Apakah terjemahan yang sesuai bagi ayat 'the last payment out of court' dalam ayat yang berikut: 'No claim application action suit or other proceeding for or in respect of such money has been or is made or instituted for a period of fifteen years after the last payment out of court of any part of such money or (where no payment out of court has been or is made) after such payment into court. Sama ada boleh diterjemah seperti yang berikut: a. pembayaran keluar yang terakhir daripada mahkamah; atau b. pembayaran terakhir di luar mahkamah. | Terjemahan yang sesuai bagi ayat 'the last payment out of court' ialah pembayaran terakhir di luar mahkamah. | Makna | 06.08.2020 |
Tuan/Puan, Mohon pengesahan sama ada istilah di bawah yang digunakan di Malaysia sama di Singapura. What is your name = Siapakah nama anda? First name = Nama pertama What is your last name = Siapakah nama keluarga anda? Last name = Nama keluarga Kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang benar, R Aziz | Padanan teks bahasa Inggeris dan bahasa Melayu tersebut adalah betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.10.2022 |
Tuan, Terjemahan mana yang betul bagi "Last Treatment Visit", adakah "Lawatan Akhir Rawatan" atau "Lawatan Rawatan Akhir". Ayat penuh bagi penggunaan istilah ini adalah seperti berikut: "Jika penyertaan anda dalam Bahagian B kajian utama, TRCA-303, bersambung selama lebih daripada 36 bulan (3 tahun), imbasan keempat dan terakhir akan dijalankan pada Lawatan Akhir Rawatan jika ia belum dibuat dalam tempoh 2 bulan sebelumnya." | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi ayat Last Treatment Visit. Walau bagaimanapun, sekiranya bersesuaian dengan konsep, kami mencadangkan Janji Temu Rawatan Terakhir sebagai padanan untuk ayat tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.10.2019 |
Pohon bantuan untuk semakan ketepatan terjemahan: BI: First and Last Mile Connectivity BM: Ketersambungan awal dan akhir Terima kasih. | Terjemahan yang diberikan adalah bertepatan dengan ayat dalam bahasa Inggeris yang diberikan. Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 31.10.2022 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang terjemahan yang sesuai bagi "Policy Last Updated", yang mana antara berikut sesuai digunakan? 1. Kali Terakhir Dasar Dikemas Kini 2. Kali Terakhir Dikemas Kini Dasar Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Dicadangkan padanan bahasa Melayu ialah Tarikh Akhir Dasar Dikemaskinikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.12.2017 |
Hi, nak minta tolong dalam menjemahkan perkataan bahasa inggeris kepada bahasa melayu. "Last Mile Delivery & Pickup Platform" Thank you | Salam sejahtera, Terima kasiih kerana menggunakan perkhidmatan KNB Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk khidmat pengesahan iklan, saudari boleh melayari laman web https://dbpsahbahasa.my/ untuk mendapatkan pengesahan tersebut.
| Lain-lain | 08.03.2021 |
Aminur Ariffan sedihnye da lepas...tiap2 thun menunggu info nak join...tapi hampa...last sya join thun 2000..thun lepas bulan 11 thun ne awal plak ye.. | Untuk makluman, tahun ini kembara bahasa bermula sebaik sahaja majlis pelancaran bulan bahasa kebangsaan 2013 peringkat kebangsaan diadakan. Insya-Allah, harap dapat sertai pada tahun hadapan. Terima kasih. | Lain-lain | 18.12.2013 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai bagi ayat berikut: A key aspiration of retail banking in the last financial year was to build new customer value segment proposition for small business. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk value segment proposition? | Untuk makluman tuan kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil terjemahan tuan, maka tuan hendaklah menterjemahkannya terlebih dahulu dan kemukakan kepada kami salinan terjemahan untuk kami bantu menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam teks tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2015 |
Assalamualaikum. Betulkah jika "leading question" diterjemahkan sebagai "soalan memimpin"? Ayat penuh: "leading questions should be employed only as a last resort" Terima kasih. | Salam. Merujuk kepada istilah kami yang ada "leading question" merujuk kepada “soalan pimpinan”. Dalam data DBP, istilah ini terdapat dalam bidang sejarah, undang-undang, pendidikan dan kependudukan. Biasanya digunakan dalam perbicaraan di mahkamah. Oleh itu, istilah yang sesuai ialah “soalan pimpinan”. | Istilah | 24.05.2017 |
Aminur Ariffan Aug 28th, 8:24pm Salam DBP...bila ye kembara bahasa tahun 2014? Sya berharap sangat dapat join...last sya join tahun 2001...klau boleh sya nak sertai.. | Assalammualaikum WM WBT Saudara, program Kembara Bahasa akan berlangsung dari 10 hingga 15 Oktober 2014. Saudara boleh mendapatkan boriag penyertaan dengan melayari laman web www.dbp.gov.my | Lain-lain | 28.08.2014 |