Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.da.kan]/[le.da/.kan] | لدقن

Definisi : 1. perihal meledak, letupan: sesekali pd waktu malam terdengar juga bunyi ~ meriam; 2. perihal meledakkan (meletupkan) sesuatu: menghentikan ~ bom hidrogen utk menyelamatkan umat dunia; 3. pertambahan (pertumbuhan) yg sangat besar dan mengejut: ~ penduduk; ~ mak­lumat yg dipelopori teknologi komputer dan elektronik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.da.kan]/[le.da/.kan] | لدقن

Definisi : 1 bunyi drpd sesuatu yg meledak. 2 kejadian meledak; letupan; letusan: Semasa berlaku ~ gunung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama dgn benda-benda lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ledakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Ledakan Kepimpinan Membentuk Mahasiswa Berwawasan' mohon bantuan untuk semak slogan ini betul atau sebaliknya ??Perkataan ledakan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut kerana ledakan bermaksud letupan atau pertumbuhan yang sangat besar berkaitan dengan penduduk atau teknologi. Lihat maklumat di ledakan&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ledakan&d=1 untuk maklumat lanjut.Tatabahasa28.09.2012
nak minta tlg. bolehkah saya mengetahui maksud "ledakan budaya"?Tidak ada makna frasa "ledakan budaya" dalam pangkalan data kami. Ledakan bermaksud letupan atau letusan dan juga boleh dikiaskan kepada sesuatu yang terbit atau timbul dariapa pertengkaran, peperangan dan sebagainya. Manakala budaya boleh dikaitkan dengan tamadun, peradaban dan kemajuan akal fikiran.Makna05.03.2013
Salam, Saya hanya ingin bertaya apakah perbezaan di antara letusan dan letupan? Terima kasih. Kamus Pelajar mendefinisikan letusan sebagai hal atau bunyi meletus; letupan; ledakan. Manakala letupan bermaksud bunyi meletup; letusan; ledakan: Contoh; Letupan meriam itu terdengar hingga ke kampung kami. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama.Tatabahasa10.10.2016
apa itu revolusi maklumat

Sdr. Wertz terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

revolusi maklumat bermakna perubahan terbaharu dalam maklumatyang cepat., ledakan atau kemasukan maklumat baharu yang terlalu banyak. Contoh ayat - revolusi maklumat telah menjadikan rakyat kita hidup dengan cara sentiasa mencari dan mengejar ilmu yang baharu

Makna13.07.2009
apakah yang dimaksudkan bahasa melambangkan negara terbilang?

Sesebuah negara yang berdaulat pastinya mempunyai bahasa kebangsaan, yang juga menjadi bahasa rasmi negara berkenaan. Di Malaysia, bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu sebagaimana  tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama  dalam sistem persekolahan di semua sekolah rendah kerajaan, menengah dan kemudian di peringkat universiti apabila ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran di pusat pengajian tinggi awam diperluaskan. Melalui sistem pendidikan ini, bahasa Melayu menjadi alat utama adalam sistem pendidikan kebangsaan. Kesan daripada pelaksanaan sistem ini, terbukti ramai graduan tempatan dilahirkan dengan cemerlang hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Peningkatan taraf pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia telah menyumbang ke arah pembangunan negara dalam bidang ekonomi, pelajaran, politik, kesihatan, pertanian, perindustrian,pertahanan dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahasa kebangsaan perlu dipertahankan, diperkasakan dan dikembangkan sesuai dengan ledakan maklumat semasa agar bahasa kebangsaan tidak statik, sebaliknya mampu dijadikan bahasa ilmu, bahasa komunikasi sosial, bahasa ekonomi, bahasa undang-undang, bahasa teknologi maklumat dan bahasa  perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjana ke arah menjadikan sesebuah negara itu terbilang.

Lain-lain03.03.2008
Chandra Cikgu Sebab apa DBP mahu meminjam dan mengubah perkataan Inggeris ke Bahasa Malaysia. misalnya: 1) Parking: Parkir (Tempat letak kereta) 2) Resolution: Resolusi (cadangan) 3) Application: Aplikasi (kegunaan) 4) Location: Lokasi (kedudukan) 5) Rational: Rasional (wajar/waras) 6) Communication: komunikasi (Perhubungan) 7) Directory: directori (buku panduan) 8) integration: integrasi (Penyatuan) 9) Logic: Logik (bernas) 10) Edition: Edisi (keluaran) yang juga digunakan dalam Kamus Oxford 11) Transformation: Transformasi (perubahan) yang juga digunakan oleh kerajaan Malaysia. Banyak lagi perkataan yang boleh dijadikan sebagai contoh yang akan meranapkan Bahasa Malaysia. Kita tidak sepatutnya hanya bergantung kepada DBP semata-mata, tetapi kerajaan perlu bertindak bagi memperkasakan Bahasa Malaysia. Jika terlampau banyak penerapan Bahasa Inggeris, maka akan terkuburlah nilai-nilai estetika Bahasa Malaysia.Terima kasih Chandra Cikgu (lebih molek atau mengikuti Hukum DM Bahasa Malaysia ialah Cikgu Chandra. Amat molek kiranya kita ambil tahu bagaimana pembentukkan istilah itu dibuat sebelum ia dijadikan istilah. Ada beberapa langkah dilakukan melalui Majlis Bahasa Melayu Brunei Indonesia dan Malaysia (MABBIM), iaitu Ahli Jawatankuasa ini akan bersidang apabila wujud masalah tentang istilah yang tiada dalam bahasa Melayu khususnya apabila berlaku ledakan teknologi maklumat. Majlis ini akan merujuk kepada bahasa dialek, sukuan, bahasa serantau dan sekitar bahasa negara di bawah rumpun Melayu untuk mencari padanan yang tepat. Sekiranya tiada perkataan yang sesuai maka akan dirujuk kepada bahasa yang dekat dan yang paling hampir seperti bahasa asing. Bahasa yang paling dekat ialah bahasa Inggeris. Maka wujud serapan bahasa Inggeris dalam proses pembentukkan istilah seperti yang kita semua maklum. Sungguhpun begitu tidak bermakna kita mengambil semua perkataan dalam bahasa Inggeris. Merujuk kepada contoh perkataan yang diberikan, seharusnya kita harus peka tentang pengaruh bahasa Melayu Indonesia yang memang menggunakan perkataan tersebut. Pakir itu istilah yang diserap melalui kaedah KVKVK. Bahasa Melayu itu telahpun kukuh dengan kata serapan Belanda, Cina, Sanskrit, Arab, Inggeris dan banyak lagi. Pengubalan istilah ini digerakkan oleh negara serantau melalui MABBIM. Ramai yang tidak tahu DBP telah menghasilkan lebih daripada 100,000 istilah daripada pelbagai bidang. Antaranya Kedoktoran termasuk veterina, undang-undang, perfileman, sains dan teknologi, pertanian, ero-angkasa, budaya, kesusasteraan, agama dan banyak lagi di bawah MABBIM. Dicadangkan gunalah http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman. Mengembara laman sesawang ini utk menikmatinya sendiri.Lain-lain20.01.2014

Kembali ke atas