Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ra.ngan] | لارڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dilarang atau ter­larang: bagindalah yg meletakkan kekuning­an ~; seluruh kawasan hutan di keliling kam­pung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ra.ngan] | لارڠن

Definisi : 1 perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2 sesuatu yg dilarang: Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata larangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok atau kawasan kampus ialah kawasan larangan merokok. Yang mana betul/lebih tepat.Jawapan yang betul ialah kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok.Lain-lain16.11.2010
Bahasa taboo masyarakat melayu sarawak. senaraikan 1 perkataan berkenaan dan kenapa taboo perkataan itu.Taboo ialah larangan atau perkara larangan ataupun pantang larang. Dalam konteks bahasa taboo masyarakat Sarawak, contoh perkataan taboo ialah 'lawa' yang bermaksud sombong atau angkuh.Istilah09.01.2008
penggunaan tanda baca: a)"Jangan lalu di situ. Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal. b)"Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan!" kata Cikgu Kamal. mana yang betul?Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal.Tatabahasa08.07.2013
Selamat sejahtera, Tuan. Saya mahu bertanya. Adakah perkataan "tolong" dan "jangan" tak boleh digunakan bersama-sama? Contoh ayat, "tolong jangan tinggalkan saya." Situasi ini lebih kepada merayu dan sedih, jadi saya merasakan lebih sesuai jika menggunakan perkataan "tolong" juga. Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Perkataan jangan tergolong dalam kata larangan yang digunakan di dalam ayat larangan. Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, atau usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.

Perkataan tolong pula tergolong dalam kata permintaan yang digunakan dalam ayat permintaan. Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Ayat larangan juga dapat dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya. Contoh: Harap jangan tinggalkan saya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.04.2018
Berikan keterangan tentang kata larangan taboo dalam bahasa melayu termasuk definisi dan contoh penggunaan seharian?Taboo dalam bahasa Melayu disebut larangan atau pantang larang seperti dalam contoh ayat, Banyak pantang larang mengenai wanita daripada mengenai lelaki dalam masyarakat itu.Makna02.07.2010
salam sejahtera tuan, merujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2014:450), ada dinyatakan bahawa "ayat sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel "lah". Contonya : "Dilarang merokok". Adakah pernyataan tersebut membawa maksud bahawa, jika ditulis menjadi "Dilaranglah merokok" akan menjadi ayat tidak gramatis? Terima kasih.Berdasarkan penerangan pada halaman yang tersebut, ayat Dilaranglah merokok dan Ditegahlah berludah di sini ialah bentuk yang tidak gramatis.Tatabahasa18.08.2015
Adakah ayat di bawah salah: 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Pada pendapat saya, 3 & 4 tidak mempunyai kesalahan tetapi 1 & 2 sepatutnya, 1. Tiap-tiap/ Setiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak mematuhi larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. atau ( patuh akan larangan ) Apakah pendapat tuan/ puan. Terima kasih.1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. Betul kerana tiap sama dengan setiap dan tiap-tiap.
2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. Salah, yang betulnya ... tidak mematuhi larangan ....
3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. Tiada kesalahan.
4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Tiada kesalahan.

Tatabahasa17.10.2012
Cikgu, kata kerja dalam ayat larangan juga harus diimbuhkan dengan akhiran -kan atau menggunakan kata dasar? Contoh: 1. Jangan main di sini atau Jangan bermain di sini 2. Usah pedulikan dia atau Usah peduli diaLihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 450, contoh ayat larangan:
(a) Jangan ambil harta orang.
(b) Kamu jangan beritahu dia.
(c) Usah kaupedulikan dia.
Tatabahasa13.05.2014
Betulkah penggunaan perkataan 'merbahaya' dalam ayat di bawah ini. 1. Awas, merbahaya! (Biasanya ia terdapat pada lori penghantar minyak- Petronas) 2. Kawasan larangan, merbahaya.Ejaan yang tepat ialah berbahaya.

1. Awas, berbahaya!
2. Kawasan larangan dan berbahaya.
Ejaan21.07.2013
boleh e-mailkan saya contoh karangan fakta berkaitan persekitaran bebas rokok ?Sila rujuk bahan inji :1. Larangan merokok di sekolah :apa sumbangan kita ? Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1997 2. Kesan dan bahaya merokok Dewan Masyarakat 01/10/1998 3. Implikasi larangan merokok Abdul Ghani Awang Dewan Masyarakat 01/10/1994 4. Menghapuskan tabiat merokok Siti Khalijah Mahamud Dewan Siswa 01/01/1995 . 5.Kempen Antimerokok Ismail Restu Dewan Sastera 01/04/2004Lain-lain28.07.2007
123456

Kembali ke atas