Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bih] | لبيه

Definisi : 1 melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2 sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3 bertambah; semakin: Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4 (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1 berlebih banyak: Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya: Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)

30

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum 1. Guru yang mempunyai pengalaman lebih lama lebih tinggi tahap efikasi berbanding guru yang lebih junior. Adakah frasa "yang mempunyai pengalaman lebih lama" lebih sesuai dengan digantikan dengan kata senior? Kenapa? 2. Guru yang memiliki efikasi kendiri dan efikasi mengajar menyumbang kepada perubahan tingkah laku positif murid. Adakah kata efikasi pada frasa efikasi mengajar perlu digugurkan? 3. Hiperaktif merupakan kategori masalah penyesuaian tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga enam tahun. Apakah tepat penggunaan kata dilakukan dalam konteks ayat di atas? Adakah kata ditimbulkan atau dicetuskan lebih tepat? Terima kasihWa alaikum salam.

Jawapan bagi soalan 1: Daripada sudut tatabahasa, kedua-dua frasa iaitu "Guru yang mempunyai pengalaman lebih lama" dan "senior" boleh digunakan dan betul penggunaannya. Walau bagaimanapun, daripada sudut kesopanan dan aspek semantik, frasa "yang mempunyai pengalaman lebih lama" lebih sesuai digunakan.

Jawapan bagi soalan 2: Kekalkan frasa "efikasi mengajar" dalam ayat tersebut.

Jawapan bagi soalan 3: Penggunaan kata "ditimbulkan" lebih tepat dalam konteks ayat tersebut.

Makna31.05.2017
Apakah beza antara 'lebih rumit' dan 'lebih merumitkan lagi'? Adakah kedua-duanya sesuai digunakan pada permulaan ayat

Perkataan “lebih rumit” membawa maksud tidak mudah; lebih susah; lebih sukar dan lebih sulit. Contoh ayat, “Perkem­bangan baru pada sesuatu penyakit yang menjadikannya lebih rumit untuk dirawat dan diubati”. Manakala perkataan “lebih merumitkan lagi”  membawa maksud lebih menyukarkan, lebih menyulitkan dan lebih menyusahkan.  Contoh ayat, “Kalau dirinya sakit, keadaan lebih merumitkan lagi, dia tidak dapat pergi ke laut”. Kebiasaannya, frasa ini hanya wujud di pertengahan ayat.

Tatabahasa20.02.2020
“sementelahan itu”betul tak? ribuan terima kasihPerkataan "Sementelahan" bermaksud: lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi.  Tidak perlu ditambah dengan perkataan "itu".Istilah20.06.2016
Asal - usul (etimologi) istilah gelemaca dan gelemair. Adakah ia singkatan dua perkataan, hasil pembinaan istilah DBP atau memang wujud dalam kosa kata Melayu sejak sekian lama?Tidak ada maklumat tentang etimologi kata lebih-lebih lagi istilah dalam pangkalan data kami. Melalui rujukan kami juga tidak ada perkataan gele atau gelem untuk membuktikan kata ini dibina daripada dua kata berasingan. Jika tuan berminat untuk membuat kajian, sila berhubung terus dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.Istilah15.03.2018
Tidak bolehkah menggunakan huruf hamzah seperti dalam tulisan arab? Ini kerana, untuk menunggu huruf hamzah tiga suku dimasukkan ke dalam unicode, akan mengambil masa yang agak panjang dan dapat membantutkan perkembangan tulisan jawi. Lebih-lebih lagi jenis font yang menyokong huruf jawi secara unicode yang digunakan diseluruh dunia amatlah terhad, oleh itu saya menyeru DBP agar membatalkan hasrat untuk meletakkan kedudukan hamzah pada kedudukan tiga suku. Perubahan adalah baik, tetapi perubahan kedudukan hamzah ini hanya membantutkan perkembangan tulisan jawi. Sekiranya huruf hamzah kekal pada kedudukan seperti dalam bahasa Arab, sudah tentu font biasa seperti Arial pun sudah dapat menyokong penulisan jawi. Mungkin inilah sebab mengapa tulisan jawi tidak mampu tulisan ini akan susah untuk matang seperti matangnya tulisan parsi, uighur, urdu dan lain-lain dalam sistem perkomputeran. Tidak perlu tunggu pengesahan unicode, cuma guna sahaja huruf hamzah yang sedia ada, tidak perlu dinaikkan kepada ketinggian tiga suku. Sekian.Terima kasih atas makluman dan cadangan yang tuan berikan. Maklumat yang baik ini kami salurkan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk kemas kini buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Lain-lain18.12.2017
Selamat sejahtera. Bolehkah perkataan "yang mana" digunakan dalam ayat berikut: "Hotel yang mana lebih baik?" Adakah ayat ini lebih tepat jika dituliskan sebagai "Hotel yang mana satu lebih baik?" ATAU "Hotel mana satu lebih baik?" ATAU "Mana satu hotel lebih baik?" Terima kasih.frasa yang betul ialah  Manakah hotel yang lebih baik? atau Hotel yang lebih baik mana?Tatabahasa19.06.2019
Berapa kerapkah korpus DBP dikemas kini dan adakah semua terbitan bahasa Melayu dimasukkan ke dalam korpus tersebut?Korpus DBP telah dibangunkan beberapa tahun dahulu dan belum lagi dibuat kemas kini. Kami berpandangan tidak semua terbitan berbahasa Melayu dimasukkan dalam korpus, lebih-lebih lagi terbitan terkini. Sumber korpus boleh dilihat melalui http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/Report/SenaraiBahan.aspx. Korpus DBP merupakan antara fungsi Bahagian Peristilahan, DBP.Lain-lain01.06.2020
Assalamualaikum... mohon penjelasan pihak dbp tentang penggunaan perkataaan ‘lebih kurang’ atau ‘kurang lebih’. Yang mana patut kita gunakan di Malaysia?... terima kasih..Salam sejahtera,

Tuan,

Frasa yang lazim digunakan ialah "lebih kurang".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.02.2019
1. Sementelahan itu atau Sementelahan (kalau digunakan dalam permulaan ayat) 2. Sehubungan dengan itu atau sehubungan itu?

Menurut data kami, perkataan yang betul ialah sementelahan yang bermaksud  lebih-lebih lagi; tambahan pula: Ibu tidak ke pasar hari ini kerana sakit kepala, ~ pula hari hujan lebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Mengikut Kamus Dewan, perkataan sehubungan bermaksud berkaitan dengan, bersangkutan dengan. Frasa sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan. Oleh yang demikian, frasa sehubungan itu dan sehubungan dengan itu, kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat ialah sehubungan dengan itu kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu perlu ada perkataan dengan.


Tatabahasa13.06.2018
Salam sejahtera? Pohon pencerahan. 1. Manakah bola yang lebih besar? 2. Yang manakah bolah lebih besar? 3. Bola yang manakah lebih besar? Manakah soalan diatas lebih tepat? Terima kasihSalam sejahtera,

Tuan,

Soalan yang tepat ialah (1) dan (3).

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa14.12.2017
12345678910...

Kembali ke atas