Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n susun atur; (publishing) reka letak: the whole ~ of the garden is attractive, susun atur keseluruhan taman itu menarik; the sub-editor sent the ~ of the leader to the printer, penolong editor menghantar reka letak halaman lidah pengarang kpd pencetak. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n susun atur; (publishing) reka letak: the whole ~ of the garden is attractive, susun atur keseluruhan taman itu menarik; the sub-editor sent the ~ of the leader to the printer, penolong editor menghantar reka letak halaman lidah pengarang kpd pencetak. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata layout


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya apakah maksud dan perbezaan penggunaan tanda-tanda seperti berikut (mohon pencerahan berserta contoh) : a) : b) :- c) ;

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">A)Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut:

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">1. digunakan pada akhir suatu penyataan apabila diikuti suatu (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Misalnya:

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">       i. Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut:  

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">          kertas, dakwat dan pen.

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">      ii. Ketua: Abdullah Salleh.

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">         Hari: Isnin

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">2.digunakan (a) antara jilid atau nombor dengan halaman, (b) antara bab denghan ayat dalam kitab suci, atau (c) antara dengan anak judul suatu karangan. Misalnya:

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">Dewan Sastera, IV(1974),4:9

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">Surah yasin:9

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">3.digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Misalnya:

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">       Ibu   :  “Bawa bungkusan ini,Mir!”

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">       Amir : “Baik,bu.”

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">B)Tanda koma bertitik (;) digunakan seperti yang berikut:

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">1.Tanda koma bertitik dapat digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Misalya:

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">Malam makin larut; kamu belum selesai lagi.

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">2.Tanda koma bertitik digunakan untuk memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majluik sebagai pengganti kata penghubung. Misalnya:

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">Ayah menyiapkan kertas kerjanya; ibu sibuk bekerja di dapur; adik menghafalkan nama-nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Manakala simbol (:- ) tidak digunakan lagi dan digantikan dendan simbol tanda titik bertindih (:).
Tatabahasa23.06.2014
Saya ingin mendapatkan perkataan Bahasa Malaysia untuk: a) regulatory convergence; b) energy layout; dan c) electric smart grids. Terima kasihPadanan bagi frasa: a) regulatory convergence; b) energy layout; dan c) electric smart grids tidak ada dalam sumber rujukan kami. Agak sukar untuk kami memberikan cadangan terjemahan kerana tidak mengetahui bidang penggunaannya. Kami berusaha juga untuk menyuaipadankan dengan kata/istilah yang ada, malangnya tidak sesuai. Contohnya: energy layout - energy bermaksud tenaga, manakala terjemahan lay out  ialah reka letak atau susun atur. Jika digandingkan kedua-dua terjemahan ini menjadi 'reka letak tenaga', tetapi frasa ini tidak membawa apa-apa maksud yang boleh difahami. Harap pihak saudara dapat menghubungi kami semula untuk perbincangan lanjut.Istilah29.03.2011
Tuan, Betulkah frasa ini? 1. amat suka benar 2. sungguh cantik jelita 3. sangat gemar sungguh 4. terlalu bersedih 5. sangat tamah-ramah

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">Frasa yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. layout-grid-align: none; mso-list: l0 level1 lfo1" class="MsoNormal">amat suka benar (Penerangan: amat –kata penguat bebas  boleh hadir bersama dengan benar – kata penguat belakang)
  2. layout-grid-align: none; mso-list: l0 level1 lfo1" class="MsoNormal">sungguh cantik/ sungguh jelita (kerana kata cantik dan jelita membawa maksud yang sama)
  3. layout-grid-align: none; mso-list: l0 level1 lfo1" class="MsoNormal">gemar (gemar ialah kata kerja maka tidak boleh hadir bersama dengan kata penguat)- sila rujuk maksud gemar
  4. layout-grid-align: none; mso-list: l0 level1 lfo1" class="MsoNormal">terlalu sedih (bersedih ialah kata kata kerja)
  5. layout-grid-align: none; mso-list: l0 level1 lfo1" class="MsoNormal">sangat ramah ( kata ganda ‘ramah-tamah’ telah membawa maksud ‘sangat/amat/sungguh’. Jadi penggunaan kata penguat di depannya tidak perlu.)

layout-grid-align: none; mso-list: l0 level1 lfo1" class="MsoNormal">Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 259-260.

Tatabahasa16.06.2014
Assalamualaikum Tuan, Saya sedang menyiapkan rekabentuk (layout) untuk sebuah buku coffeetable. Saya keliru dalam menyusun sumber 'petikan' mengikut turutan. Sebagai 'petikan perhiasan' saya menggunakan pantun dan juga sajak didalam buku tersebut. Sumber petikan pantun dari buku. Adakah turutannya seperti berikut: (Nama buku, Terbitan. Tahun terbitan, halaman 13). Semua teks menggunakan italik dan dalam kurungan (). Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005, hlm. 13) 2. Pantun atau sajak gubahan sendiri. Adakah turutannya seperti berikut: (Nama, Tempat. Tarikh dan Tahun). Semua teks menggunakan italik dan dalam kurungan (). Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Abdullah bin Jusuh, Shah Alam. 12 Januari, 2005) 3. Petikan dari lagu. Contoh: Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. (Mengapa di rindu, Saloma…..) Sekian Terima Kasih. Harap mendapat pencerahan dari Tuan. Semuga amal jasa baik Tuan/Puan di beri balasan baik Allah Subhanawataala. Insya Allah. Suhaimi Abdul MinalDalam menulis petikan, turutannya dalah seperti yang berikut: Nama Buku, tahun Terbitan, Terbitan, Halaman. Petikan boleh dieja dalam bentuk italik atau seperti biasa dan diletak dalam tanda kurung. Walau bagaimanapun tarikh lazimnya tarikh tidak ditulis, kecuali petikan diambil daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam sesuatu seminar. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berbincang dengan kami di talian 03-21479109/9112/9400.Ejaan15.05.2015
1)index Everest Braille Embosser V4 2)layout 3)emboss from page 4)format setting 5)top margin 6)single -sided 7)ink-jet printer1)tidak perlu diterjemahkan kerana Kata Nama Khas 2)susun atur 3)cetak timbul pada halaman 4)set format 5)jidas atas 6)sebelah 7)pencetak pancut dakwatIstilah10.01.2011
Pelbagai buah..betul? Atau pelbagai jenis buah?

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">Buku Kamus Dewan memberikan maksud jenis ialah golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan) yang mempunyai sifat-sifat yang sama, bangsa.  Maka dalam hal ini penanda jamak ialah perkataan pelbagai, bukannya jenis. Maka frasa yang betul ialah pelbagai jenis buah, tetapi salah jika frasa pelbagai buah atau pelbagai jenis buah-buahan.

Tatabahasa23.06.2014
Amin Rouge FRI 09:53 Amin Rouge Amin salam..saya nak tanya, pihak dewan bahasa perlukan pereka grafik untuk membuat layout dan cover buku secara freelance?Waalaikumussalam, Tuan boleh mengemukakan soalan ini kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui e-mel fairuz@dbp.gov.my atau telefon 03-21479341Lain-lain25.11.2016
memohon pandangan untuk perkataan berikut: "Ruang tersusun atur akan tibauntuk makluman istilah "susun atur" ialah padanan untuk istilah bahasa Inggeris layout. oleh itu tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. perkataan yang sesuai ialah "tersusun" atau "teratur" (Ruang tersusun akan tiba atau ruang teratur akan tiba).Tatabahasa13.01.2014
Sila perhatikan ayat di bawah: Pemberontakan yang dihasut oleh pihak musuh itu telah berjaya diberhentikan oleh pasukan keselamatan negara. Adakah penggunaan 'dihasut' betul dalam ayat ini? Jika tidak, sila betulkan ayat di atas. Terima Kasih.layout-alt: fixed; mso-border-alt: solid black .5pt; mso-yfti-tbllook: 1184; mso-padding-alt: 0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-border-insideh: .5pt solid black; mso-border-insidev: .5pt solid black;border: medium none;" cellspacing="0" cellpadding="0" width="937" border="1">
layout-alt: fixed; mso-border-alt: solid black .5pt; mso-yfti-tbllook: 1184; mso-padding-alt: 0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-border-insideh: .5pt solid black; mso-border-insidev: .5pt solid black;border: medium none;" cellspacing="0" cellpadding="0" width="937" border="1">
Perkataan “dihasut” boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Tatabahasa29.04.2019
Ada dua kekeliruan penggunaan kata noktah dan huruf besar. 1. Contoh ayat : a.Jawapannya ya, ada! Tidak terlewat untuk Malik melakukan "Perancangn Kewangan". - tanda noktah ( . ) selepas tanda petik atau sebelum penutup tanda petik? - Huruf P dan K (perancangan kewangan) perlu huruf besar atau kecil? 2. Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga pengurang kadar kelahiran.2 - penggunaan perkataan 'pengurang' betul ke? atau 'pengurangan' lebih sesuai. - Nota kaki selepas kelahiran. tanda noktah perlu selepas nombor nota kaki atau selepas nombor nota kaki? harap saudara/saudari dapat membantu saya. Terima kasih

layout-grid-align: none" class="MsoNormal">Berikut merupakan penjelasan daripada DBP:

  1. layout-grid-align: none; mso-list: l0 level1 lfo1" class="MsoNormal">Tidak jelas sama ada ini perikan daripada pembicaraan atau ayat penyata. Sekiranya ayat penyata, penggunaan tanda baca yang betul ialah Tidak terlewat untuk Malik melakukan perancangan kewangan.   
  2. layout-grid-align: none; mso-list: l0 level1 lfo1" class="MsoNormal"> Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga kadar kelahiran² yang berkurangan.  

layout-grid-align: none; mso-list: l0 level1 lfo1" class="MsoNormal">Puan boleh merujuk Buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga.

 

layout-grid-align: none" class="MsoNormal"> 

 

Tatabahasa26.06.2014
12

Kembali ke atas