APAKAH MAKSUD NISBAH? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, nisbah bermaksud 1. perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan ; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali. 2. Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll), perhubungan keluarga. | Makna | 30.09.2010 |
apakah definisi nisbah? Tarikh jawapan dikehendaki: 01/10/2010 | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, nisbah bermaksud 1. perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan ; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali. 2. Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll), perhubungan keluarga. | Makna | 30.09.2010 |
definisi nilai kemanusiaan | Saudara Shashaerika, Makna nilai ialah taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham. Makna kemanusiaan ialah perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. Oleh yang demikian, frasa nilai kemanusiaan bermaksud kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia. | Makna | 10.02.2010 |