| Apakah beza tebatan dan tambatan banjir. Yang manakah sesuai tebatan banjir atau tambatan banjir? | Istilah yang betul ialah "tebatan banjir". Perkataan tambatan tidak sesuai untuk banjir kerana maksud tambatan ialah: 1. pancang dll utk menambatkan binatang (perahu dll): dr situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal; 2. sesuatu (spt tali dsb) utk menambat: mereka kemudian membuka tali ~ yg terlilit-lilit pd pokok pisang itu; 3. = ~ jiwa = ~ larat orang yg dikasihi (dicintai), kekasih; | Makna | 19.10.2014 |
| Apakah maksud “pepasu”? Saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam kamus. | Salam sejahtera, Kata pepasu tergolong dalam kata ganda separa, iaitu kata ganda yang hanya mengulangi suku kata pertama kata dasarnya, biasanya terdapat perubahan vokal, dan lazimnya. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa yang lain ialah kekisi, lelayang, bebutang, pepasu, tetikus, tetupai, jejari, kekuda, pepatung dan bebola. Kata ganda separa ada yang membawa maksud tunggal, misalnya tetamu, kekuda, tetikus, dan ada yang membawa maksud jamak, misalnya pepohon dan dedaun. Hasil carian dalam Internet, terdapat beberapa contoh penggunaan pepasu namun kekerapan penggunaannya agak rendah. Antara contoh penggunaannya: 1. Bila dah kahwin ni tak larat nak angkat pepasu tu semua pindah ke rumah mak mertua... 2. Biar dia letak pepasu itu kat rumah dia. 3. Pepasu banyak itu hari... tinggal hat nie jaa... Berdasarkan beberapa contoh tersebut, pepasu boleh diandaikan membawa maksud jamak, iaitu pelbagai jenis pasu atau banyak pasu. Sekian, terima kasih. | Makna | 19.01.2025 |