Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; lalang hantu ~ sj tumbuhan (rumpai), Myriostachya wightiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Frasa yang manakah betul? (i) Bermandi-manda di pantai (ii) Bermandi-manda di lautKedua-dua frasa boleh digunakan mengikut konteks dan konsep penggunaan.Tatabahasa07.08.2024
Frasa yang manakah betul? (i) Bermandi-manda di pantai (ii) Bermandi-manda di lautKedua-dua frasa boleh digunakan mengikut konteks dan konsep penggunaan.Tatabahasa04.08.2024
Assalamualaikum. Saya ingin kemukakan beberapa pertanyaan. Mohon dapatkan jawapan dan penjelasan. 1. Perbezaan frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK. 2. Tepat atau tidak penggunaan kata iaitu HASIL LAUT KERING bagi menggambarkan hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. 3. JERUK MADU PAK ALI. Betul atau tidak maksud ungkapan ini membawa dua makna iaitu: i. Jenama jeruk milik Pak Ali yang dikenali sebagai JERUK MADU ii. Hasil perniagaan jeruk ini dimiliki oleh isteri-isteri Pak Ali, kerana kehidupan bermadu oleh Pak Ali. Terima kasih atas bantuan yang diberi. Sekadar menambah pengetahuan kebahasaan. ISMAIL BIN HASHIM BALING KEDAH.1. Frasa NAIK SELALU dan SELALU NAIK sama maksudnya, perbezaan pada meletakkan kata adverba "selalu" selepas dan sebelum kata kerja.
2. Frasa HASIL LAUT KERING tidak dapat menerangkan maksud hasil-hasil tangkapan laut yang dikeringkan. Hal ini perlu diterangkan dalam frasa yang lebih jelas seperti hasil laut yang dikeringkan.
3. Frasa JERUK MADU PAK ALI menerangkan maksud jeruk madu milik Pak Ali. Mana mungkin frasa tersebut menerangkan maksud jeruk milik isteri-isteri Pak Ali kerana jika mengikut frasa "Jeruk Madu Pak Ali", Pak Ali yang bermadu (bersalahan dari aspek bahasa dan syarak).
Tatabahasa02.12.2014
keluarga Mak Limah terpaksa menahan lapar oleh sebab suaminya tidak dapat ke laut akibat sakit. tuan, apakah kesalahan dalam ayat ii? tq

Dari segi nahu ayat tersebut adalah betul tetapi kurang tepat dari segi makna/jalan ceritanya.

Tatabahasa20.09.2011
Salam sejahtera. Adakah penerangan di bawah betul? 1. Saya(subjek) tetap bermain(frasa kata kerja) dengan seronoknya(keterangan cara) ATAU Saya(subjek) tetap bermain dengan seronoknya(frasa kata kerja). 2. Kami(subjek) bermandi-manda frasa kata kerja) di laut(keterangan tempat) ATAU Kami(subjek) bermandi-manda di laut(frasa kata kerja).

Penerangan yang berikut merupakan penambahbaikan terhadap penerangan yang diberikan:

       i.       Saya (subjek) tetap bermain (frasa kata kerja) dengan seronoknya (frasa keterangan cara).

      ii       Kami (subjek) bermandi-manda (kata kerja) di laut (frasa keterangan tempat).

Untuk mendapatkan penerangan dengan lengkap dan jelas berhubung dengan aspek tatabahasa yang berkaitan dengan soalan berkenaan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 57 – 575.

Tatabahasa14.05.2024
i. Budak itu keras hendak pergi juga iiAiman bekerja keras untuk menyara keluarganya iii Murid mesti berpegang keras kepada peraturan iv.Pada musim sejuk, permukaan laut itu keras lalu membentuk lapisan air batu. Jawapan:....Sila kemukakan soalan kepada jawapan ini. Penggunaan perkataan "keras" dalam ayat ii, iii dan iv betul. Tatabahasa26.08.2015
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya.
i.  Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....."
ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit".
Lain-lain28.06.2016
Syarikat saya bercadang untuk mengadakan promosi untuk satu produk baru yang di adakan dengan kerjasama antara KL Monorail dan bas KL HOP ON HOP OFF, jadi kami sedang mencari 1) Soalan saya, adakah ayat di bawah sesuai digunakan? Ronda-ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket sahaja-RM20 2) Apakah makna atau maksud penuh bagi perkataan ronda-ronda? 3) Adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bersesuaian dengan perkataan ronda-ronda tersebut.

1) Ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket bernilai RM20.

 

2) makna ronda-ronda

Ronda:- = meronda 1.berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; 

3) i-Bersiar-siar

    ii-  Jalan-jalan

 
Lain-lain16.12.2008

Kembali ke atas