Mana satu betul? 1. kapal itu tenggelam dalam lautan 2. Kapal itu tenggelam di lautan. | Sdr Azmanizan, Frasa yang betul ialah jawapan no.(2) 1. Kapal itu tenggelam dalam lautan. 2. Kapal itu tenggelam di lautan. (Alasan: Kesalahan ayat (1) apabila menggunakan kata sendi "dalam" yang berfungsi menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Ayat (2) kata "tenggelam" membawa maksud kapal tersebut telah terbenam ke dalam laut tersebut atau karam. Contoh ayat yang menggunakan kata sendi dalam adalah seperti yang berikut: (a) Kita semua harus berusaha supaya kita dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan kita. (b) Guru besar telah berucap dalam majlis perpisahan itu. | Tatabahasa | 06.04.2009 |
apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. berjalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan; | Istilah | 08.04.2013 |
Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat ini? 1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk 2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan? 3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik. | 1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk jawapan= meliang liuk. 2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan? Jawapan = boleh 3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik. Penggunaan perkataan tuanku khusus kepada percakapan seseorang dengan raja dan tidak merujuk kepada tuan yang empunya. | Tatabahasa | 28.08.2012 |
Penggunaan Italic/Tulisan Condong (Italic) Soalan saya, untuk penulisan dalam courseware (pembangunan bahan kursus multimedia), jika ada pecampuran Bahasa Melayu dan Inggeris: 1) Jika perkataan 'bahasa asing' di dalam kurungan () sama ada perlu italik atau tidak. Contoh: Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang telah diadakan pada... 2) Untuk penyingkatan (abbreviation) perkataan, perlu italic atau tidak? Contoh: Blue Ocean Strategy merupakan suatu amalan kepimpinan yang sistematik. B.O.L. perlu dilaksanakan pada setiap organisasi. (merujuk kepada penyingkatan B.O.L.) Sekian, terima kasih | Menurut data kami, cara penulisan yang betul ialah Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan perkataan tersebut tidak perlu (NBOS) tidak perlu diitalik.
| Lain-lain | 15.05.2017 |
Assalam tuan Adakah sama peribahasa kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai dengan peribahasa kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk maksud peribahasa kalau takut menanggung kesusahan, janganlah melakukan kerja yang susah. Terima kasih Azura | 1. Peribahasa "Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai" bermaksud: Jangan melakukan sesuatu kerja yang berisiko yang kita tidak sanggup/mampu tangani atau hadapi /Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 2. Peribahasa "Kalau kail panjang sejengkal jamgan lautan hendak diduga untuk bermaksud: Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan./ Jangan lakukan sesuatu kerja yang di luar kemampuan atau kebolehan (kepakaran) kita. | Lain-lain | 30.05.2019 |
Assalamualaikum. ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? kata kerja tersebut sy lihat boleh dipasifkan, tapi ayat tersebut diikuti dgn 'bahawa', 'untuk', 'ke' & 'daripada'. 1)menyatakan bahawa tajuk 2)merancang untuk merampas 3)bedilan meriam 4)membuktikan bahawa Kerajaan 5)mencatatkan bahawa askar 6)berbeza daripada majoriti rakyat 6)tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam 7)jatuh ke tangan Siam | 1) menyatakan bahawa tajuk - kata kerja aktif transitif 2) merancang untuk merampas - kata kerja aktif transitif 3) bedilan meriam - kata nama 4) membuktikan bahawa Kerajaan - kata kerja aktif transitif 5) mencatatkan bahawa askar - kata kerja aktif transitif 6) berbeza daripada majoriti rakyat - kata kerja transitif berpelengkap 6) tenggelam ke dasar lautan / tenggelamnya sebuah meriam - frasa kata kerja 7) jatuh ke tangan Siam - frasa kata kerja Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, tajuk pembentukan kata kerja. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara Asia Pasifik dan Asia-Pasifik? Dan saya menemukan beberapa kesalahan seperti berikut: 1) Dalam bahagian pendaftaran bagi Pengesahan Bahasa, Johor Bahru telah salah dieja kepada "Johor Bharu" 2) Sila rujuk kepada lampiran fail yang menunjukkan kesalahan. Terima kasih. | Asia-Pasifik dan Asia Pasifik merujuk kepada bahagian dunia yang berhampiran Lautan Pasifik. Kami mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disampaikan. Untuk makluman tuan data yang dipaparkan dalam Pengesahan Bahasa merupakan data daripada permohonan iklan pelanggan yang belum dibetulkan oleh petugas. | Ejaan | 22.01.2018 |