salam . apakah perkataan berlawan buncit | Untuk makluman saudara, tidak semua perkataan ada lawannya. Tidak ada perkataan lawan bagi kata buncit yang lazim diungkapkan seperti gemuk lawannya kurus dan tinggi lawannya rendah. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
apakah perkataan berlawan bagi 'Sedap' | Tidak semua kata ada kata lawan yang menjurus terus kepada pertentangan makna antara kedua kata tersebut seperti baik lawannya jahat dan hitam lawannya putih. Berdasarkan sumber kami tidak ada lawan bagi kata sedap atau lazat. Sedap atau lazat lazimnya ditafsirkan sebagai secukup rasa, ada manis, masin dan sebagainya, berkemungkinan kata lawan yang paling hampir ialah lawan bagi rasa yang ada dalam makna lazat tersebut. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
boleh saya tahu apa antinom kata LAZAT. Terima kasih. | Tidak semua kata ada kata lawan yang menjurus terus kepada pertentangan makna antara kedua kata tersebut seperti baik lawannya jahat dan hitam lawannya putih. Berdasarkan sumber kami tidak ada lawan bagi kata sedap atau lazat. Sedap atau lazat lazimnya ditafsirkan sebagai secukup rasa, ada manis, masin dan sebagainya, berkemungkinan kata lawan yang paling hampir ialah lawan bagi rasa yang ada dalam makna lazat tersebut. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
1.Anak kecil itu berlungsur/melungsur dari pangkuan ibunya. 2.Petinju negara mengacah- acah/melibas - libas/mengacu-acu lawannya sebelum melepaskan tumbukan. 3.Sawah padi menjadi kunci bagi negeri kedah.ayat ini betul atau salah. 4.Ibu memanggil adik lalu/sambil berkata,"Cucilah kasut sekolah kamu." | 1.Perkataan yang tepat bagi ayat aktif tak transitif, Anak kecil itu berlungsur dari pangkuan ibunya ialah berlungsur. Ayat tersebut merupakan ayat aktif tak transitif yang tidak diikuti objek sebagai penyambutnya. Ayat ini merupakan ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan menjadi Anak kecil itu berlungsur. 2. Petinju negara mengacah-acah/melibas-libas/mengacu-acu lawannya sebelum melepaskan tumbukan. Ketiga-tiga perkataan tersebut membawa makna yang hampir sama. 3.Sawah padi menjadi kunci bagi negeri kedah. Ayat tersebut tidak lengkap kerana tidak mengandungi objek. Ayat tersebut boleh ditambah 'Sawah padi menjadi kunci pendapatan bagi negeri kedah. 4. Ayat 'Ibu memanggil adik lalu/sambil berkata,"Cucilah kasut sekolah kamu." adalah betul. | Tatabahasa | 04.09.2007 |
Peserta seni mempertahankan diri itu _____ lawannya sebelum melepaskan tendangan yang bertubi-tubi. A. mengacu-acu B. menjerit-jerit C. melibas-libas D. mengacah-acah Apakah jawapan yang tepat bagi soalan ini? | Jawapan yang betul ialah mengacah-acah. | Tatabahasa | 28.08.2024 |
apakah kata lawan bagi tegas? | Untuk makluman saudara, dalam bahasa Melayu, tidak semua perkataan ada lawannya. | Istilah | 14.02.2010 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Tumbukan peninju itu kena (betul) pada muka lawannya. (b) Negara itu (diam) sahaja setelah perang saudara tamat. (c) Di pantai itu, air laut (kecut) pada waktu pagi. (d) Air bah (kecut) setelah hujan berhenti. (e) Mereka (hidup) di kawasan setinggan itu. (f) Penduduk kampung mendapat (kesan) daripada projek pembangunan itu. (g) Cahaya matanari bersinar dengan (hangat). (h) Mereka tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang (hangat) itu. (i) Ruang tamu rumah itu luas dan (longgar). (j) Di dalam dulang itu ada tiga (bekas) gulai. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
1. apakah perkataan berlawan bagi masam, manis dan pahit? 2. (bagaimanakah/apakah) perasaan kamu ketika mendengar berita itu? yag mana satu betul 'apakah atau bagaimanakah'?tq | Lazimnya perkataan masam lawannya manis, dan begitulah sebaliknya, manakala kata lawan yang paling hampir bagi pahit ialah tawar. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
Apakah antonim kepada perkataan "terdampar" / "terkandas" | Terdampar atau terkandas bermaksud tersekat di pertengahan jalan. Lawan bagi maksud berkenaan ialah berjaya sampai ke destinasi. Tidak semua perkataan mempunyai antonim satu lawan satu, seperti malas lawannya rajin. Oleh itu, sila rujuk kamus untuk mendapatkan sinonim dan antonim perkataan yang dicari. | Makna | 06.11.2019 |
Selamat pagi,saya ada kemuskilan mengenai perkataan berlawan untuk pagi. Adakah jawapannya petang atau malam? terima kasih | Pertentangan perkataan tidak berlaku pada semua perkataan. Perkataan lawan/antonim pagi perkataan “pagi” bukanlah satu lawan satu seperti hitam lawannya putih, tinggi lawan rendah. Perkataan “pagi” berantonim dengan maghrib, malam, petang, senja. | Tatabahasa | 06.03.2014 |