| Salam, ayat yang manakah yang betul? 1) Panjang segi empat sama itu ialah dua kali lebarnya. 2) Panjang segi empat sama itu adalah dua kali lebarnya. Boleh jelaskan perbezaaan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Panjang segi empat sama itu ialah dua kali lebarnya.” Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.
| Tatabahasa | 17.02.2022 |
| Gaya Dewan (1995: 70) menyatakan bahawa tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan en (én) sebagai ukuran yang sama dengan setengah saiz poin taip yang digunakan ataupun setengah em. Soalan: (1) Adakah en itu sama lebarnya dengan huruf n? (2) Jikalau tanda pisah satu en, adakah tanda sempang hanya setengah en? | - Dalam penerbitan, en merupakan unit ukuran yang lebarnya setengah huruf em, tetapi tidak semestinya sama lebar dengan huruf "n".
- Jika tanda pisah satu en, tanda sempang tidak semestinya hanya setengah en.
Dalam penerbitan, en, em dan tanda sempang mempunyai fungsi yang berbeza. Sdr boleh merujuk buku yang berkaitan, seperti Copy Editing oleh Judith Butcher (Cambridge University Press) atau melayari Internet untuk mendapatkan maklumat mengenainya. | Lain-lain | 14.01.2013 |
| Boleh jelaskan penggunaan tepat kata aras dan paras; contohnya ~ bahu, laut, dsb | Aras bermakna a) a) Had tingginya sesuatu permukaan air; paras; takat. Contoh ayat: Beberapa meter padu air mesti dipamkan ke dalam kolam yang panjangnya 25 meter, lebarnya 15 meter, supaya aras air naik satu meter. b) b) Permukaan air. Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Kota Tinggi naik tiga meter. Paras bermakna a) a) Sama rata permukaannya; tidak tinggi rendah. Contoh ayat: Gambar itu tergantung pada paras bahu. b) b) Aras; had yang menunjukkan dalam atau tingginya sesuatu; takat. Contoh ayat: Ali berendam sehingga paras dada. | Makna | 11.01.2021 |