Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Kalau tuan meragi kain,
     Biar nipis jangan jarang;
Kalau tuan mencari lain,
     Biar lebih daripada terkurang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mulut hang lebih daripada gedembai.

Bermaksud :

Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya.

 

Lihat selanjutnya...(64)

217

Better give than take

Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Believing that better give than take, they donated half of their earnings to the needy.

Berpegang pada tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(88)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Setiap pilihan jawapan boleh digunakan lebih daripada sekali atau Setiap jawapan pilihan boleh digunakan lebih daripada sekali.Ayat yang betul ialah Setiap pilihan jawapan boleh digunakan lebih daripada sekali.Lain-lain11.11.2020
Ingin bertanyakan tentang penggunaan dari dan daripada: "..lebih dari 300 bangunan.." atau "..lebih daripada 300 bangunan". Terima KasihPenggunaan yang betul ialah "...lebih daripada 300 bangunan".Tatabahasa18.06.2015
Assalamualaikum Pihak DBP, Saya ingin bertanya, bolehkan saya menghantar manuskrip lebih daripada satu? Harap dapat membantu saya. Terima kasih.Salam.  Saudara boleh menghantar lebih daripada satu manuskrip kepada bahagian yang berkenaan dengan manuskrip yang hendak saudara hantar.Lain-lain05.06.2010
Soalan peperiksaan STPM 2009 berbunyi :.....menguasai lebih daripada satu bahasa...soalan saya: (KKT) Kata kerja transitif mesti dikuti oleh objek Kata nama, adakah ayat ..'menguasai lebih..' itu gramatis? bagaimana pula dengan ayat..menguasai bahasa lebih dari satu.? TQVMTokoh bahasa, Pak Asraf dan Dr. Awang Sariyan menganggap frasa "menguasai lebih daripada satu bahasa" adalah tidak gramatis kerana kata kerja transitif (menguasai) + kata adjektif (lebih). Walau bagaimanapun tokoh bahasa yang juga merupakan salah seorang penulis Tatabahasa Dewan menerima frasa ... menguasai lebih daripada satu bahasa ... gramatis kerana "kata kerja transitif  (menguasai) + frasa nama (kata bilangan - lebih daripada + kata nama - satu bahasa). Frasa ini juga telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa24.05.2011
Antara berikut yang manakah ayat yang tepat? Warga emas yang berusia lebih dari 65 tahun / Warga emas yang berusia lebih daripada 65 tahunAyat yang betul ialah Warga emas yang berusia lebih daripada 65 tahun.Tatabahasa25.10.2021
Selamat sejahtera pihak DBP. Apakah contoh kelewahan tanda baca yang sering dilakukan?Antara  contoh kelewahan tanda baca yang sering dilakukan  ialah penggunaan tanda baca yang lebih daripada satu atau yang telah ditetapkan. Antara contoh-contohnya,
 
i.  Tanda soal. Contohnya: Bilakah dia meninggal??? - cukup hanya satu sahaja

ii. Tanda seruan. Contohnya:  Berhenti!!! - cukup hanya satu sahaja

iii. Menggunakan kedua-dua tanda bacaan. Contohnya: Bilakah dia meninggal?! - pilih salah satu yang besesuaian

iv. Tanda titik. Contoh dalam cerpen/novel yang menggunakan titik lebih daripada 4 titik manakala Tanda elipsis ... Contohnya: ... bahawa kita menemui xxx   - tidak boleh lebih daripada daripada 3 titik.
Lain-lain15.10.2018
Boleh saya tahu berapakah bilangan maksimum suku kata dalam perkataan? Contohnya, 'pengembaraan' ada 5 suku kata. Adakah perkataan dalam BM mempunyai lebih daripada 5 suku kata? Jika ya, apakah bilangan maksimum jumlah suku kata?Untuk makluman, bilangan suku kata bergantung kepada perkataan itu sendiri. Tidak ada had maksimum, mahupun minimum. Contoh suku kata yang lebih daripada 5 ialah telekomunikasi (7 suku kata).Tatabahasa19.12.2015
Adakah kata boleh digolongkan ke dalam lebih daripada satu golongan kata ? Berdasarkan contoh kata 'mengenai' dalam ayat 1. Tembakan itu mengenai sasaran. 2. Nenek bercerita kepada kami mengenai kehidupannya semasa kecil.Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut:
1. Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.
2. Berita kematiannya dihebahkan melalui radio.
Tatabahasa18.09.2012
Apakah kata jamak bagi 'beliau' jika merujuk lebih daripada seorang orang yang dihormati? Terima KasihMenurut data kami, kata ganti diri 'beliau' tidak boleh digunakan dalam bentuk jamak.Tatabahasa21.05.2020
Sila pilih ayat yang betul. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. (a) Saya menggantung poster di tepi jalan. (b) Saya menggantungkan poster di tepi jalan. (c) Saya menggantung poster pada dinding. (d) Saya menggantungkan poster pada dinding.Kesemua ayat tersebut betul.Lain-lain06.09.2021
12345678910...

Kembali ke atas