Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.rian] | لارين

Definisi : 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~ kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rian] | لارين

Definisi : 1 balapan tempat berlari: ~ kuda tempat perlumbaan kuda. 2 gerakan berlari: ~ yg pd mulanya laju sekali itu perlahan-lahan terhenti. 3 (kiraan) mata dlm permainan kriket. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lari
Kata Terbitan : berlari, selari, menyelarikan, keselarian, melarikan diri, larian, pelarian, pelari,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul? Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi ( larian, acara larian, acara lumba lari, pertandingan ) 200 meter.Jawapan yang betul ialah: Peserta-peserta sedang berlari pantas untuk memenangi acara lumba lari 200 meter.Tatabahasa30.03.2012
jabatan saya akan mengadakan program Larian Jom ! Kitar Semula 2013. Boleh kah menggunaan perkataan Larian Jom! Kitar Semula digunakan?Nama yang betul ialah Larian Kitar Semula 2013. Perkataan "jom" ialah kata ajakan dan tidak sesuai dimasukkan dalam nama larian tersebut. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut boleh digunakan dalam iklan program tersebut untuk menggalakkan orang ramai menyertai larian tersebut. Contohnya: Jom sertai larian!Tatabahasa25.01.2013
Salam. Antara 'masa catatan' atau 'catatan masa', yang manakah yang betul? Contoh: Catatan masa larian Ali ialah 10 saat. Masa catatan larian Ali ialah 10 saat. Terima kasih.Catatan masa larian Ali ialah 10 saat. Masa catatan larian Ali ialah 10 saat. : Kedua-dua ayat ini membawa maksud yang sama.Penyemakan dan penterjemahan08.07.2019
Bolehkan pihak tuan mencadangkan nama program Larian Jom ! Kitar Semula tersebut bagi tujuan hebahan dan promosiNama yang betul ialah Larian Kitar Semula 2013. Perkataan "jom" ialah kata ajakan dan tidak sesuai dimasukkan dalam nama larian tersebut. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut boleh digunakan dalam iklan program tersebut untuk menggalakkan orang ramai menyertai larian tersebut. Contohnya: Jom sertai larian!Tatabahasa25.01.2013
Yang mana betul: a) Larian kamu seperti kuda liar." Seorang daripada mereka berseloroh. b) Larian kamu seperti kuda liar," seorang daripada mereka berseloroh.b) Larian kamu seperti kuda liar," seorang daripada mereka berseloroh.Tatabahasa29.11.2011
Mohon cadangan bahasa melayu untuk perkataan "STORMWATER MANAGEMENT" selalunya di tulis sebagai, *pengurusan air ribut *Pengurusan air larian hujan *Pengurusan air larian permukaan Mohon pencerahan pihak DBP bagi kosa kata yang sesuai bagi ganti kata "STORMWATER"Salam sejahtera,

Tuan,
Berdasarkan data kami, stormwater management diberi padanan pengurusan air hujan yang bermaksud penggunaan sistem semula jadi dan buatan untuk meminimumkan kerosakan alam sekitar dan menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk masyarakat. Istilah ini merupakan istilah dalam bidang kejuruteraan.

Sekian, terima kasih.
Istilah06.01.2018
Frasa nama yang manakah betul? larian 4✘100meter berganti-ganti / larian berganti-ganti 4✘100meterFrasa yang betul "Lari Berganti-ganti 4 x 100 meter".Ejaan19.04.2015
Tepatkah jika "fun run" diterjemahkan sebagai "larian suka-suka"?Fun Run = Larian RiaMakna02.10.2018
Banyak orang menyertai larian merentas desa. Dalam ayat itu "Banyak orang" adakah ayat yang betul ? Saya telah bertanya dengan ramai rakan saya yang berbangsa Melayu dan mereka beritahu saya hanya "Ramai orang" digunakan dalam bilangan orang dan tidak dibenar menggunakan "Banyak". Saya keliru dengan ayat tersebut di atas dalam buku latihan anak saya..Banyak orang menyertai larian merentas desa. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja.Tatabahasa11.07.2007
Banyak orang menyertai acara larian merentas desa. Pertanyaan saya adalah, adakah perkataan banyak boleh digunakan dalam ayat ini. Apakah perbezaan antara banyak dengan ramai? Terima kasih.Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia dan banyak juga merujuk kepada bilangan, manakala ramai hanya untuk manusia sahaja dan ramai juga merujuk kepada suasana.Tatabahasa11.07.2007
123

Kembali ke atas