Salam tuan di talian, 1. Apakah terjemahan yang berikut sesuai untuk istilah komputer di bawah? a. ink jet printer - pencetak jet dakwat b. laser jet printer - pencetak laser Sekian, terima kasih. | a. ink jet printer - pencetak jet dakwat b. laser jet printer - pencetak jet laser | Ejaan | 20.09.2012 |
Apakah terjemahan bagi "laser pointer"? Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah khusus untuk "laser pointer" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk "pointer", iaitu penuding atau penunjuk. Oleh itu, istilah yang dicdangkan ialah penuding laser atau penunjuk laser. | Istilah | 23.03.2013 |
Selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang sesuai untuk alat pengukuran panjang, iaitu 'road meter' dan 'laser range meter'? Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi 1. laser range meter ialah Meter Jarak Laser 2. Road meter ialah Meter Jalan | Istilah | 19.10.2018 |
Mohon jasa baik untuk menterjemahkan perkataan 'Sublimation Ink', ID Card Equipment' dan Compatible Laser Toner'. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Sublimation Ink - dakwat pemejalwapan 2. ID Card Equipment - Perralatan Kad ID 3. Compatible Laser Toner - Toner Laser Serasi | Istilah | 08.03.2016 |