Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ta] | لات

Definisi : ; melata menjalar atau merayap (binatang atau tumbuh-tumbuhan spt ular, kacang, labu, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ta] | لات

Definisi : riam atau jeram yg tegak, air terjun (yg rendah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ta] | لات

Definisi : taraf yg terkebawah, daif, hina: baru di pasar patik yg ~ Wira dan Semar datanglah serta; jelata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ta] | لات

Definisi : ; melata menjalar atau merayap (bkn tumbuh-tumbuhan atau binatang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.ta] | لات

Definisi : , = air ~ air terjun yg tegak tetapi rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lata
Kata Terbitan : melata,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin mengetahui maksud "di lata" secara lebih mendalam yang diguna pakai dalam syair menyambut pelajaran (buku komsas tingkatan 1). Setakat ini saya sukar untuk mengaitkan perkataan tersebut dalam syair untuk diterangkan kepada anak murid saya.

Berdasarkan maksud 'Syair Menyambut  Pelajaran', frasa "di lata" yang dimaksudkan ialah

taraf yang terkebawah.

Lain-lain26.04.2008
orang yang paling hinaOrang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa (iaitu orang yang paling rendah martabat lagi miskin.Lain-lain17.12.2006
perkataan apakah yang membawa maksud orang yang hina sekalihina-dina =hina-lata =hina-leta =hina-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin (rujuk Kamus Dewan).Makna26.12.2006
saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bintang tujuh dan orang yang hina sekali dipanggil apaBintang tujuh ialah gugusan bintang yg tujuh banyaknya. Orang yang hina sekali dipanggil orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa.Makna13.12.2006
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "css"? Ia juga dipanggil sebagai "Cascading Style Sheets" dan ia berkenaan computer programming. Maksud: http://en.wikipedia.org/wiki/Cascading_Style_Sheets Terima kasih.Istilah untuk "cascading style sheet" dalam bidang Teknologi Maklumat ialah lembaran gaya lata.Istilah15.10.2012

Kembali ke atas