Semakan penggunaan ayat 1. Mula berniaga guna jalur lebar hanya rm99 atau 2. Mula niaga guna jalur lebar hanya rm99 | Jawapan Mula berniaga menggunakan jalur lebar. hanya RM99 | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Apa yang dimaksudkan dengan Jalur Lebar? Adakah perkhidmatan Internet yang diberikan oleh streamyx dari telekom termasuk dalam kategori Jalur Lebar? | Jalur Lebar merujuk kepada isyarat telekomunikasi (yang memproses isyarat telekomunikasi lebih laju). Lebih lebar jalur lebih besar keupayaan untuk memproses isyarat telekomunikasi. Perkhidmatan Internet yang diberikan oleh Streamyx juga tergolong dalam kategori Jalur Lebar. | Lain-lain | 08.02.2011 |
Tuan, bolehkah tuan terangkan perbezaannya antara senyum dan tersenyum? mengapakah dia senyum lebar salah? perlu dia tersenyum lebar? terima kasih. | Dalam Kamus Pelajar tersenyum bermaksud melahirkan rasa gembira dan lain-lain dengan memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit). Senyum pula bermaksud gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara. Klausa tersenyum lebar lazim digunakan berbanding senyum lebar. Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 16.07.2020 |
JALUR LEBAR | Assalamualaikum Sila rujuk PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Sekian. | Lain-lain | 01.09.2010 |
Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu kami mengesahkan penggunaan ayat berikut adalah betul (Sila rujuk kepada lampiran berikut) Pilihan 1 MULA BERNIAGA GUNA JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99. Pilihan 2 MULA BERNIAGA MENGGUNAKAN JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99. Untuk makluman Tuan/Puan, ayat ini adalah tujuan pengiklanan bagi iklan cetak. Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat menjelaskan penggunaan ayat yang betul bagi rujukan kami. Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai. Terima Kasih! | Ayat yang betul ialah: 2. MULA BERNIAGA MENGGUNAKAN JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99 | Tatabahasa | 15.01.2013 |
adakah kertas mahjong (kertas putih dan lebar) terdapat dalam entri kamus?kalau tiada perkataan apa yg perlu digantikan | Istilah kertas mahjong tidak terdapat dalam pangkalan data kami. | Istilah | 11.02.2011 |
Garisan rekahan berukuran melebihi 2.0 mm lebar x 1000 mm panjang telah ditampal dengan bahan pengapan atau menggantikan bahan yang merekah. Rekahan buaya yang berukuran melebihi 5m2 perlu dibaiki dengan kaedah lain. Line cracks more than 2 mm wide x 1 m long to be sealed or cracked material replaced. Crocodile cracks exceeding 5 sq.m in area to be repaired by other methods. Mohon semakan | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2020 |
Ladang kelapa sawit itu sangat_____. A. Besar b. Lebar c. Lapang d. Luas Jawapan?? | Jawapan yang betul ialah d. luas (Ladang kelapa sawit itu sangat luas.) | Tatabahasa | 03.05.2014 |
Terjemahan Community Broadband Centre kepada Bahasa Melayu | Pusat Jalur Lebar Komuniti | Makna | 09.10.2009 |
Berkenaan dengan bidang Tekonologi Maklumat/Komputer: 1) "Burstable" ialah kaedah mengukur lebar jalur berdasarkan penggunaan puncak, bagi tujuan pengebilan. Kaedah ini juga membolehkan penggunaan melebihi ambang tertentu untuk jangka masa yang singkat tanpa kesan kewangan ke atas pengguna. 2) "Peering" ialah proses apabila dua rangkaian internet menyambung dan menukar trafik. Proses ini membolehkan rangkaian tersebut menghantar trafik secara langsung antara pelanggan masing-masing, tanpa penglibatan pihak ketiga. Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dapat mencadangkan istilah yang sesuai bagi "burstable" dan "peering" (jika ada). Terima kasih. | Cadangan kami peering diterjemahkan kepada merangkai padan dan burstable diterjemahkan kepada boleh langkau sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua terjemahan ini akan diteliti dengan lebih lanjut lagi dan setelah memperoleh jawapan rasmi kami akan meng-e-melkannya kepada pihak tuan. | Lain-lain | 26.05.2019 |