Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan “kepada” dan “pada” tergolong dalam kata sendi nama. Perkataan “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk (i) manusia, (ii) haiwan, (iii) unsur mujarad, (iv) menyatakan pecahan dan (v) menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: i. Sila kembalikan borang itu kepada kerana pejabat ini. ii. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. iii. Pastikan anak-anak anda tidak terdedah kepda bahaya dadah. iv. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan. v. Suhu badannya meningkat kepada 39oC. Perkataan “pada” pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterang waktu dan tempat. Contohnya: i. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. ii. Layang-layang itu tersangkut pada tiang telefon. Oleh itu, berdasarkan huraian di atas, perkataan “berdasarkan” dan “berasaskan” tidak perlu diikuti dengan “kepada” atau “pada”. Perkataan “berasaskan” dan “berdasarkan” merupakan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap (kata nama). Sebagai contohnya berdasarkan soalan, berasaskan pemikiran. Merujuk ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek daripada frasa nama, iaitu perkara. Contohnya merujuk perkara. Walau bagaimanapun frasa "merujuk kepada perkara" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima. |