Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : yg dilakukan (berĀ­kaitan dgn kerja) di luar waktu kerja yg telah ditetapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Peribahasa

602

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah lebih tajam daripada mata pedang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah lebih tajam daripada mata pedang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya perlukan cadangan untuk perkataan over time yang tidak merujuk kepada kerja lebih masa. Contoh ayat : Dementia steadily gets worse over time. Terima kasih.Berdasarkan contoh ayat bahasa Inggeris yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya untuk over time ialah “lama-kelamaan”. (Lama–kelamaan penyakit demensia akan menjadi semakin teruk.)Penyemakan dan penterjemahan24.04.2018
Dalam bidang sumber manusia terutama di Amerika, pekerja yang berhak bagi bayaran kerja lebih masa dikenali sebagai 'non-exempt employee' mengikut Fair Labour Standard Act. Apakah padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi 'exempt and non-exempt employees'? Padanan bahasa Melayu untuk "exempt employees" ialah "pekerja terkecuali".  Padanan istilah untuk "non exempt employee" ialah "pekerja tak terkecuali"
Istilah21.03.2017
Berapakah lama untuk meluluskan iklan bagi syarikat?Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua - tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain06.07.2015
Apa maksud dan contoh frasa kata kerja biasa dan kata kerja lembur?..terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Empat "kerja lembur" ialah kerja yang dibuat di luar waktu pejabat (kerja malam), kerja lebih masa. Manakala kerja biasa atau kerja tetap ialah kerja yang dilakukan berterusan dan lazim dilakukan.Tatabahasa14.01.2013
Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapatkan status permohonan pengesahan untuk iklan?Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua hingga tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain30.07.2015
Salam 1 Malaysia, saya ingin bertanya, berapa lama proses untuk kelulusan pengesahan bahasa oleh dbp untuk iklan?Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua - tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain21.07.2015
saya tak kesah kalau sekarang khidmat bahasa perlu dibayar tetapi kenapa perlu ambil masa lebih 2 3 hari untuk diluluskan lepas permohonan dibuat walhal masa khidmat ni tak berbayar, proses lebih cepat. adakah bayaran yang dikenakan untuk mendapat khidmat yang lebih lambat daripada sebelum ni? harap pihak DBP lebih produktif dan lebih munasabah. terima kasih.Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam Talian ialah  3 hari bekerja dan dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Pihak kami akan meningkatkan mutu perkhidmatan dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa-masa akan datang.  Lain-lain16.06.2017
Tuan, apakah perbezaan masa depan dan masa hadapan? yang manakah lebih tepat penggunaannya untuk terbitan advertorial atau pengiklanan?Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi.Tatabahasa23.07.2012
Masa depan yang lebih cerah atau masa depan yang cerah?Frasa "Masa depan yang lebih cerah" dan "masa depan yang cerah" kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa11.10.2022
saya ingin bertanya mengenai penggunaan frasa 'pada masa kini' dan 'pada masa ini'. adakah penggunaan 'pada' tidak boleh digunakan sekiranya menggunakan kata 'kini'.sebaliknya hanya 'pada masa ini'. manakala 'kini' digunakan untuk 'masa kini' tanpa ada kata 'pada'. apa perbezaan antara 'pada masa kini', 'pada masa ini' dan 'masa ini'. bolehkah 'masa ini' berfungsi sebagai kata pangkal ayat?gramatis ke penggunaannya?Yang lebih gramatis ialah "pada masa kini".Tatabahasa04.10.2007
12345678910...

Kembali ke atas