Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya mengenai: 1. Ejaan sebenar bagi latarbelakang/latar belakang, kurang lebih / lebih kurang? 2. Dalam keadaan mana kita perlu gunakan perkataan baru dan perkataan baharu ? Terima kasih.1. latar belakang 2. lebih kurang 3. baharu/baru - new, baru- just sahaja. contoh, adik membeli baju baru/baharu. Dia baru sampai dari Kuala LumpurTatabahasa25.07.2007
Salam, Soalan pertama: Antara berikut, yang manakah betul dan apakah alasannya? 1) Lebih kurang 70-80 peratus bumi diliputi air 2) Lebih kurang 70 peratus-80 peratus bumi diliputi air Soalan kedua: Perlukah kata sendi nama diulang dalam ayat berikut dan apakah alasannya? - Mereka akan bercuti ke Perak dan ke Sabah. - Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan pada waktu petang. - Murid-murid yang berada di perpustakaan dan di makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya.1. Lebih kurang 70- 80 peratus bumi diliputi air.
2. Mereka akan bercuti ke Perak dan Sabah.
3. Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan petang.
4. Murid-murid yang berada di perpustakaan dan makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya. 

Tidak perlu pengulangan kata kerana ayat tersebut sudah mantap.
Tatabahasa10.04.2013
Rajah 1.1 menunjukkan teori perkaitan di antara sebab dan syarat-syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. Soalan: Sesuaikah penggunaan perkataan "perkaitan" di situ, atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Kemudian perlukah diletakkan perkataan "di" sebelum "antara" atau cukup dengan "antara" sahaja tanpa "di (di antara) dalam konteks ayat di atas? Terima kasih.Rajah 1.1 menunjukkan kaitan antara sebab dan syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. - perkaitan bermaksud hal atau keadaan yang berkaitan, manakala kaitan bermaksud hubungan. Kata kaitan lebih sesuai dalam ayat ini. Perkataan di antara lazimnya digunakan bagi perkataan yang menunjukkan ada ruang/jarak antara kedua-duanya, oleh itu kata antara lebih sesuai dalam ayat ini.Tatabahasa12.05.2011
saya mahu bertanya, dari segi susunan ayat yang manakah yang betul? 1) Lebih banyak khasiat daripada yang anda dapat bayangkan atau 2) Lebih banyak khasiat daripada yang dapat anda bayangkan tolong jelaskan... terima kasih

Yang betul ialah lebih banyak khasiat daripada yang anda dapat bayangkan.

Tatabahasa13.01.2010
soalan 1: 1. Saya nak ucap terima kasih juga kepada Setiausaha Agung yang rambutnya teristimewa sekarang ini.......Kesalahan yang terdapat pada ayat ini ialah "yang rambutnya teristimewa" sekarang ini...... (boleh jelaskan kenapa "yang rambutnya teristimewa salah") 2. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya,....kenapa perkataan "yang" tidak sesuai diguna pakai di awal ayat??? boleh tolong jelaskan?Jawapan 1:
Ayat yang lebih sesuai ialah "yang berambut "istimewa" sekarang ini...". Perlu ada tanda "  " pada perkataan istimewa kerana istimewa di sini boleh menjelaskan pelbagai maksud. Mungkin juga berambut cantik, berambut pelik dan sebagainya.
Jika hendak menggantikan ayat yang lebih sesuai ialah "yang rambutnya sangat istimewa atau yang rambutnya sangat luar biasa sekarang ini". Maksud "teristimewa" ialah "yang luar biasa, yang sangat khas, terkhusus"(Kamus Dewan Edisi Keempat).Jika ayat "yang rambutnya teristimewa" digunakan, maka ayat ini salah kerana ayat yang digunakan berbunyi" yang rambutnya yang luar biasa" . Penggunaan "yang" dua (2) kali berturut-turut dalam ayat bahasa Melayu adalah tidak sesuai dan hendaklah dielakkan.

Jawapan 2:
"yang" adalah kata hubung dalam bahasa Melayu. Kata hubung bermaksud menghubungkan satu perkataan dengan perkataan yang lain. Contohnya: Saya membeli baju yang berwarna hijau. Perkataan "yang" menghubungkan perkataan "baju" dan "berwarna". Perkataan "yang" hanya biasa digunakan dalam penulisan seperti slogan, puisi atau pantun dan seumpamanya sahaja. Contohnya: "Yang indah itu bahasa".
Tatabahasa29.03.2013
Tuan/Puan, Yang manakah yang betul: ... lebih banyak mata yang dapat anda kumpulkan. ... lebih banyak mata yang anda dapat kumpulkan. Bagaimana boleh saya dapatkan mata? Bagaimana saya boleh dapatkan mata? Terima kasih.

Yang betul ialah:

1. lebih banyak mata yang dapat kumpulkan..

2. Bagaimana saya boleh dapatkan mata?

Tatabahasa29.05.2011
Assalamualaikum. Mohon bantuan penggunaan istilah/perkataan yang betul atau lebih tepat: 1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun Pertubuhan Bangsa Bersatu. 2. Untuk tujuan penulisan, mana yang lebih sempurna: 'cuma' atau 'hanya'? 3. Adakah terdapat istilah bahasa Melayu (bukan pinjaman) selain daripada perkataan 'prosiding' dalam bahan terjemahan daripada 'proceedings'? 4. Yang mana satu terjemahan yang lebih sempurna: daripada 'English' kepada 'Inggeris' atau 'bahasa Inggeris'? 5. Bolehkah 'legal personality' diterjemahkan kepada 'perwatakan perundangan'. Jika tidak, apakah terjemahan yang tepat? Ribuan terima kasih. Semoga khidmat ini akan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna dan pencinta bahasa Melayu.i. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (nama khas) 2. Kedua-dua perkataan boleh digunakan. 3. Maksud proceeding ialah  tindakan undang-undang, perjalanan(course of action), rekod. 4. bahasa Inggeris 5. keperibadian undang-undang  Lain-lain07.06.2008
Assalamualaikum, Mohon jasa baik pihak tuan/puan mengenal pasti penggunaan ayat manakah yang lebih tepat. 1. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. 2. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua tahun setengah. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan Terima Kasih:)

Yang betul adalah yang pertama, iaitu Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun.

Tatabahasa21.11.2011
1. Mana lebih tepat, "Sehubungan itu" atau "Sehubungan dengan itu " 2. Dalam penulisan surat, "Yang benar" atau " Yang benar," 3. Sekian, terima kasih. atau Sekian. Terima kasih.1. Frasa sehubungan itu dan sehubungan dengan itu, kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat ialah sehubungan dengan itu kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu perlu ada perkataan dengan.

2. Yang benar,

3. Ungkapan yang lebih sesuai digunakan pada baris akhir surat rasmi ialah "Sekian. Terima kasih."
Tatabahasa21.03.2013
1 Apakah penjodoh bilangan untuk hantu? 2 Yang mana betul? a) Marilah kita menyanyikan lagu Negaraku? b) Marilah kita nyanyikan lagu Negaraku? c) Janganlah kamu meniru perbuatannya. d) Janganlah kamu tiru perbuatannya.

1. Tidak semua benda perlukan penjodoh bilangan, lebih-lebih lagi benda yang ghaib seperti hantu.

2. Yang betul ialah "Marilah kita menyanyikan lagu Negaraku" kerana ini ayat aktif.

3. Yang betul ialah "Janganlah kamu meniru perbuatannnya" kerana ini ayat aktif

Lain-lain30.04.2009
12345678910...

Kembali ke atas