Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[léf.te.nan] | ليفتنن

Definisi : (léftenan) 1. pangkat pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten; 2. pegawai rendah (bertauliah) dlm tentera laut; ~ jeneral (pangkat) pegawai bertauliah di bawah jeneral dan di atas mejar jeneral (dlm angkatan tentera); ~ kolonel (pangkat) pegawai bertauliah di bawah kolonel dan di atas mejar (dlm angkatan tentera); ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm tentera darat dan udara); ~ muda pangkat yg paling rendah dlm tentera (bagi pegawai yg bertauliah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[léf.te.nan] | ليفتنن

Definisi : /léftenan/ 1 (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten: ~ jeneral (pangkat) pegawai tentera di bawah jeneral; ~ kolonel (pangkat) pegawai tentera yg tinggi sedikit drpd mejar; ~ muda (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg paling rendah. 2 (pangkat) pegawai tentera laut yg tinggi sedikit drpd naib leftenan. ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm Tentera Laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm Tentera Darat dan Tentera Udara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leftenan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam surat rasmi.. singkatan perkataan boleh digunakan atau tidak.. ?terutamanya pada gelaran atau jawatan pada pengalamat.. contoh: Leftenan adnan sbg lt adnanSingkatan hanya digunakan apabila perlu. Dalam kebanyakan kes, terutama nama khas, nama hendaklah ditulis sepenuhnya, tidak menggunakan singkatan. Namun, beberapa perkara harus dijadikan pedoman umum. Contoh yang diberikan oleh tuan/puan adalah merujuk kepada singkatan gelar, sapaan, darjah kebesaran dan kedudukan yang perlu diikuti tanda noktah.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat, terbitan DBP 2023, halaman 169-173
Lain-lain05.02.2024
maksud perkataan Perwira dan SatriaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan perwira merupakan istilah sastera lama yang bermaksud berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel. Bagi satria pula, ejaan yang betul ialah sateria yang ditakrifkan sebagai kesateria yang bermaksud perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani;Istilah18.06.2009
Selamat Pagi. Saya ingin bertanya. dalam ayat tanya, selepas tanda tanya (?) Perkataan untuk ayat seterusnya menggunakan huruf besar. contoh: a)Apakah ini satu hukum karma? Sudah pasti tidak. Bagaimana pula dalam situasi berikut: b)"Apakah Kamu terpikat dengan bekas bom tua itu?" Tanya Leftenan Hakagawa sambil menjeling dengan mata sepetnya ke wajah gadis itu. sekian terima kasih.Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:

a)Apakah ini satu hukum karma? Sudah pasti tidak.

b)"Apakah kamu terpikat dengan bekas bom tua itu?" tanya Leftenan Hakagawa sambil menjeling dengan mata sepetnya ke wajah gadis itu.
Tatabahasa12.06.2014
ketumbukanSaya melihat bahawa mungkin terdapat kekeliruan dalam maksud ketumbukan yang dipamerkan dalam laman ini.Saya dapati bahawa ianya ditakrifkan sebagai sepasukan atau sekumpulan tentera bawah perintah seorang mejar jeneral.Saya tidak faham kenapa perkataan mejar jeneral berada disitu. Bagaimana kalau ia dibawah leftenan jeneral atau jeneral? munglin lebih sesuai jika perkataan panglima tentera digunakan kerana ia lebih umum.Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud ketumbukan ialah pasukan atau kumpulan. Maksud yang dikemukakan itu terdapat dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Perkamusan.Makna08.01.2015
Pelajar yang memberi arahan kawad semasa perhimpunan rasmi Mingguan dikenali sebagai komandan kawad/komander kawad? Atau ada istilah lain? Apa beza komandan dan komander? DBP ada menulis Komander ialah istilah yang digunakan di Malaysia dan komandan digunakan di Indonesia.

komandan

pegawai polis atau tentera yang memerintah atau mengetuai sesuatu pasukan atau institusi.

ASAL: [daripada Belanda daripada Perancis commandant daripada Latin com- (awalan penegas) + mandare ‘minta, menyuruh’]

komander

1 pegawai tentera yang memerintah sesebuah pasukan atau operasi tentera;

2 pangkat pegawai dalam tentera laut yang lebih rendah daripada kapten tetapi lebih tinggi daripada leftenan komander;

3 orang yang pangkatnya lebih rendah daripada kapten tetapi lebih tinggi daripada leftenan komander dalam angkatan tentera laut.

ASAL: [daripada Inggeris commander, terdiri daripada command (daripada comanden daripada Anglo Perancis cumander daripada Latin commandare daripada commendare ‘melakukan suruhan’) + akhiran kata nama -er]


Jadi, pelajar yang memberikan arahan kawad, dikenali sebagai komander kawad.
Makna24.08.2024
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan NegaraKata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa26.03.2018
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata nama khas yang tunggal dan kata nama khas yang majmuk? Kemukakan beberapa contoh bagi memudahkan pemahaman saya.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas dan kata nama dihuraikan seperti yang berikut:

1.     Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

 

2.    Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nama terbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

 

3.    Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Tatabahasa02.01.2017

Kembali ke atas