Soalan 1: Agensi kami menjalin kerjasama dengan LAPAN di Indonesia. Ketua Pengarah akan ke negara berkenaan untuk mengadakan mesyuarat dan membincangkan projek kerjasama. Yang manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan bagi mesyuarat ini sama ada Mesyuarat Kerja ARSM-LAPAN atau Mesyuarat Kerjasama ARSM-LAPAN? Apakah makna sebenar Mesyuarat Kerja? | Penggunaan frasa yang betul ialah "Mesyuarat ARSM - LAPAN", kecuali apabila melibatkan jawatankuasa kerja bolehlah dinamai "Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ARSM - LAPAN". | Tatabahasa | 13.04.2012 |
Bagaimana pula sekiranya, angka 1, 380 004= "one million three hundred eighty thousand and four', adakah ia diterjemahkan sebagai satu juta tiga ratus lapan puluh ribu dan empat ataupun satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat? terima kasih | Satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
Selamat sejahtera. Yang mana satukah betul, terima kasih. 1. cari jawapan di / pada muka surat 2. muka surat lapan / kelapan 3. muka surat lima belas / kelima belas | Kata sendi nama yang betul ialah pada, ...pada muka surat lapan... dan ...pada muka surat 15.... | Tatabahasa | 08.01.2014 |
Assalamualaikum. "Mata lembing tercabut sendiri, melayang menikam orang lain hingga membunuh sembilan puluh lapan lelaki dalam majlis itu. Korban ke sembilan puluh sembilan ialah ayah Dayang lalu mencabut lembing dari perutnya....." Berdasarkan petikan cerita di atas, saya ingin bertanya sedikit soalan. 1. sembilan puluh lapan perlu dieja atau ditulis nombor 98? 2. korban ke sembilan puluh sembilan atau korban ke-99? sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah ... 98 lelaki ... dan ... korban ke-99 .... Nombor kosong hingga sembilan dieja penuh, manakala nombor 10 dan ke atas ditulis dalam bentuk angka. | Ejaan | 25.08.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong pihak DBP untuk melengkapkan perkara di bawah: Eka - Satu Dwi - Dua Tri - Tiga ?? - Empat Panca - Lima ?? - Enam ?? - Tujuh Asta - Lapan ?? - Sembilan Dasa - Sepuluh Terima kasih. | 1. Eka = Satu, Dwi = Dua, Tri = Tiga, Empat = Catur, Lima = Panca, Enam = Sat, Tujuh = Sapta, Lapan = Asta, Sembilan = Nawa, Sepuluh = Dasa | Tatabahasa | 13.07.2016 |
Saya Halimah sedang pelajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar ingin bertanya DBP, apakah maksud pantun lapan krat itu terimakasih | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik. Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Berikut contoh pantun lapan kerat; Bagus rupa bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan; Pahar cerek sudah teratur, Cawan mangkuk sudah terletak, Samalah duduk kita makan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang ciri-ciri pantun dan syair puan boleh merujuk buku-buku berkaitan puisi Melayu Tradisional yang ada di pasaran. Contoh buku yang disarankan ialah Puisi Melayu Tradisional karya Dr. Harun Mat Piah, terbitan DBP.
| Tatabahasa | 06.11.2013 |
apakah jawapan yang betul? Lapan orang peserta menarik diri. __________, program lawatan itu terpaksa dibatalkan a) Jadi b) Justeru c) mungkin d) Sebaliknya | Jawapan (c) mungkin | Lain-lain | 16.08.2016 |
Selamat petang. Nak tanya, ayat berikut betulkah? 1. Milik siapa epal semua itu? 2. Epal semua ini berharga lapan ringgit. Perkataan yang ditegaskan ialah semua ini/ semua itu. Adakah penggunaanya betul? Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah "Milik siap semua epal itu?" 2. Ayat yang betul ialah "Semua epal ini berharga lapan ringgit." | Tatabahasa | 12.07.2019 |
contoh-contoh pantun dua kerat,empat kerat,enam kerat,lapan kerat dan duabelas kerat | KNBDBP tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, Kuala Lumpur untuk merujuk bahan-bahan tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 05.09.2007 |
Tuan, saya hendak mengemukakan satu kekeliruan dalam soalan. Ayat: Minumlah lapan gelas air setiap hari untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. Dalam ayat tersebut, frasa yang digariskan ialah frasa "menggantikan air yang keluar daripada badan". Tujuan frasa ini digariskan adalah untuk menentukan sama ada frasa ini salah atau betul. Berdasarkan ayat tersebut, 1. menggantikan air yang keluar DARIPADA badan 2. menggantikan air yang keluar DARI badan. Yang manakah adalah betul? Mengikut pentafsiran(penjelasan, huraian) saya, selepas kata sendi nama "dari" perlulah ada suatu lokasi, tempat. Manakala "kata sendi nama "daripada" hadir di depan objek bernyawa, manusia. Tetapi berdasar pada jawapan buku latihan, jawapan yang diberikan ialah "menggantikan air yang keluar daripada badan". Badan bukankah sesuatu lokasi yang air keluar daripada? Bukan hendak menggunakan kata sendi nama "dari"? Saya keliru. Tolong berikan jawapan yang betul berserta dengan analisis soalan. Terima kasih. | Frasa "menggantikan air yang keluar daripada badan" betul, menggantikan ialah kata kerja transitif yang diikuti objek iaitu air, dan daripada merujuk sumber iaitu badan dan bukannya lokasi seperti kampung serta Kuala Lumpur. Untuk makluman tuan, kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan | Tatabahasa | 01.05.2014 |