Adakah ayat ini betul : 1. Makanan itu semuanya lazat-lazat belaka. | Ayat ini betul. | Tatabahasa | 26.03.2014 |
boleh saya tahu apa antinom kata LAZAT. Terima kasih. | Tidak semua kata ada kata lawan yang menjurus terus kepada pertentangan makna antara kedua kata tersebut seperti baik lawannya jahat dan hitam lawannya putih. Berdasarkan sumber kami tidak ada lawan bagi kata sedap atau lazat. Sedap atau lazat lazimnya ditafsirkan sebagai secukup rasa, ada manis, masin dan sebagainya, berkemungkinan kata lawan yang paling hampir ialah lawan bagi rasa yang ada dalam makna lazat tersebut. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul. (manis, lazat) 1. Kuih yang dijual di gerai Pak Cik Ali ___________. 2. Isi buah tembikai yang merah itu _____________ rasanya. Adakah kedua-dua pilihan jawapan diterima untuk setiap soalan di atas? Apakah perbezaan antara lazat, sedap, enak? Terima kasih. | (manis, lazat) 1. Kuih yang dijual di gerai Pak Cik Ali _____lazat______. 2. Isi buah tembikai yang merah itu ____manis_________ rasanya. Adakah kedua-dua pilihan jawapan diterima untuk setiap soalan di atas? Apakah perbezaan antara lazat, sedap, enak? Jawapan: Biasanya, jika merujuk pada "rasa" sesuatu benda/bahan, perkataan yang sesuai digunakan ialah "manis" | Tatabahasa | 16.10.2014 |
apakah perkataan berlawan bagi 'Sedap' | Tidak semua kata ada kata lawan yang menjurus terus kepada pertentangan makna antara kedua kata tersebut seperti baik lawannya jahat dan hitam lawannya putih. Berdasarkan sumber kami tidak ada lawan bagi kata sedap atau lazat. Sedap atau lazat lazimnya ditafsirkan sebagai secukup rasa, ada manis, masin dan sebagainya, berkemungkinan kata lawan yang paling hampir ialah lawan bagi rasa yang ada dalam makna lazat tersebut. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
apakah lawan bagi perkataan "lazat"? dalam kamus dewan edisi baharu tidak dinyatakan lawan kata tersebut..cuma banyak makna sahaja di sebut | Kamus mengandungi keterangan makna perkataan dan kata terbitan daripada kata dasar. Tidak semua aspek bahasa atau tatabahasa ada dalam kamus termasuklah kata lawan dan tidak semua kata ada kata lawan seperti tidur lawan jaga dan manis lawan masam. Tidak ada satu perkataan yang tepat yang boleh menjadi lawan kata lazat. | Tatabahasa | 27.07.2011 |
saya keliru tentang konsonan bergabung ? kastam, sedap , lazat ,enak dan harum ? konsonan bergabung atau tidak ? konkrit ialah konsonan bergabung , adakah sebab n,k dipisahkan 2 suku kata kon krit ? | Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
| Tatabahasa | 13.05.2014 |
Salam sejahtera, 1. Mereka makan makanan di kantin. 2. Mereka makan makanan yang lazat di kantin. Ayat yang mana betul ? Terima kasih | Kedua-dua ayat adalah betul. | Makna | 06.05.2014 |
1. Bilakah 'dari' dan 'daripada' digunakan? Sila beri contoh. 2. Bolehkah tanda koma digunakan sebelum perkataan 'tetapi', terutamanya jika ayat itu panjang? Contoh: Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana, tetapi aku hidup dalam aman dan selamat." Sekian. Terima kasih. | 1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas 2. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum tetapi, contohnya Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana tetapi aku hidup dalam aman dan selamat. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
"Ibu menjahitkan kakak baju kurung."(betul) tapi mengapa "Ibu menghidangkan rakan-rakan saya pelbagai masakan yang lazat." (salah) bukankah menjahitkan kakak bermaksud menjahitkan untuk kakak manakala menghidangkan rakan-rakan bermaksud menghidangkan untuk rakan-rakan.Mohon penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan.Terima kasih | Perkataan menjahitkan dan menghidangkan merupakan kata kerja transitif aktif. Walau bagaimanapun kata kerja menjahitkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa, iaitu kakak, manakala kata kerja menghidangkan diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti makanan. | Tatabahasa | 14.01.2011 |
Kata Penguat Bolehkah kata penguat 'sungguh' dan 'sekali' berada dalam satu ayat? Contoh: Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. | Kata penguat 'sungguh' dan 'sekali' boleh digunakan dalam satu ayat. | Tatabahasa | 26.07.2009 |