| Boleh saya tahu dalam kamus Dewan Bahasa, kenapa disebut sebagai Lautan Pasifik tetapi bukannya Samudera Pasifik? | Untuk makluman, “Lautan Pasifik” telah diterima secara meluas dalam semua penamaan tempat dan pemetaan geografi serta digunakan sebagai nama khas bagi menggantikan istilah bahasa Inggeris, iaitu Pacific Ocean. Nama ini telah mantap penggunaannya. Istilah “Samudra Pasifik” hanya digunakan di Indonesia. Perkataan “Samudera” lebih kerap digunakan dalam karya sastera dan laras bahasa klasik sebagai satu bentuk pilihan padanan kata yang lebih indah. | Istilah | 20.04.2020 |