Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.yar.la.yar] | لاير٢

Definisi : sj ikan laut, Istiophorus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata layar-layar

Puisi
 

Layar bertangkup Malimku tidur,
     Dibanguni oleh Tengali;
Gelak rasaku akan mengundur,
     Air mata terasa kumandi.


Lihat selanjutnya...(14)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud 'layar minda'?Tidak ada maklumat yang berkaitan dengan layar minda dalam pangkalan data kami.Makna18.04.2012
adakah terjemahan ini betul "screenshot" "syot skrin"Istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar.Istilah16.10.2012
apakah maksud perkataan berikut beserta dengan contoh ayat a) pasang siap b) pasang besar c) pasang layar d) pasang turun e) pasang iklan f) pasang jagaa. pasang siap = yang dibina atau dibuat dengsn mengena-ngenakan atau mencantum-can­tumkan bahagian-bahagiannya yang telah disediakan atau dibuat terlebih dahulu.
b. pasang besar = air pasang besar pada masa bulan muda (atau penuh);
c. pasang layar = me­naikkan (mengenakan) layar
d. pasang turun = air laut (sungai) surut atau turun
e. pasang iklan =  memasukkan iklan (dalam akhbar, majalah, dan lain-lain);
f. pasang jaga =  menempatkan (mengadakan) jaga.
Makna13.02.2013
Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya apakah perkataan bahasa melayu untuk perkataan-perkataan yang berikut: 1) screenshot 2) torque 3) fuel consumption Thanks HanaIstilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. Torque pula bermaksud tork atau kilas. Fuel consumption ialah penggunaan minyakMakna28.03.2017
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'platform' dan 'pelantar' kerana kedua-duanya mempunyai makna yang hampir sama. Oleh itu, untuk istilah "platform screen door", terjemahan apakah yang sesuai untuknya? Pintu skrin platform/pintu layar platform/pintu skrin pelantar/pintu layar pelantar?. Terima kasih.Sila berikan contoh dalam penggunaan ayat yang lengkap supaya jawapan yang akan diberikan menepati maksud.Lain-lain13.07.2017
apakah maksud geliung ? dan maksud rasional ?

1. Geliung bermaksud sejenis kapal layar yang besar di Eropah yang digunakan sebagai kapal perang atau kapal dagang dari kurun ke-15 hingga ke-18

2. Rasional bermaksud i. alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan atau pegangan ii. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar, waras  

Makna11.11.2011
Kata pinjaman: Daripada bahasa apa perkataan berikut dipinjam ?: kota, warisan, daulat, syahdu, mahligai, perkasa, hayat.

Sila layar pada Laman sesawang (web) DBP untuk menggunakan SBMB dalam talian. Pusat Rujukan Persuratan Melayu merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, atau kata pinjaman, peribahasa, ensiklopedia, dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" . Contoh:

Kata "Warisan"  berasal daripada bahasa Arab iaitu "Waris"

Daulat berasal daripada kata Arab, ‘daulatun’,

syahdu berasal daripada bahasa Arab, "Syahda" 

 

Istilah26.02.2009
Salam sejahtera, saya terjumpa kesilapan ini ketika mencari perkataan "inventiveness". Penerangan yang diberi sepatutnya untuk perkataan "inventor" dan bukannya "inventiveness". Syot layar kesilapan ini dilampirkan bersama soalan ini. Moga-moga, pihak DBP dapat membaiki kesilapan ini secepat mungkin. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kesalahan ini akan dimaklumkan kepada Bahagian Perkamusan, DBP. Lain-lain04.11.2016
Mohon bertanya. Bolehkah memulakan ayat baru dengan menggunakan perkataan "Dan" dan "Tetapi" sebagai contoh. Contoh ayat: Dan ia dipaparkannya sekali lagi di layar TV hari ini.Perkataan "tetapi" ialah kata hubung gabungan tidak boleh digunakan pada awal ayat, manakala perkataan "dan" pada dasarnya, mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, seharusnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat kecuali dalam penulisan karya sastera yang dihasilkan oleh sesetengah pengarang, terdapat penggunaan "dan" pada permulaan ayat  kerana ia merupakan gaya pengarang itu sendiri yang gemar menggunakan ayat yang pendek-pendek.Tatabahasa20.01.2019
makna terbukaMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut.Tatabahasa07.03.2013
123

Kembali ke atas