| Salam sejahtera, 1.Ayat aktif: Cikgu Tan menyemak buku latihan murid-muridnya. Ayat pasif: Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan. /Buku latihan murid-murid Cikgu Tan disemak olehnya. (Ganti Ganti Nama Diri Ketiga -nya perlu ditukar kepada Cikgu Tan?) 2. i)Kami dengan nenek selalu saling membantu. ii) Kami selalu saling membantu dengan jiran. (ayat i dan ii merupakan susunan perkataan untuk membetuk ayat yang betul yang dibuat oleh seorang guru. Beliau menyatakan ayat ii betul tetapi saya berpendapat ayat i betul.Sebenarnya yang mana satu betul) Sekian, terima kasih. | 1. Ayat pasif yang betul ialah "Buku latihan murid-muridnya disemak oleh Cikgu Tan." 2. Ayat yang betul ialah "Kami dengan nenek saling membantu." dan "Kami selalu membantu jiran." | Tatabahasa | 02.03.2020 |
| Adakah sebarang pertandingan, kursus, sesi dialog,latihan dan seumpanya diadakan pada masa ini? | Kursus dan latihan dalam jabatan dikhususkan untuk staf DBP manakala pertandingan yang melibatkan penulisan bahasa dan sastera biasa nya disiarkan dalam akhbar tempatan.Sesi dialog tidak diadakan pada masa ini.Terima kasih. | Lain-lain | 09.01.2008 |
| Apakah perbezaan antara kursus, seminar dan bengkel? | Kursus biasa nya melibatkan sesi ceramah dan latihan samada dalam atau luar tempat berkursus.Seminar diadakan dalam dewan dan melibatkan pembentangan kertas oleh pembentang yang terdiri dari mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.Manakala bengkel biasanya melibatkan perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan iaitu bengkel kerja. | Lain-lain | 18.01.2008 |
| Bolehkah diperkenalkan istilah "negarawati" untuk merujuk kepada negarawan wanita. Jabatan Pembangunan Wanita berhasrat untuk memperkenalkan Akademi Negarawati sebagai pusat latihan kepimpinan kecemerlangan wanita daripada pelbagai sektor termasuk politik. Objektif akademi ini adalah melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis wanita yang berjiwa negarawan | Frasa “Akademi Negarawati” tidak sesuai digunakan kerana kata “negarawati” merupakan suatu anugerah yang diberikan oleh negara kepada 1. seseorang orang yang mahir benar dengan cara-cara pemerintahan negara, orang yang memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara, ahli negara; 2. pemimpin politik yang sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (seperti kebijaksanaannya, kejujurannya, dan lain-lain) yang unggul. Sehubungan dengan itu, pihak kami mencadangkan pusat latihan tersebut dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Wanita. | Lain-lain | 06.12.2024 |
| Boleh tak sesiapa beritahu definisi dipratikan? | Tiada istilah "dipratikan". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "praktik" yang membawa maksud: 1. perbuatan melaksanakan teori (keyakinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg tersebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamalkan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. | Makna | 26.02.2014 |
| Cikgu Tan amat tertarik dengan/oleh tingkah laku Ali (kekeliruan tertimbul, ada munsyi kata oleh=dengar, ada pula kata tidak boleh, ) walhal, boleh atau tak boleh? | Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut: (a) Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk-bentuk berikut: di-, ter- dan kena. Contohnya: 1. Kuih itu dibeli olehnya. 2. Buku Pelita Bahasa terkarang oleh Za'ba. 3. Pencuri itu kena tangkap oleh polis. (b) Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Contohnya: 1. Ia mati oleh senjatanya sendiri. 2. Pemain badminton itu kalah oleh kekurangan latihan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Cikgu Tan amat tertarik oleh tingkah laku Ali. Kata sendi nama dengan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut: 1. Membawa maksud bersama-sama atau berserta Contohnya: Ayah pergi ke pekan dengan ibu. 2. Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contohnya: Kerja ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak. 3. Membawa maksud memakai atau menggunakan. Contohnya: Ani melukis potret itu dengan cat air. 4. Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Contohnya: Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya. | Tatabahasa | 19.01.2012 |