Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terbang; baju (kain) ~ sl baju (kain) yg membolehkan orang terbang; surat ~ surat yg tidak dibubuh nama pengirimnya, surat terbang; selayang sambil lalu (pandangan, perhatian, dll), selintas, sepintas: ~ pandang (lalu); layang-layang 1. = layangan Jk sj rangka drpd kayu dan dibaluti kertas yg boleh diter­bangkan ke udara dgn tali, wau; 2. bahagian rumah antara bumbung dgn dinding yg berbentuk segi tiga; ~ putus talinya prb sudah putus harapan (bergantung pd nasib); ke mana hendak pergi ~ itu, talinya di tangan kita prb orang yg lemah itu tidak akan lepas drpd hukuman orang yg berkuasa (orang yg berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pd kita); macam memegang tali ~ prb perihal orang yg berkuasa ke atas orang lain; berlayangan berterbangan (spt bulu ditiup angin); melayang, berlayang ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung­-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati; melayangkan 1. membuat supaya terbang atau melayang, menerbangkan: yg bulat digolek­kan, yg pipih dilayangkan; 2. mengarahkan (pandangan dll), menghalakan, mengirimkan (surat dll): sesudah bersalam-salaman, Rosli ~ matanya ke kiri dan ke kanan; ~ surat mengirimkan surat; terlayang, terlayang-layang 1. dlm keadaan melayang(-layang), berterbangan: tiap-tiap biji spora itu akan terlayang-layang di udara sehingga jatuh di suatu tempat lalu ber­cambah; 2. = mata(nya) ~ tertidur, terlena: sudah berkokok ayam tanda hari akan siang, barulah matanya terlayang-layang hendak tidur; pelayangan ark baju (kain) layang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terbang: baju (kain) ~ baju (kain) yg menyebabkan pemakainya dpt terbang. layang-layang 1 mainan yg dibuat drpd kertas dsb yg dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; wau. 2 = burung ~ nama sj burung, Hirundapus caudacutus cochinchinensis. berlayangan berterbangan (spt bulu atau kertas ditiup angin). melayang 1 terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin): Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2 ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu. melayangkan 1 membuat supaya terbang atau melayang; menerbangkan: Ia ~ pinggan itu keluar tingkap. 2 mengirim (surat); menghalakan (pandangan dll): Dia sudah ~ tiga pucuk surat ke Sabah tetapi belum juga mendapat jawapan. terlayang, terlayang-layang 1 dlm keadaan melayang: ~ bagai bulu sehelai. 2 tertidur; terlena: Sampai ~ ia di kerusi malas itu semasa mendengar muzik. selayang sambil lalu (bkn pandangan dll); sepintas: ~ pandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Layang-layang terbang melayang,
     Marilah hinggap di hujung ranting;
Siapa bilang kamek tak sembahyang,
     Di dalam tidur membawa sembahyang.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Laksana layang-layang putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat 1 : Ali bermian layang-layang dengan gembira di padang. ayat 2 : Ali bermain layang-layang di padang dengan gembira. Ayat 1 atau ayat 2 yang betul ? Terima kasih.Ayat "Ali bermain layang-layang dengan gembira di padang." dan "Ali bermain layang-layang di padang dengan gembira." adalah betul.Tatabahasa17.05.2013
Tali layang-layang atau benang layang-layang? Adakah penggunaan tali dan benang betul dalam ayat tersebut?

Saudara,

Perkataan yang digunakan ialah tali layang-layang.

Lain-lain16.09.2010
Bolehkah menggunakan perkataan seperti 'melepaskan layang-layang'? Perkataan mana yang paling sesuai utk menggambarkan situasi melayangkan layang-layang itu?dalam konteks di atas perkataan 'menerbangkan layang-layang' adalah lebih sesuai.Tatabahasa03.08.2007
apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk layang-layang?Sebuah layang- layang.Tatabahasa02.06.2010
Penjodoh bilangan bagi layang-layang atau wauSebuah wau atau layang-layang.Tatabahasa22.02.2007
Adakah ayat ini betul? Ayah menunjuk ajar saya bermain layang-layang.Ayat yang lebih gramatis ialah "Ayah mengajar saya bermain layang-layang."Tatabahasa15.11.2013
Salam hormat, 1. Kertas itu kita boleh jadikan layang-layang. Adakah ayat di atas betul.Harap dapat berikan penjelasan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah 'Kertas itu boleh kita jadikan layang-layang.' 'Boleh' ialah kata keterangan yang hadir selepas kata kerja atau selepas objek.Tatabahasa06.04.2011
Salam. Minta jasa baik pihak tuan mengenai penjodoh bilangan layang-layang yang tepat. Anak murid saya bertanya dan saya terpaksa tangguhkan jawapannya. Terima kasih..Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuah layang-layang. Buah ialah penjodoh bilangan bagi benda yang tidak tentu bentuknya.Tatabahasa10.11.2010
Apakah kaedah tulisan yang sesuai bagi NAMA KHAS yang mempunyai tanda sempang dalam bahasa Melayu yang hendak ditulis dalam bahasa Inggeris? (Contoh: Pulau Layang-Layang --> Adakah perlu ditulis Pulau Layang Layang; atau dikekalkan tanda sempang?Nama Khas dalam bahasa Melayu hendaklah dikekalkan bentuknya jika ditulis dalam bahasa Inggeris, termasuk mengekalkan tanda sempang.Lain-lain17.10.2006
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah? -Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin. A. terpontang-panting B. melambai-lambai 2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah?1) Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin.
 
B. melambai-lambai


2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah?

Jawapan yang tepat ialah melayur.
Tatabahasa09.09.2013
123

Kembali ke atas