakan seperti ini - -yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; Dalam ayat yang tuan berikan kedua-dua perkataan itu boleh saling berganti. | Tatabahasa | 11.07.2009 |
Salam sejahtera, 1. Boleh tolong jelaskan penggunaan kata 'ia'. 2. Apa perbezaan maksud perkataan: i) mengapa dan kenapa ii) sebab dan kerana Bantuan tuan amat saya hargai, terima kasih. | 1">1. Kata ia ialah kata ganti nama diri orang ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk orang, benda atau perkara yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Penggunaan "ia" juga boleh menggantikan benda/subjek (bukan binatang) 2. Kenapa dan mengapa mempunyai makna yang sama. Untuk penggunaan rasmi, mengapa lebih sesuai kerana kenapa ialah bahasa percakapan. 3. Menurut Kamus Dewan, kerana bermaksud menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; dan sebab bermaksud yang mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, yang menjadi sebab atau punca kepada sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll.); oleh itu, dari segi makna , sebab dan kerana mempunyai makna yang sama. Walaupun begitu, dari segi golongan kata, kata sebab merupakan kata nama, manakala kerana ialah kata hubung dan penggunaan kata sebab perlu disertakan dengan kata sendi oleh. | Tatabahasa | 22.04.2019 |
Tuan, sila tengok yang saya garrisbawahi. (i) Keterangan musabab KETERANGAN MUSABAB ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. KATA HUBUNG KETERANGAN MUSABAB adalah seperti kerana, lantaran, SEBAB, dan oleh sebab. Tuan, saya sudah banyak kali membaca tetapi sudah jelas dan nyata bahawa SEBAB yang tercatat di kategori KATA HUBUNG KETERANGAN MUSABAB. Dipetik daripada Tatabahasa Dewan Ketiga.pg 515, 18.3.3.1. | Sila baca dengan teliti Tatabahasa Dewan Ketiga halaman 515 18.3.1 Jenis Ayat Keterangan (i) Keterangan Musabab. Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran, dan oleh sebab. | Tatabahasa | 27.08.2014 |
Perluasan makna untuk perkataan pokok | 1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera; | Lain-lain | 09.09.2009 |
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya. | i. Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....." ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit". | Lain-lain | 28.06.2016 |
selepas berbincang antara kami masih belum ada persefahaman yang sama, harap dapat pembetulan ayat di bawah yang mengikut tata bahasa yang baku. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak tidak merupakan tanggungjawab semata-mata guru di sekolah, tetapi dipertanggungjawabkan oleh kedua ibu bapa dan guru. 4. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa. Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. 5. Lantaran itu di dalam dunia pendidikan menuju era globalisasi hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan terutama di dalam proses pengajaran seperti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Pendidikan pada hari ini terutama di era dunia tanpa sempadan, setiap aktiviti pembelajaran banyak dipengaruhi kemajuan di dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia suatu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan rupa wajah anak bangsa, tentang masa depan yang cemerlang, tentang cita-cita luhur dan keunggulan. didahului terima kasih. | 1. Bercakap tentang kebudayaan, perkataan kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan terlebih dahulu. 2. Ayat ini betul. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak bukan merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata, tetapi juga dipertanggungjawabkan kepada kedua ibu bapa. 4. Bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan antarabangsa, Oleh itu, tidak hairanlah bahasa Inggeris digunakan di kebanyakan kota. 5. Lantaran itu, dalam dunia pendididikan yang sedang menuju era globalisasi pada hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan dalam proses pengajaran sepeti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Setiap aktiviti pembelajaran pendidikan pada hari ini, terutama dalam era dunia tanpa sempadan banyak dipengaruhi kemajuan dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang menyumbang ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, satu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan anak bangsa yang mempunyai masa depan yang cemerlang dan cita-cita luhur dan unggul. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
Salam. Saya ada beberapa soalan yang perlukan penjelasan daripada pihak DBP untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. 1. hukum-ahkam ATAU hukum-hakam. (mana yang betul?) 2. kaucakapkan ATAU kau cakapkan. 3. mengabarkan ATAU mengkhabarkan. (contoh ayat yang saya jumpa: Pelayar berambut kerinting macam mayang pinang, tersenyum manis mengabarkan berita.) 4. sebarangan ATAU sembarangan (contoh ayat: Lantaran itu, Salleh mengingatkan diri agar jangan mudah berkata sebarangan.) 5. sebarang ATAU sembarang (contoh ayat: Jangan sekali-kali mudah mengeluarkan perkataan kepada sebarang tempat.) | 1. Perkataan yang betul ialah hukum-hakam. 2. Ejaan yang betul ialah kau cakapkan. 3. Perkataan yang betul ialah mengkhabarkan. 4. Merujuk contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah sembarangan. 5. Merujuk contoh ayat yang diberikan perkataan yang betul ialah ... sembarang/sembarangan tempat .... | Tatabahasa | 06.01.2011 |