Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lazat
1. Bersinonim dengan enak: lazat, sedap, nikmat, berasa, berperisa,

2. Bersinonim dengan senang hati: puas hati, sedap hati, seronok,

Kata Terbitan : berlazat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul. (manis, lazat) 1. Kuih yang dijual di gerai Pak Cik Ali ___________. 2. Isi buah tembikai yang merah itu _____________ rasanya. Adakah kedua-dua pilihan jawapan diterima untuk setiap soalan di atas? Apakah perbezaan antara lazat, sedap, enak? Terima kasih.(manis, lazat)
1. Kuih yang dijual di gerai Pak Cik Ali _____lazat______.
2. Isi buah tembikai yang merah itu ____manis_________ rasanya.
Adakah kedua-dua pilihan jawapan diterima untuk setiap soalan di atas? Apakah perbezaan antara lazat, sedap, enak? Jawapan: Biasanya, jika merujuk pada "rasa" sesuatu benda/bahan, perkataan yang sesuai digunakan ialah "manis"
Tatabahasa16.10.2014
1. Mengapakah ayat ini salah?-Makanan yang dihidangkan itu lazat-lazat? 2. Bolehkah kita menggunakan ayat ini -Kanak-kanak itu comel belaka?Ayat yang betul ialah:
"Makanan yang dihidangkan itu lazat-lazat."
"Kanak-kanak itu comel belaka."
Tatabahasa22.02.2022
Adakah ayat ini betul : 1. Makanan itu semuanya lazat-lazat belaka.Ayat ini betul.Tatabahasa26.03.2014
1. Bilakah 'dari' dan 'daripada' digunakan? Sila beri contoh. 2. Bolehkah tanda koma digunakan sebelum perkataan 'tetapi', terutamanya jika ayat itu panjang? Contoh: Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana, tetapi aku hidup dalam aman dan selamat." Sekian. Terima kasih.

1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas

2. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum tetapi, contohnya Makanan aku tidak lazat dan kehidupan aku sederhana tetapi aku hidup dalam aman dan selamat.

Tatabahasa08.08.2011
Contoh ayat. 1. Amirul meniup / menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. Meniup dan menghembus manakah yang lebih tepat serta apakh ulasannya. 2. Sebatang tombak atau sebilah tombak 3. Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. (betul atau salah)

1. Meniup dan menghembus kedua-duanya boleh digunakan. Namun 'menghembus' lebih cenderung digunakan untuk perkara-perkara yang menjurus kepada pengakhiran sesuatu. Contohnya: menghembuskan nafas yang terakhir dsb. Sebaliknya 'meniup' pula lebih cenderung kepada perkara-perkara menghidupkan sesuatu seperti meniup seruling untuk mengeluarkan bunyi-bunyian, meniup semangat dll.

2. Sebatang tombak 

3. Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. - Betul. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 244-247.

Tatabahasa19.07.2009
Salam sejahtera, 1. Mereka makan makanan di kantin. 2. Mereka makan makanan yang lazat di kantin. Ayat yang mana betul ? Terima kasihKedua-dua ayat adalah betul.Makna06.05.2014
1.lembut rasa kek coklat ini. 2. mengapa lembut sangat suara radio itu? tanya Liew tuan, adakah kedua-dua ayat ini kesalahan dalam penggunaan lembut? tq

1. Lembut tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada 'rasa'. Perkataan yang lebih sesuai ialah sedap, enak atau lazat.

2. Lembut boleh digunakan untuk merujuk kepada 'suara'. Perkataan lain yang sesuai ialah merdu, nyaring dan lunak. Ayat tersebut sepatutnya menambah perkataan juruhebah atau penyiar sebelum perkataan 'suara'. Perkataan 'bunyi' lebih sesuai untuk radio. (... bunyi radio itu.)

Tatabahasa18.09.2011
Maaf nak tanya adakah ayat berikut betul: 1. Keluarga itu sedang makan makanan yang sedap. 2. Ailing menghidangkan banyak makanan dengan kakaknya.

Ayat 1 tidak gramatis, ayat yang gramatis ialah Keluarga itu sedang menikmati makanan yang lazat.1">

Ayat 2 tidak gramatis, ayat yang gramatis ialah  Ailing dan kakaknya menghidangkan banyak makanan. 1">

Tatabahasa06.03.2018
Apakah padanan yang sesuai dan tepat bagi perkataan “savoury” dalam konteks ayat di bawah ini? Carian definisi bagi “savoury” adalah menyelerakan “Sauce 339. (1) Sauce shall be a liquid or semi-liquid savoury preparation of food with or without spices and intended to be eaten with food as a relish and includes the food for which a standard is prescribed in regulations 340 to 345. Sos 339. (1) Sos hendaklah suatu sediaan makanan lazat dalam bentuk cecair atau separa cecair dengan atau tanpa rempah dan bertujuan untuk dimakan dengan makanan bagi memberi keenakan dan termasuklah makanan yang standardnya ditetapkan dalam peraturan 340 hingga 345.”.Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "savoury" ialah "menyelerakan", "tidak manis" atau "pedas", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya dalam ayat.Lain-lain07.07.2021
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin tanya mengapakah perkataan yang berimbuhan ber adalah kata kerja tak transitif yang tidak boleh dipasifkan. Terima kasih. :)

Kaedah atau cara untuk mengubah makna kata kerja berimbuhan beR- supaya memberi pengertian suatu keadaan yang sudah sedia berlaku, mirip dengan pengertian pasif adalah dengan menambah kata bantu aspek belum atau sudah atau telah di hadapan kata kerja berawalan beR-. Contohnya: 1. Laporan itu belum bertulis; 2. Makanan yang lazat sudah berhidang; 3.Orang ramai telah berdiri bersaf-saf di kiri kanan jalan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk halaman 166, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
   

 

Tatabahasa18.08.2021

Kembali ke atas