| Bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP membuat semakan penggunaan terjemahan yang betul bagi perkataan ini :- Chicken Boneless Leg -DBP Translation: KAKI AYAM TANPA TULANG -Proposed: SAPAHA PENUH AYAM TANPA TULANG Skinless Boneless Leg -DBP Translation: KAKI AYAM TANPA KULIT DAN TULANG -Proposed: SAPAHA PENUH AYAM TANPA KULIT DAN TULANG | Terjemahan yang dicadangkan ialah: Chicken Boneless Leg - ayam sepaha tanpa tulang Skinless Boneless Leg - daging sepaha tanpa tulang dan kulit | Penyemakan dan penterjemahan | 07.07.2015 |
| Saya ingin mendapatkan terjemahan dari B.Inggeris ke B.Malaysia dengan lebih tepat untuk Tajuk bungkusan seperti berikut :- Chicken Drumstick Chicken Thigh Chicken Wing Chicken Keel Chicken Rib Chicken Fillet Chicken Boneless Thigh Chicken Boneless Breast Chicken Boneless Leg Chicken Skinless Boneless Leg Chicken Skinless Boneless Breast Chicken Skinless Boneless Thigh Chicken Neck Chicken Gizzard Chicken Liver Chicken Feet Chicken Bishop Nose Chicken Fat Chicken Skin Chicken Broken Wing Chicken Drummet Chicken Mid Joint Wing Chicken Whole Leg Chicken BBQ Wing dan perlukah tajuk pada bungkusan mempamerkan bahasa Malaysia dan Inggeris? | Untuk makluman tuan, kami tidak memberikan perkhidmatan terjemahan, apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil terjemahan. Oleh itu, sila terjemahkan dahulu dan kemukakan hasil terjemahan tersebut untuk semakan kami. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.06.2015 |
| a)whole chicken leg b)quaters chicken | a)paha ayam penuh b)ayam sukuan | Istilah | 13.07.2011 |
| bolehkah saya dapatkan semakan terjemahan yang betul untuk senarai dibawah:- -Chicken Drumstick : Ayam drumstik -Chicken Thigh : Ayam Thigh -Chicken Wings : Kepak Ayam -Chicken Keel : Ayam Dada bawah -Chicken Rib : Tulang Rusuk Ayam -Chicken Fillet : Fillet Ayam -Chicken Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Tulang -Chicken Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Tulang -Skinless Boneless Thigh : Thigh Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Breast : Dada Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Skinless Boneless Leg : Kaki Ayam Tanpa Kulit dan tulang -Chicken Neck : Leher Ayam -Chicken Gizzard : Hempedal Ayam -Chicken Liver : Hati Ayam -Chicken Feet ; Kaki Ayam -Chicken Bishop Nose : Tongkeng Ayam -Chicken Broken Wings : Kepak Ayam patah? -Chicken Drummet ; Drummet Ayam -Chicken Mid Joint Wing : Kepak Tengah Ayam -Chicken Whole Leg : Seluruh Kaki Ayam -BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ | 1. Chicken Drumstick - Drumstick Ayam 2. Chicken Thigh - Paha Ayam 3. Chicken Wings - Kepak Ayam 4. Chicken Keel - Dada bawah Ayam 5. Chicken Rib - Tulang Rusuk Ayam 6. Chicken Fillet - Filet Ayam 7. Chicken Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Tulang 8. Chicken Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Tulang 9. Chicken Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Tulang 10. Skinless Boneless Thigh - Paha Ayam Tanpa Kulit dan Tulang 11. Skinless Boneless Breast - Dada Ayam Tanpa Kulit dan Tulang 12. Skinless Boneless Leg - Kaki Ayam Tanpa Kulit dan Tulang 13. Chicken Neck - Leher Ayam 14. Chicken Gizzard - Hempedal Ayam 15. Chicken Liver - Hati Ayam 16. Chicken Feet - Kaki Ayam 17. Chicken Bishop Nose - Tongkeng Ayam 18. Chicken Broken Wings - Kepak Ayam Patah 19. Chicken Drummet - Drumet Ayam 20. Chicken Mid Joint Wing - Kepak Tengah Ayam 21. Chicken Whole Leg - Sepaha Penuh Ayam 22. BBQ Wings : Kepak Ayam BBQ | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2015 |
| Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. Weight Stacks Pro Style Dumbbells Hex Style Dumbbells Tricep Bar EZ Curl Bar Flat Bench Hyper Extension Bench Preacher Bench Arm Blaster Abdominal Bench Leg Press Machine Hack Squat Machine Leg Curl Machine Chin Up /Dipping Bars Squat Rack Leg Abduction Machine Lat Pull Down Machine Pec Deck Machine Treadmills Elliptical Trainers Adaptive Motion Trainers Stepmills Stationary Rowers Chest Press Machine TRX Suspension Training Incline Barbell Bench Press Supine Pec Flys Depth Push-Ups Decline Push-Ups Smith Machine Bench Press Machine Vertical Chest Press Standing Hammer Curl Preacher Curl Machine Standing Barbell Pronated Bicep Curl | Kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |
| Apakah istilah BM yang berlainan bagi 'feet' dan 'legs' ? Ayatnya begini: the disease may affect the ........ and the bones of the feet and legs'. | Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, feet: pl of FOOT. Manakala leg: (limb of man, animal) kaki. Istilah 'feet' merujuk kepada bahagian kaki dari buku lali ke bawah manakala istilah 'leg' merujuk kepada bahagian kaki dari pangkal paha hingga ke buku lali. | Makna | 31.03.2011 |
| Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. 1) Weight Stacks, 2) Pro Style Dumbbells, 3) Hex Style Dumbbells, 4) Tricep Bar, 5) EZ Curl Bar 6) Flat Bench 7) Hyper Extension Bench, 8) Preacher Bench, 9) Arm Blaster, 10) Abdominal Bench, 11) Leg Press Machine, 12) Hack Squat Machine, 13) Leg Curl Machine, 14) Chin Up /Dipping Bars, 15) Squat Rack, 16) Leg Abduction Machine, 17) Lat Pull Down Machine, 18) Pec Deck Machine 19)Treadmills, 20) Elliptical Trainers, 21)Adaptive Motion Trainers Stepmills, 22) Stationary Rowers, 23) Chest Press Machine, 24) TRX Suspension Training, 25) Incline Barbell Bench Press, 26) Supine Pec Flys, 27) Depth Push-Ups, 28) Decline Push-Ups, 29) Smith Machine Bench Press, 30) Machine Vertical Chest Press, 31) Standing Hammer Curl, 32) Preacher Curl Machine, 33) Standing Barbell Pronated Bicep Curl | Kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |
| Assalamualaikum, Apakah padanan istilah EXHIBIT dalam bahasa Melayu?. Terima kasih. | exhibit- n 1. thing exhibited, barang pameran: do not touch the ~s, jangan sentuh barang-barang pameran; 2. (leg.) barang kes;
Padanan ini adalah bergantung pada konteks dan bidang. | Makna | 25.12.2009 |
| Apakah terjemahan 'stakeholders' di dalam bahasa melayu? Stakeholders di sini bermaksud pihak-pihak yang terlibat di dalam menjayakan sesebuah perniagaan seperti pelanggan, kakitangan, pemegang saham, pembekal dan masyarakat di sekeliling. Saya menterjemahkannya sebagai 'Rakan-rakan niaga'. Adakah terjemahan ini boleh diterima pakai? Terima kasih. | Encik Rusman, Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan secara harfiah dalam bahasa Melayu kata stakeholder (leg.) pemegang amanah harta/pemegang saham. Walau bagaimanapun, stakeholders yang dimaksudkan oleh tuan dalam konteks perniagaan/ekonomi, iaitu "pihak berkepentingan" dalam sesebuah syarikat atau organisasi sama ada yang terlibat secara langsung atau sebaliknya. Oleh itu. cadangan tuan "Rakan Niaga" tidak dapat diguna pakai dalam konteks ini kerana membawa maksud atau interpretasi yang berbeza. Kami mengucapkan terima kasih atas cadangan istilah ini. | Istilah | 30.03.2009 |
| Salam Sejahtera, apakah perbezaan di antara pemegang taruh dan pihak berkepentingan? | | stakeholder | n 1. (in betting, race) pemegang taruh; 2. (leg.) pemegang amanah harta. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan | | stakeholder | pihak berkepentingan | Pentadbiran | Pengurusan | - | Padanan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan pemegang taruh dan pihak berkepentingan ialah kedua-duanya menggunakan perkataan stakeholder. Bezanya, konsep pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. | Makna | 26.03.2018 |