Lambat laun dan lambat-laun,yang mana betul? | lambat-laun yang betul. | Lain-lain | 04.01.2013 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) (begitu juga Dewan Eja Pro), lambat-laun dieja dengan sempang. Menurut tatacara ejaan, kata majmuk (gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri) tidak boleh dieja dengan tanda sempang, contohnya pandu lalu, ubah suai, reka bentuk dan sebagainya, tidak seperti kata ganda (rama-rama, isu-isu, berhari-hari) dan kata ganda berirama (gunung-ganang, kusut-masai, saki-baki). Laun merupakan lema berasingan dan takrifnya diperikan dalam KD4, dengan maksud yang (hampir) sama dengan lambat yang turut berupa lema dan bertakrif. Persoalan di sini, adakah berlaku kesilapan dalam KD4 (maka, ejaan betul ialah lambat laun) atau sememangnya sengaja dieja begitu. Jika sengaja, mohon justifikasi yang membatalkan konsep "kata majmuk" pada kata lambat laun diberikan. Sekian, terima kasih. Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad | Peraturan ejaan yang menyatakan kata majmuk, iaitu gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri tidak perlu diletakkan tanda sempang adalah betul. Oleh itu, ejaan yang betul ialah lambat laun. | Ejaan | 13.01.2014 |
Saya Toulors Ruviya saya Belajar Bahasa Melayu Saya Ingin Bertanya Tentang Apakah Makna Lama-lamaan | Lama membawa maksud: 1. lama (berbuat sesuatu dll), lambat, tidak cepat; 2. lama-kelamaan, lambat-laun. | Makna | 28.10.2015 |
Apa maksud DEMOGRAFI respondan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, demografi bermaksud kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dr segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dsb) dlm tempoh waktu tertentu: faktor ~ menyebabkan orang lambat-laun berusaha memperoleh kerja. | Makna | 31.05.2010 |
apakah maksud sahabat | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahabat membawa maksud 1. kawan, teman, taulan: daripada banyak seteru, lebih baik banyak kawan; 2. pengikut, murid; sahabat nabi pengikut nabi; sahabat handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan supaya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali. | Ejaan | 28.02.2015 |