Salam, Apakah cara yang betul untuk menulis istilah 'lebuh raya' jika digabungkan dengan nama khasnya? Contoh: Lebuhraya NKVE, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Utara-Selatan dan sebagainya. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah lebuh raya. Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). | Lain-lain | 02.09.2014 |
untuk nama khas bagi sesebuah lebuhraya contoh 'Lebuhraya E22' adakah perkataan 'lebuhraya' itu sendiri perlu dijarakkan atau ia tidak mengira nama khas ia tetap perlu dijarakkan? | Ejaan yang betul ialah Lebuh Raya E22 | | Ejaan | 23.11.2020 |
Salam. Ejaan sebenar bagi KM 0 TELOK MELANO LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK. Ejaan Lebuhraya atau lebuh Raya? Terima Kasih | Ejaan yang betul ialah lebuh raya (ejaan dijarakkan). Contoh: KM 0 Teluk Melano Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. Kekecualian berlaku jika kata/nama tersebut telah diwartakan atau digazetkan oleh kerajaan, seperti Keretapi Tanah Melayu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ejaan keretapi dan bandaraya dirapatkan). | Ejaan | 09.09.2023 |
(1) Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) menggunakan ejaan "Klang Bandar DiRaja". (2) Ejaan yang betul ialah: Diraja (bukan DiRaja). (3) Mohon pihak DBP nasihatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya perbetulkan. (4) Banyak terdapat di Shah Alam. | Kami mengambil maklum akan aduan ini, tindakan susulan akan diambil kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman saudara juga, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa". Sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. | Lain-lain | 21.02.2023 |
Kesemua jalan susur keluar dari lebuhraya/jalan persekutuan/jalan negeri menggunakan perkataan Inggeris: "EXIT". Soalan saya: apakan terjemahan dalam bahasa Melayu? | Salam sejahtera, Padanan exit ialah susur keluar. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.04.2019 |
Assalamualaikum, Tuan, Saya wakil daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia ingin meminta bantuan daripada DBP dalam mendapatkan maksud yang terperinci dan tepat berkenaan beberapa slogan yang sedang kami teliti. Oleh yang demikian, dilampirkan senarai slogan untuk tindakan selanjutnya pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. | Bagi mempermudah dan membantu pihak tuan untuk menyemak dan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul, pihak tuan boleh layari khidmat nasihat bahasa melalui laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, iaitu www.prpm.dbp.gov.my. Cadangan slogan daripada pihak kami adalah seperti lampiran. | Tatabahasa | 19.02.2021 |
Ejaan dan penggunaan 'pasar raya / pasaraya' dan 'lebuh raya / lebuhraya' sering berbeza dan mengelirukan. Apakah ejaan / penggunaan yang betul, satu atau dua perkataan? | ejaan yang betul pasar raya dan lebuh raya. | Tatabahasa | 10.07.2007 |
Kenapakah masa kini sudah banyak terdapat iklan-iklan besar samada disepanjang lebuhraya atau dipersimpangan jalan di bandaraya ditulis hanya dalam Bahasa Inggeris? Tanggong jawab siapakah memantau atau menegur perbuatan ini? Adakah DBP, PBT atau kerajaan negeri.? contoh iklan Ambank. Mana letaknya martabat bahasa Kebangsaan kita? Sekian harap maklum dan terima kasih. | Sdr Mat2162, terima kasih atas keprihatinan sdr. untuk pengetahuan sdr. tanggung jawab ini terletak pada PBT kerana mereka mempunyai undang-undang kecil yang mengawal masalah penggunaan bahasa pada papan tanda di kawasan mereka. DBP hanya, sehingga soalan ini dijawab, hanya boleh menegur, memberi nasihat dan mencadangkan bahasa yang sesuai untuk digunakan. Walau bagaimanapun rasa cintakan bahasa itu sepatutnya ada pada setiap warga Malaysia dan seharusnya perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana dalam perlembagaan telah termaktub bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan penggunaannya hendaklah diutamakan . Terima kasih. | Tatabahasa | 04.12.2007 |
Salam sejahtera & salam 1 Malaysia Saya penolong pengarah di Bahagian Kawalselia Penyenggaraan, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Saya ada kekeliruan dalam penggunaan perkataan (term) "nombor" atau "kod" situasinya ialah Jalan Persekutuan, Jalan Negeri & Lebuhraya mempunyai nombornya sendiri. Nombor ini ada ditulis di setiap nama jalan pada papan-papan tanda jalan. Sebagai contoh: 1. Jalan Persekutuan – FT01(Jalan Seremban ke KL). FT02, FT03 dan sebagainya bagi jalan-jalan lain. 2. Jalan Negeri – B01(abjad B bagi negeri Selangor dan 01 nombor jalan), 3. Lebuh Raya – E01(Lebuhraya Utara Selatan PLUS) Pertanyaan saya, adakah nombor ini sesuai disebut Nombor Laluan Jalan atau Kod Laluan Jalan atau ada cadangan lebih sesuai. Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan nombor ialah tanda yang menyatakan bilangan, manakala kod bermaksud serangkai huruf atau nombor yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu tempat. Berdasarkan huraian makna tersebut penggunaan istilah "kod" lebih tepat digunakan dalam konteks yang tersebut. | Lain-lain | 18.09.2012 |
Kamarul Azmi Oct 8th, 2:20am selamat sejahtera, tujuan saya menulis kepada pihak tuan kerana sebuah papan iklan di lebuhraya kuala lumpur - seremban (berhampiran susur ke kelab lumba kuda selangor; sebelum stesyen minyak shell arah selatan). papan iklan agensi UPD oleh tetuan GT Radial berkaitan produk tayar itu ditulis didalam bahasa inggeris 'Experience the Performances'. ia diterjemah ke bahasa melayu sebagai 'Alami Performanya'. saya berpendapat terdapat kesalahan bahasa melayu yang sangat serius pada ayat tersebut kerana Performances tidak diterjemah kepada Performa didalam bahasa melayu. saya fikir, adalah perlu ia diperbetulkan kerana ia adalah laluan utama dan memberi gambaran yang kurang manis mengenai penguatkuasaan penggunaan bahasa. sekian, terima kasih. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Berdasarkan semakan kami, permohonan GT Radial yang telah diluluskan pada 23 Julai 2012 ialah "Alamilah Prestasinya". Perkara ini perlu kami rujuk kepada pihak lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. | Lain-lain | 08.10.2015 |