Salam. Adakah ayat ini betul? "Mengapa bertukar kepada LED?" atau "Mengapa bertukar ke LED?" (terjemahan daripada ayat - Why switch to LED?) Terima kasih. | Laras iklan yang baik "Mengapa bertukar kepada LED?". | Tatabahasa | 25.09.2012 |
Salam Malaysia Madani, Padanan yang tepat LED DISPLAY SIGNBOARD atau istilah khusus apa? | Padanan yang tepat untuk Led Display Signboard ialah Papan Tanda LED. | Istilah | 30.12.2024 |
Boleh saya dapatkan istilah ini dalam bahasa melayu yang tepat? 1 door lock 2 spare tire bracket 3 lorry wooden body 4 lorry body part 5 door holder 6 ventilation plate 7 nylon bush 8 lashing ring 9 fastener 10 cargo truck 11 partition hanger 12 aluminium edge 13 corner engle 14 cargo belt 15 rubber stopper 16 door seal 17 mud flap 18 door hinge seal 19 curtainsider tensioner 20 roller shutter 21 lorry steel body 22 lorry box van body 23 handle lock 24 handle 25 lock 26 oil tank cover 27 gas spring absorber 28 aluminium profile 29 awning 30 LED room lamp 31 LED pilot lamp 32 LED side lamp 33 LED tail lamp. Saya cuba menterjemahkan tetapi dibimbangi terjemahan itu salah. diharapkan pihak DPB dapat membantu untuk tugasan saya di tempat kerja. Terima kasih. | Istilah yang tepat mengikut bidang kejuruteraan adalah seperti berikut: 1. door lock = kunci pintu 2. spare tire bracket = pendakap tayar simpanan 3. lorry wooden body = badan kayu lori 4. lorry body part = bahagian badan lori 5. door holder = pemegang pintu 6. ventilation plate = plat pengalihudaraan 7. nylon bush = sesendal nilon 8. lashing ring = gegelang pengikat/cecincin pengikat 9. fastener = pengetat 10. cargo truck = trak kargo 11. partition hanger = penyangkut pembahagi 12. aluminium edge = pinggir aluminium/ tepi aluminium 13. corner angle = sudut/penjuru/bucu 14. cargo belt = tali pengikat kargo/sawat kargo 15. rubber stopper = penahan getah 16 door seal = penutup pintu 17. mud flap = penahan lumpur 18. door hinge seal = penutup engsel pintu 19. curtainsider tensioner = penegang penutup 20. roller shutter = penutup jendela gulung 21. lorry steel body = badan besi lori 22. lorry box van body = peti lori bersaiz van 23. handle lock = kunci pemegang 24. handle = pemegang 25. lock = kunci 26. oil tank cover = penutup tangki minyak 27. gas spring absorber = penyerap spring bergas 28. aluminium profile = profil aluminium 29. awning = sengkuap 30. LED room lamp = lampu bilik LED 31. LED pilot lamp = lampu panduan LED 32. LED side lamp = lampu sisi LED 33. LED tail lamp = lampu belakang LED | Istilah | 19.12.2019 |
Dear Sir/Madam, Referring to the above matter and attached photo, does the LED board need to apply from Dewan Bahasa & Pustaka? As we need confirmation to apply for a LED License from Majlis Perbandaran Selayang. Please advise, thanks. Best regards, ZEST FROZEN FOOD SDN BHD TEL: 018-773 9378 (ACCOUNT DEPT) EMAIL:zestfrozenfood@gmail.com | Untuk permohonan iklan sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 13.09.2022 |
Saya ingin mencari translation LED Packaging yang berlandaskan saintifik/industri. Packaging yang dimakusdkan ada lah seperti rekabentuk package sesuatu komponen. Pembungkusan adalah translation yang tidak selari dengan maksud sebenar. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pakej LED. | Istilah | 20.06.2008 |
Saya nak semak guna ayat berikut: 1. MATIKAN PLUG SEBELUM PULANG 2. SUHU PENDINGIN UDARA YANG OPTIMA 3. JOM JIMAT ELEKTRIK 4. TOLONG MATIKAN SUIS SEBELUM KELUAR 5. MATIKAN MONITOR KOMPUTER SEBELUM PULANG 6. TAHUKAH ANDA? JANGKA HAYAT LAMPU LED LEBIH 2 KALI GANDA LEBIH LAMA 7. TAHUKAN ANDA? KOS TENAGA ELEKTRIK LAMPU KALIMANTAN IALAH RM10 SEBULAN 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA Tq | 1. Pastikan Plag Dicabut Sebelum Pulang. 2. Gunakan Suhu Penyaman Udara yang Optimum. 3. Tolong Tutupkan Suis Sebelum Keluar. 4. Tutupkan Monitor Komputer Sebelum Pulang. 5. Tahukah Anda? Jangka Hayat Lampu Led 2 Kali Ganda Lebih Lama Berbanding lampu biasa. 6. Tahukah Anda? Kos Tenaga Elektrik Lampu Kalimantan 4' ialah Rm10 Sebulan. 7. Betulkan Tahukan Anda? kepada Tahukah Anda? 8. Tolong Tutupkan Pemanas Air Sebelum Pulang. 9. Jimat Tenaga Pket Selamat.
| Lain-lain | 03.10.2016 |
3. JOM JIMAT ELEKTRIK 8. ANDA JIMAAT TENAGA DI TEMPAT KERJA, ANDA JIMAT TENAGA DI RUMAH 9. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 10. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 11. BAKAR KALORI & JIMAT ELEKTRIK. GUNALAH TANGGA 12. TUTUP PINTU & TINGKAP KETIKA PENGHAWA DINGIN DIGUNAKAN 13. TAHUKAN ANDA? LAMPU LED MEMBERI PENJIMATAN LEBIH 50% 14. TAHUKAN ANDA? BERAPA BACAAN LUX DI TEMPAT ANDA BEKERJA? 15. TAHUKAN ANDA? TARIF SEUNIT kWh WAKTU LUAR PUNCAK ADALAH HAMPIR 40%* LEBIH MURAH BERBANDING WAKTU PUNCAK 16. TAHUKAN ANDA? WAKTU PUNCAK: 8 PAGI - 10 MALAM* 17. CEKAP TENAGA POKET SELAMAT | Soalan yang dikemukan tidak jelas. Akan tetapi, jika untuk pengesahan iklan, tuan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian visual tersebut akan disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh tuan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
| Lain-lain | 07.10.2016 |
Bolehkah kami menyemak dengan tuan/puan sama ada perkataan/teks berikut adalah betul atau tidak? (a) Peranti Penghalau Nyamuk Kendalian Bateri (b) Tiada Soket Dinding Diperlukan (c) Mudah untuk menggantikan isian semula (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama 8 jam setiap hari (e) Teknologi Penghalau Nyamuk Terkini (f) Prestasi yang dipertingkatkan dengan alat kipas yang unik (g) Butang penunjuk LED (h) Port Masuk (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Intake Port”) (i) Tempat Penyebaran (*diterjemah dari Bahasa Inggeris “Diffuser Area”) | Berikut merupakan cadangan jawapan untuk pertanyaan Puan. Jawapan ini sama seperti yang telah dilampirkan untuk soalan bertarikh 1 Julai 2024. Frasa (c), (e), (g), (h) dan (i) betul. Frasa lain yang dibetulkan termasuklah (a) Peranti Penghalau Nyamuk Berbateri (b) Soket Dinding Tidak Diperlukan (d) Tahan selama 60 hari tanpa menukar bateri, jika digunakan selama lapan jam setiap hari, (f) Prestasi yang ditingkatkan dengan alat kipas yang unik. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 10.07.2024 |
Search for one way or return flights below or click here for multiple destinations: Please be aware that you have rejoined the sita pts booking engine out of sequence when we where expecting payment to be completed. Please finish entering details on the payment pages, or phone our helpdesk on "callcentre number" quoting the reference number ITD00001069. Error: Original fare was no longer available please check new price Either a home, work or mobile telephone number must be present Comments Net Search for point to point flights below by filling as many rows as you require. Click here for the standard requirements page Search for flights to build your own trip (availability led) Forgotten Password If you have forgotten your password, please key-in the information requested below to receive a reminder by email. Please key-in either your user name or the email address that you registered with and click send. | Pihak kami hanya menyediakan perkhidmatan menyemak teks terjemahan, dan bukannya menterjemah teks daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. | Lain-lain | 20.11.2007 |