A'kum dan salam sejahtera, saya inginkan definisi bagi perkataan-perkataan berikut: 1. "lasykar" 2. "askar-lasykar" 3. "askar-laskar" 4. "bintara" 5. "bentara" kerjasama dan tindakan susulan didahului dengan ribuan terima kasih... | 1. lasykar bermaksud askar dalam Kamus Dewan Edisi Keempat 2. "askar-lasykar" 3. "askar-laskar" - tiada dalam data
Bintara: Id pegawai rendah (tentera). Bentara: 1. sl pesuruh raja (yg menyampaikan titah atau membawa alat kerajaan); ~ dewan pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd orang awam dlm dewan; ~ kanan bentara yg berdiri di kanan raja; ~ kiri bentara yg berdiri di kiri raja; ~ mahkamah pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd orang awam dlm mahkamah; 2. Id pegawai tidak bertauliah (tentera). | Lain-lain | 24.07.2009 |
laskar | Pertanyaan saudara tidak jelas. sekiranya saudara inginkan maksud perkataan ini, ejaan yang betul bagi laskar ialah lasykar, iaitu 1. askar, serdadu: baginda mempunyai beratus-ratus hulubalang dan ~; 2. = ~ rakyat askar yg terdiri drpd rakyat biasa. | Istilah | 12.06.2009 |
salam dan salam sejahtera. saya ingin mengetahui definisi perkataan 'laskar'. Saya menonton filem dan mendengar lagu 'laskar pelangi' tetapi tidak tahu apa definisinya. Begitu juga laskar cinta. Adakah perkataan laskar ini digunakan hanya di Indonesia. Terima kasih. | Saudara, Perkataan 'laskar'(bahasa Indonesia)/lasykar(bahasa Melayu) bermaksud askar. Dalam konteks filem yang saudara tontoni kemungkinan perkataan ini digunakan secara kiasan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Besar Bahasa Indonesia. | Makna | 21.12.2009 |