Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lapor
Kata Terbitan : melaporkan, laporan, pelaporan, pelapor,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, yang manakah betul. Laporkan pelajar yang mencuri, atau lapor pelajar yang mencuri? Laporkan atau lapor? Terima kasih.Jika ayat yang digunakan dalam bentuk arahan, maka "Laporkan pelajar yang mencuri".Tatabahasa29.09.2011
Perkataan "BALORA TAMAN SEDIA" telah digunakan pada dewan kami. tiada istilah "BALORA" dalam kamus. Lapor pada Majlis Daerah Cameron Highlands tetapi tiada jawapan. Satu pencemaran bahasa! Harap pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya.Penamaan bangunan dan tempat adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan contohnya Majlis Daerah Cameron Highlands, dan Majlis perlu menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dan baku dalam urusan rasmi dan membenarkan penggunaan nama tempat/bangunan yang betul sahaja. Keprihatinan saudara amat dihargai dan diucapkan terima kasih.Lain-lain21.06.2007
ejaan yang betul untuk: 1. temuduga 2. lapordiriEjaan yang betul ialah temu duga dan lapor diri. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataanEjaan12.11.2013
Apakah maksud yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah Bahasa Inggeris ini "Illegal, Unreported and Unregulated Fishing"?Terjemahan yang sesuai untuk "Illegal, Unreported and Unregulated Fishing" ialah Penangkapan Ikan Haram, Tidak Lapor dan Tidak Teratur.Makna08.08.2018

Kembali ke atas