Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bi.han] | لبيهن

Definisi : yg berlebih, bakinya, sisanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bi.han] | لبيهن

Definisi : jumlah atau banyaknya sesuatu melebihi sesuatu had atau sesuatu jumlah yg lain: ~ imbangan perdagangan dijangka meningkat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bi.han] | لبيهن

Definisi : jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebihan

Peribahasa

Cakapan sejengkel dibawa sehasta.

Bermaksud :

Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi sehasta).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksukan dengan kumpulan pelampau dan bahayanya dalam sesebuah negara berbilang kaum

Kumpulan pelampau bermaksud kumpulan yang melakukan sesuatu dengan berlebih-lebihan, atau kumpulan yang mempunyai faham (kepercayaan) yang berlebih-lebihan. Kumpulan ini dikhuatiri akan menimbulkan masalah kepada negara.

Lain-lain01.02.2008
Saya ada kemusykilan terhadap penggunaan perkataan "berlebihan". Bagi saya, perkataan ini membawa denotasi negatif. Setujukah saudara? Sila beri pendapat. Terima Kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berlebihan bermaksud terlalu sangat (banyak, lebih, dll). Berlebih-lebihan bermaksud 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya) 2. berlumba-lumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi). Berdasarkan huraian yang diberikan, perkataan yang mempunyai maksud negatif ialah berlebih-lebihan bukan berlebihan.   

Makna17.02.2011
Salam, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang manakah adalah betul?Merujuk Kamus Dewan, "mencolok mata" dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala "menjolok mata" antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa "mencolok mata" yang sering digunakan.Makna02.05.2013
Maksud "hilai tawa"Tidak ada maklumat tentang hilai tawa dalam pangkalan data kami. Perkataan yang betul ialah ilia; dan mengilai yang bermaksud tertawa dengan panjang serta nyaring. Kata "ilai tawa" jika dibentuk akan membawa maksud yang berlebih-lebihan atau lewah.Makna14.04.2013
Menjolok mata atau mencolok mata? Bolehkah digunakan kedua-duanya sekali? Manakah yang lebih tepat?. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Tatabahasa26.02.2013
apakah yang dimaksudkan dengan kelewahan bahasa? Apakah perbandingan antara sistem ejaan bahasa pinjaman dengan pola keselarasan vokal bahasa Melayu? apakah jenis-jenis kata pinjaman?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat). Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman).Lain-lain14.03.2010
Adakah penggandaan boleh digunakan dua kali dalam satu ayat? Contohnya"Jam di dinding berdetik-detik pada tiap-tiap minit."Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan.Tatabahasa12.04.2012
antara mencolok mata dan menjolok mata, mana yang betul penggunaannya? ini untuk menggambarkan keadaan berpakaian yang tidak senonoh.Dalam Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Tatabahasa09.05.2012
Apakah perbezaan antara perkataan mencolok dan menjolok? Terutama dalam penggunaan ayat seperti ini: "Pakaian wanita itu (menjolok atau mencolok) mata,".Dalam Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, hal ini merujuk kepada kiasan oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. Walau bagaimanapun frasa menjolok mata juga betul dan boleh digunakan.Makna20.11.2010
Salam sejahtera tuan. 1. Wang baki atau baki wang betul? 2. Jika kedua-duanya betul maka apakah perbezaannya? Bolehkah tuan memberikan contoh untuk menerangkan perbezaan antara kedua-dua frasa nama tersebut. Sekian terima kasih.

Wang baki dan baki wang, kedua-duanya adalah betul dan mengikut konteks ayat yang digunakan. Sebagai satu frasa/istilah wang baki sama dengan wang kembali, iaitu lebihan yang dipulangkan setelah dibuat bayaran. Baki bermaksud lebihan dan boleh disandarkan pada kata nama yang lain termasuklah wang seperti baki wang membeli majalah diberikannya kepada budak itu. 

Tatabahasa02.08.2011
123

Kembali ke atas