Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya. Apakah maksud 'bersifat akademik' dalam petikan tadi? | Bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan. | Lain-lain | 22.10.2009 |
Hi, How we wan to apply new license for bunting? Thank. Ms Lau 0361566339 | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa,my. | Lain-lain | 04.09.2017 |
1. apakah perbezaan antara semua dengan segala? bolehkah tuan menerangkan perbezaan antara kedua-dua perkataan ini dengan ayat contoh? terima kasih | Saudara Lau, Makna perkataan 'semua' ialah segala, sekalian. Makna perkataan 'segala' ialah semua, sekalian. Berdasarkan makna iyang diberikan kedua-dua perkataan boleh saling bertukar penggunaannya. | Makna | 16.03.2010 |
Kepada yang arif, Pertanyaan saya ialah: Bolehkah "tuanku" dirujukkan sebagai "tuan aku"? Aku sebatang pen, tuanku sayang akan aku. Betulkah penggunaan tuanku dalam ayat ini? Jika tuanku digunakan sebagai gelaran kepada raja, perlukah ditulis dengan huruf besar "Tuanku"? Terima kasih Yang benar, Lau | Perkataan tuanku boleh bermaksud tuan aku atau dipendekkan menjadi tuanku (tuan + ku). Tuanku dalam percakapan rakyat/hamba dengan raja ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 03.04.2012 |
Salam sejahtera. Saya merupakan seorang guru sekolah rendah. Saya ingin mengetahui cara yang betul semasa menulis tarikh. Sebagai contoh, 3 Julai 2009 dan 3hb Julai 2009. Format yang manakah merupakan format yang harus digunakan sekarang semasa mengajar dan dalam semua urusan rasmi? Saya tidak ingin memberikan ajaran sesat kepada anak-anak murid saya. Sekian, terima kasih. Salam hormat, Lau Faang Chyi | Biasanya untuk penggunaan '3 Julai 2009' (tanpa hb.) boleh digunakan dalam situasi biasa spt. pada gegantung, latar pentas, dsb. '3hb. Julai 2009' biasanya digunakan dalam dokumen 'legal' dan sebenarnya cara inilah yang paling tepat. | Lain-lain | 03.07.2009 |
Tuan/Puan, Dalam ujian bulan Mac anak saya baru-baru ini, ada satu soalan yang meminta pelajar memilih ayat yang betul. Saya mendapati terdapat dua ayat yang betul dalam soalan tersebut iaitu: 1. Rumah saya wangi. 2. Roti canai itu berbentuk leper. Guru bahasa Malaysia mengatakan ayat "rumah saya wangi" adalah salah kerana ayat yang betul sepatutnya berbunyi "rumah saya berbau wangi". Memandanagkan wangi adalah kata adjektif panca indera untuk bau, penggunaan wangi sememangnya adalah berkenaan dengan bau jadi tidak diperlukan perkataan berbau apabila kita hendak menggunakan adjektif wangi. Saya inginkan markah bonus untuk anak saya yang memilih ayat "rumah saya wangi" sebagai ayat yang betul. Saya berharap tuan/puan boleh memberi sedikit nasihat atas ayat berkenaan. Terima kasih. Yang benar, En. Lau | Kami berpandangan ayat yang gramatis ialah "Rumah saya berbau wangi". Wangi ialah adjektif sama seperti besar. Bagaimanpun penutur jati bahasa Melayu tidak mengungkapkan rumah saya wangi sama seperti rumah saya besar. Ayat ini perlu dijelaskan maknanya dengan binaan ayat frasa nama (rumah saya) + frasa kerja (berbau wang). | Tatabahasa | 16.03.2017 |