Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lead


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya mahu membuat pertanyaan mengenai perkataan Lead. Perkataan ini ialah istilah yang digunakan dalam pemasaran internet. Sebagai penerangan, berikut ialah maklumat yang saya jumpa di dalam laman sesawang: In a sales context, a lead refers to contact with a potential customer, also known as a “prospect”. Depending on the organisation, the definition of the term “lead” may vary. For some companies, a “lead” is a contact already determined to be a prospective customer, whereas other companies consider a “lead” to be any sales contact. Tetapi saya cuba buat carian, tiada terjemahan untuk perkataan tersebut (atau mungkin carian yang saya buat salah). Harap dapat maklum balas dari pihak anda.Lead boleh diterjemahkan kepada pendulu, utama dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. Tuan boleh lihat lead">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=lead untuk maklumat lanjut. Berdasarkan konteks "lead" ialah individu yang lebih awal berada dalam kumpulan dengan membawa bakal pelanggan yang berpotensi. Sukar untuk diterjemahkan dalam satu perkataan khusus kecuali keterangan yang berkaitan dengan peranannya seperti pelanggan awal atau penghubung utama.Penyemakan dan penterjemahan29.05.2019
Salam, Tuan, Adakah terjemahan bagi "Lead Scientist" adalah "Saintis Utama"? Terima kasih.Untuk makluman tuan, padanan bahasa Melayu bagi istilah lead scientist tiada dalam data kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan ahli sains utama bagi padanan bahasa Melayu perkataan scientist lead.Istilah19.11.2013
Apakah terjemahan tepat untuk tema berikut : Evolving to Lead terjemahan : 1. Evolusi untuk Menerajui 2. Berkembang untuk Menerajui 3. Berubah untuk Menerajui Terima kasihKami berpandangan cadangan terjemahn yang sesuai ialah "Berkembang untuk Menerajui", walau bagaimanpun perlu disemak semula dengan maksud keseluruhan konteks yang dibincangkan.Sastera14.04.2015
Apakah peribahasa Melayu yang mempunyai sama maksud dengan peribahasa bahasa Inggeris "you can lead a horse to water but you can't make it drink"?Tidak ada maklumat yang berkaitan ungkapan tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain28.12.2015
Apakah istilah peterjemahan yang paling sesuai dalam BM untuk "conservation" pada ayat berikut: Care or treatment that do not lead to a recovery, conservation of your condition or restoration to your previous state of health.

Perkataan ‘conversation’ diterjemahkan sebagai ‘pemuliharaan’. Mengikut konteks ayat yang dikemukakan subjeknya ialah manusia, kita tidak menggunakan ‘pemuliharaan’ tetapi ‘pemulihan’. Pada pendapat kami, istilah bahasa Inggeris ‘rehabilitation’ bukannya ‘conservation’.

Istilah26.01.2015
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan "leads pencil" dalam bahasa melayu? Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan bagi  lead pencil ialah pensil grafit.Penyemakan dan penterjemahan10.02.2017
Salam sejahtera Tuan, saya ingin dapatkan terjemahan tepat ke dalam bahasa Melayu untuk perkataan 'decadent'. Pangkalan data mengatakan ertinya adalah orang yg telah runtuh /akhlaknya, moralnya/. Tapi satu lagi konteks adalah bererti " a person who is luxuriously self-indulgent." Contoh konteks - "for half a million dollars, he offers rich decadents the chance to lead a deadly safari" (didapati dari Google). Harap Tuan dapat membantu. Terima kasih.Menurut data kami, istilah "decadent" dalam bahasa Melayu ialah "Merosot". Decadent = adj (telah) merosot; (of person ) merosot /akhlaknya, moralnya/: a ~ civilization, tamadun yg telah merosot; an effete and ~ nobility, golongan bangsawan yg lemah dan telah merosot akhlaknya;Makna20.08.2014

Kembali ke atas